KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, June 30, 2016

PULUT MANGGA - ENAKNYA!


PULUT MANGGA merupakan sejenis makanan yang dipelopori daripada negara Thailand dan kini telah banyak dijual dan dimakan oleh rakyat Malaysia. Penulis kali pertama mengenali makanan pulut mangga ini semasa membuat lawatan teknikal ke Bangkok, Thailand dimana hidangan ini disediakan sebagai salah satu daripada jamuan ketika melawat kebun mangga. Makanan yang mempunyai rasa manis, lemak, masin dan enak ini memang sesuai dengan citarasa ramai orang Malaysia yang akhirnya mereka telah menggunakan resepi sama untuk dikomersilkan. Kini anda boleh menikmati juadah ini dipasar malam, pasar tani, bazaar ramadan dan beberapa restoren makanan Ala-Thai atau restoren tomyam. Bergantung kepada saiz hidangan dan lokasi, pulut mangga dijual dengan harga diantara RM5.00 - RM10.00 satu set. Bagaimana pun jika anda memilih untuk makan dihotel harganya jauh lebih tinggi lagi. Penulis dapati bergantung kepada kesegaran buah mangga yang digunakan, jenis pulut dan jumlah santan yang digunakan tahap kesakkan adalah berbeza-beza. Jenis mangga Harumanis atau Mangga Nam Dok Mai diantara jenis mangga yang enak dimakan bersama pukut. Namun kini pengusaha pulut mangga komeril sering menggunakan jenis mangga yang mudah didapati sepanjang tahun dan harga yang tidak terlalu mahal iaitu Mangga Chokanan (MA224). Mangga cokanan banyak ditanam di Malaysia sejak 20 tahun lalu sebagai satu varieti mangga yang boleh berbuah sepanjang tahun jika diuruskan dengan baik.  Sila baca info mengenai mangga cokanan dalam artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Mangga cokanan yang wangi, manis dan mempunyai aroma khusus serta halus sesuai dihidangkan bersama pulut tetapi pilih yang masak sahaja. Artikel subuh ramadan ini selepas bersahur saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis makanan yang juga popular di utara Semenanjung Malaysia dan negara Thailand iaitu pulut mangga bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukan.


Makanan Pulut Mangga Thai memang rasa sedap sangat sehingga penulis akan membelinya jika ada dijual dimana jua. Pulut Mangga Thai yang mempunyai rasa yang mempunyai kombinasi utamanya ialah pulut yang manis dimakan bersama kuah santan pekat yang agak masin rasanya dipadankan pula dengan manis buah mangga memang sedap sekali. Di Thailand selalunya pulut mangga dihidang dengan taburan sejenis kacang tetapi kalau tak ada kacang tersebut memadai dengan ditabur bijan yang dipanggang tanpa minyak. Makanan ini lazimnya dihidangkan pada waktu petang tetapi sebenarnya ia juga sesuai dimakan sewaktu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kandungan pulut yang dimasak bersama santan menyebabkan kita akan merasa kenyang yang lama dan memberikan tenaga yang banyak untuk menjalankan aktiviti harian. Makanan ini dipercayai mampu memberikan kecantikan dan kesihatan kepada mereka yang memakannya kerana pulut dan mangga sert santan memberikan khasiat makanan yang lengkap.


Menyediakan makanan pulut mangga ini sebenarnya tidaklah rumit jika anda berminat. Dalam menyediakan makanan ini cuma perlukan masa sekitar 20 - 50 minit untuk sediakan hidangan bagi 5-6 orang.  Bahan-Bahan  yang digunakan untuk menyediakan pulut mangga adalah 400 gram beras pulut yang telah direndam semalaman, 1 cawan santan pekat, 1 cawan santan cair, 2-3 sudu besar gula dan
sedikit garam. Sebaiknya memilih beras pulut yang baru untuk menambahkan keenakan makanan ini. Bahan lain yang perlu ada seperti beberapa helai daun pandan serta daun pisang untuk dijadikan alas pulut semasa dihidangkan. Bahan lain seperti 2 sudu besar bijan yang sebaiknya perlu dibakar tanpa minyak untuk ditaburkan semasa hendak dihidangkan, Pilih buah mangga yang manis dan besar seperti Harumanis atau Nam Dok Mai atau mangga lain yang dijual dipasaran. Sebanyak 3 biji mangga boleh dimakan untuk hidangan 5-6 orang sekeluarga. Sementara itu bahan untuk menyediakan kuah santan terdiri daripada 1 cawan santan pekat, 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung yang perlu dibancuh dengan sedikit air, 1 helai daun pandan, carik dan simpul serta garam secukup rasa. Lasimnya bahan garam ini melengkapkan rasa pulut mangga dan sebaiknya biarkan kuah agak masin sedikit.

Cara-cara untuk sediakan pulut mangga adalah dengan memanaskan pengukus dulu. Seterusnya pasang lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat dalam pengukus. Seterusnya adalan membasuh atau membilas beras pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya (Sila lihat foto disebelah). Masukkan beras pulut tersebut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga pulut menjadi lembut. Daripada pengalaman penulis mendapati anggaran masa mengukus adalah selama 20 minit. Selalunya apabila sudah lembut maka ia perlu di angkat dan seterusnya dimasukkan pulut siap kukus ke dalam mangkuk yang besar. Cara-cara untuk sediakan kuah santan dengan memanaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana Kemudian dimasukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kadar kepekatan di sini. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Langkah seterusnya adalah menyatukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan maka dengan gunakan sudu garpu perlu untuk menggemburkan pulut. Hidangkan pulut mangga bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan. Semuga anda dapat menikmati makanan pulut mangga buatan sendiri yang enak dan mengenyangkan. Wasallam!!!.

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoren Tomyam Pak Ngah,
Jalan Triang, Bera,
Pahang, Malaysia.
(25 Ramadan 1437H)

JAGUNG BIJIRIN - BENIH GWG


JAGUNG BIJIRIN GWG keluaran syarikat Green World Genetic Sdn Bhd (GWG) merupakan satu varieti jagung bijirin yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Didakwa sebagai varieti yang amat sesuai ditanam dinegara kita, dua varieti yang dikenali dengan nama GWG111 dan GWG 888 mempunyai potensi besar untuk ditanam diseluruh negara bagi pengeluaran jagung bijirin (grain corn) untuk diproses bagi kegunaan makanan ternakan terutamanya ternakan ayam di negara kita. Selain itu syarikat ini mempunyai dua lagi varieti jagung bijirin iaitu GWG 333 dan GWG 555. Syarikat ini mempunyai visi sebagai syarikat benih yang terkemuka dunia dalam membangunkan dan menyediakan benih hibrid tropika berkualiti tinggi kepada dunia. Misi syarikat juga adalah untuk meningkatkan pembiak bakaan (plant breeding) dan pengeluaran benih hibrid tropika yang berkualiti tinggi demi memperkayakan kepelbagaian bio dan memenuhi keperluan makanan dunia. Syarikat yang berpejabat di No 40, Jalan KIP 10, Taman Perindustrian KIP Kepong, Kuala Lumpur ini boleh diakses dengan lamanweb www.gwggenetics.com atau telefon 03-62775570. Produk GWG kini menyediakan benih untuk banyak jenis tanaman terdiri daripada sayur-sayuran, tanaman kontan atau jangkapendek dan juga bungaan. Benih hibrid yang telah dibangunkan oleh syarikat ini seperti hibrid Melon, Tembikai, Jagung, Jagung Manis, Timun, Cili Merah, Tomato, Cili Benggala dan Padi. Syarikat GWG telah menerima status BioNexus dan banyak terlibat dalam program pembangunan pertanian oleh kerajaan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai syarikat GWG berkaitan produk jagung bijirin untuk bahan bacaan. 

Beberapa keterangan produk benih jagung bijirin seperti dirujuk kepada risalah syarikat seperti berikut:

(1) GWG 111
  • Warna biji jagung : Oren pekat
  • Potensi hasil jagung : 10 mt/ha
  • Mudah untuk tumbuh
  • Mudah untuk beradaptasi
  • Pertumbuhan benih :1-14 HLT
  • Fasa Tumbesaran   :  15-40HLT
  • Fasa Pendebungaan: 41-55 HLT
  • Fasa penghasilan bijirin: 56-95HLT
  • Menuai Hasil Bijirin : 110-120HLT                                                    (HLT - Hari Lepas Tanam)


(2) GWG 888
  • Warna biji jagung : Oren pekat
  • Potensi hasil jagung: 8 - 10 mt/ha
  • Saiz tongkol seragam dan penuh
  • Tahan Kemarau
  • Rintang penyakit
  • Pertumbuhan benih :1-14 HLT
  • Fasa Tumbesaran   :  15-40HLT
  • Fasa Pendebungaan: 41-55 HLT
  • Fasa penghasilan bijirin: 56-95HLT
  • Menuai Hasil Bijirin : 110-120HLT                                                  (HLT - Hari Lepas Tanam)


(3) GWG 333
  • Warna biji jagung : Oren pekat
  • Potensi hasil jagung: 8 - 10 mt/ha
  • Saiz tongkol besar
  • Pertumbuhan seragam
  • Pertumbuhan benih :1-14 HLT
  • Fasa Tumbesaran   :  15-40HLT
  • Fasa Pendebungaan: 41-55 HLT
  • Fasa penghasilan bijirin: 56-95HLT
  • Menuai Hasil Bijirin : 110-120HLT                                                 (HLT - Hari Lepas Tanam)

(4) GWG 555
  • Warna biji jagung : Oren pekat
  • Potensi hasil jagung: 8 - 10 mt/ha
  • Sistem akar kuat, tahan air bertakung
  • Pertumbuhan seragam
  • Pertumbuhan benih :1-14 HLT
  • Fasa Tumbesaran   :  15-40HLT
  • Fasa Pendebungaan: 41-55 HLT
  • Fasa penghasilan bijirin: 56-95HLT
  • Menuai Hasil Bijirin : 110-120HLT                                         (HLT - Hari Lepas Tanam)

Industri jagung bijirin di Malaysia masih belum dibangunkan. Pengenalan biji benih yang sesuai berpotensi untuk dibuat pemerhatian sama ada ianya akan memberikan pulangan yang sewajarnya kepada petani. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai benih jagung bijirin ini anda boleh berhubung terus dengan syarikat. Wasallam!!..
BENIH JAGUNG...BIJIRIN JENISNYA...
SYARIKAT GWG.. MEMANG TERNAMA....
BENIH DITANAM...IKUTI AGRONOMINYA...
HASIL KELUAR... KIRA UNTUNGRUGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Penyelidikan GWG,
Batu Arang, Rawang,
Selangor, Malaysia.
(24 Ramadan 1437H)
Melawat pusat ini pada 2014.

Wednesday, June 29, 2016

FERTIGASI GANTUNG - APA RASIONALNYA?

FERTIGASI GANTUNG merupakan satu kaedah tanaman secara fertigasi yang kini semakin popular dijalankan oleh beberapa petani secara komersil. Dalam aspek teknologi fertigasi terdapat Fertigasi Terbuka, Fertigasi Tertutup, Fertigasi NFT (Nutrient Film Technology), Fertigasi Rakyat, Fertigasi Bantal yang terkini adalah Fertigasi Gantung (Sila lihat foto diatas). Penulis telah melihat semua teknologi fertigasi tersebut dimana asas dan konsep sistem fertigasi yang digunakan adalah hampir sama. Teknologi fertigasi semakin giat diusahakan oleh pengusaha ladang dan pengeluar sayuran terutama sayuran jenis buah dan sayuran jenis daun. Hasil pengeluaran daripada teknologi fertigasi penulis lihat bukan sahaja petani dapat meningkatkan hasil dengan berganda tetapi kaedah penanaman tersebut dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh telah dapat dikurangkan. Bagaimana pun pengetahuan dan kemahiran petani perlu pada tahap maksima didalam teknik mengendalikan sistem fertigasi. Penulis dapati pada asasnya 'Fertigasi' atau pun 'Fertigation' adalah berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation'. Sistem Fertigasi ialah satu dari pada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro. Fertigasi. Definasi Fertigasi adalah dimaksudkan dengan satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Sistem fertigasi sudah mencapai inovasi apabila kerajaan cuba mengtransformasikan Pertanian ke arah Pertanian Moden. Dalam perkara ini sistem fertigasi secara gantung mula diperkenalkan terutama dikalangan petani komersil di Pahang dan beberapa negeri lain. Fertigasi secara gantung ini adalah sama kaedahnya seperti fertigasi biasa tetapi kaedah pelaksanaannya sedikit berbeza. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa rasinalnya menggunakan teknologi fertigasi gantung sebagai satu analisa mudah.


Dalam membincangkan perkara ini sebenarnya apakah perbezaan diantara dua jenis fertigasi gantung dengan jenis fertigasi yang lain? Apakah tanaman yang sesuai dan boleh ditanam dengan cara fertigasi gantung? Apakan rasional dan risiko penanaman teknologi fertigasi gantung?. Penulis mendapati beberapa perbezaan antara Fertigasi Gantung dengan Jenis Fertigasi lain seperti ianya sesuai digunakan dikawasan rendah yang selalu kena bencana BANJIR atau kawasan kurang subur (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana ia amat sesuai di bina jika tanah tapak projek sering dilanda banjir samada banjir kilat atau banjir musim terutamanya di negeri-negeri pantai timur pada hujung tahun. Kajian awal menunjukkan kos pembinaan awal fertigasi gantung amat tinggi dan boleh dikatakan hampir tiga kali ganda dari kos fertigasi biasa atas tanah. Mengikut tinjauan penulis, kos infra untuk menyiapkan struktur fertigasi gantung untuk sebanyak 1,300 polibeg adalah sekitar RM 50,000.00. Manakala kos untuk membina siatem fertigasi biasa dengan jumlah polibeg yang sama jumlahnya adalah hanya kos sebanyak RM 11,050.00 sahaja. Tetapi adakah hasil tanaman fertigasi gantung lebih daripada fertigasi biasa?. Ini merupakan perkara pokok bagi menjustifikasikan aplikasi sistem fertigasi gantung. Bagaimana pun penulis percaya dimana hasil tanaman cara ini sangat bergantung kepada pengurusan seorang peserta.


Fertigasi gantung merupakan satu dari kaedah menanam bahan makanan seperti sayuran dan ulaman dengan menggunakan polibeg yang digantung pada sistem para. Tinjauan penulis dibeberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian di Pahang seperti di TKPM Inderapura dan TKPM Pulau Manis di Kuantan amat membanggakan. Para-para yang dibina dengan cara menggunakan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong sering dilakukan. Polibeg dibantung dan tidak diletakkan di atas tanah seperti kaedah tertigasi terbuka biasa yang diamalkan oleh kebanyakan petani. Lazimnya fertigasi biasa menggunakan polibeg dan tidak mempunyai para dan hanya diletakkan dibawah sahaja. Jika da Struktur Pelindung Hujan (SPH) diatasnya maka para ini diikat dengan tiang SPH dan ini memberikan kelebihan daripada kesan air hujan masuk kedalam polibeg dan media tanaman (Sila lihat foto disebelah). SPH yang mempunyai bumbung diatasnya adalah kawasan agak ideal untuk sistem fertigasi gantung walau pun kosnya adalah tinggi. Cara menanam fertigasi gantung dikawasan terbuka juga amat praktikal dilaksanakan.


Kalau dahulu fertigasi gantung ini hanya dikatakan sesuai untuk tanaman jenis menjalar seperti timun kerana kurang penyelenggaraan seperti prunning tunas air. Ini kerana timun merupakan tanaman yang lasak dan kurang maintainance. Walau pun dikatakan teknik ini tidak sesuai untuk tanaman rock melon,terung dan cili tetapi kini ia sudah menjadi kenyataan ia sesuai ditanam dengan cara ini. Penulis dapati beberapa petani telah menanam terung bulat (eggs plant), Terung Panjang, Terung Hijau, Cili Besar, Cili Padi dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Hasil tanaman ini malahan penulis dapati lebih tinggi berbanding denga kadeah konvensional. Kalau dahulu ada isu kesukaran untuk membuang tunas air jika kanopi berserabut atas trelis tetapi semuanya selesai dengan amalan agronomi baik dan menggunakan varieti yang sesuai. Bagi fertigasi biasa antara jenis tanaman yang sesuai ditanam ialah cili, melon, kobis,halia,tomato,strawberi dan banyak lagi. Tiada masalah pemilihan tanaman kerana tidak memerlukan para untuk mengantung kerana ia ditanam dibawah. Ada yang saya lihat sesetengah penguasaha fertigasi gantung menanam rock melon dan polibegnya digantung yang tentunya menyukarkan kerja membuang tunas air, manakala bagi fertigasi cili gantung pula ini adalah sangat tidak selamat apabila pengusaha melakukan aktiviti meracun. Masalah juga turut muncul, jika tiang sokongan timun fertigasi gantung yang dibuat tidak kukuh, akan menyebabkan struktur ini roboh dan merugikan pengusaha. Telah banyak kes, bahkan sehingga menyecah RM 200 ribu nilai kerugian untuk satu ladang.


Selain selamat dari bencana banjir, kerja-kerja meracun rumput juga mudah dan menjimatkan kos. Kalau menyembur racun rumput dipermukaan tanah ianya tidak akan menjejaskan tanaman yang bergantungan diatasnya.Kerja meracun adalah sensitif untuk penanaman sayuran singkat masa dan tanaman makanan yang lain. Menyembur racun selalunya kan membahayakan operator yang sedang menyembur racun jika langkah keselamatan TIDAK DIPATUHI. Fertigasi Gantung mampu mengelakkan daripada serangan binatang buas seperti babi yang menyodok polibeg untuk mencari makanan. Apa yang pasti adala teknologi fertigasi gantung dapat mengelakkan apa yang dikatakan sebagai 'Soil borne disease' atau serangan penyakit berpunca daripada tanah. Tetapi untuk pengetahuan penulis ingin menyatakan bahawa fungsi utama sistem fertigasi sememangnya mengelakkan 'soil borne diseases'. Sekiranya kawasan anda tidak mempunyai masalah banjir dan juga masaalah serangan binatang buas maka adalah tidak praktikal jika pekebun menggunakan kaedah sistem fertigasi gantung. Sebaiknya disyorkan membuat fertigasi biasa adalah sangat mudah dijaga dan melakukan penyelengaraan kerana tidak memerlukan tangga untuk mencantas dan menyembur racun pada pokok. Secara amnya fertigasi gantung ini merupakan sistem yang dapat meningkatkan pulangan pendapatan, sama seperti fertigasi biasa. Fertigasi gantung menawarkan satu lagi pilihan yang boleh untuk dilakukan atau diintegrasikan bersama seperti tanaman halia. Walaubagaimana, kos struktur kayu sokongan yang tinggi menyebabkan pulangan fertigasi gantung agak lewat atau lebih lama berbanding sistem fertigasi biasa. Pada penulis ada pilihan ditangan petani dimana sekiranya ada mereka yang berminat untuk menanam timun, terung panjang, terung bulat, petola dengan kaedah Fertigasi Gantung. Ianya hanya menjadi salah satu daripada beberapa pilihan yang ada di industri pengeluaran bahan makanan melalui sistem fertigasi. Semuga anda semua mendapat ilmu dan infomasi blog yang dibaca lebuh 250,000 orang sebulan. Wasallam !...


MACAM FERTIGASI...DIGANTUNG CARANYA...
POLIBEG DIGANTUNG....1 METER TINGGINYA...
BENIH DITANAM... BAJA CAMPURAN ADAINYA...
HASIL KELUAR... BERKUALITI UNTUNGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Inderapura dan TKPM Pulau Manis,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 Ramadan 1437H)

JAGUNG BIJIRIN - TAMBAH PENDAPATAN PESAWAH?

JAGUNG BIJIRIN (Zea mays) mungkin boleh menambah pendapatan pesawah jika ditanam secara bergiliran dengan musim tanaman Padi (Oryza sativa). Berapakah pendapatan tambahan yang akan dijana daripada teknologi intensifikasi daripada penanaman jagung bijirin jika ditanam dikawasan sawah padi yang selalu ditanam hanya sekali setahun ini?. Kini telah ada galakkan khas daripada pihak kerajaan untuk menanam jagung bijirin dinegara kita bagi mengatasi isu pengimportan bahan jagung bijirin dan kacang soya yang amat tinggi khususnya untuk diproses menjadi makanan ternakan. Malaysia mengimport sebanyak 3.2 juta metrik tan jagung bijirin pada tahun 2015 bernilai sekitar RM3.2 billion daripada beberapa negara seperti USA, Argentina dan juga China. Sementara itu pengimportan kacang soya pula adalah sebanyak RM2.1 billion pada tahun yang sama menjadikan jumlahnya kepada RM5.3 billion daripada keseluruhan jumlah defisit perdagangan bahan makanan negara yang berjumlah RM18.1 billion pada tahun 2015. Ini amat merugikan negara kerana berlaku aliran wang keluar yang ketara untuk jangka masa panjang. Dikalangan negara-negara ASEAN yang berjiran dengan kita, dilaporkan dimana Indonesia menghasilkan sebanyak 9.6 juta mt jagung bijirin setahun, Filipina (7.8 juta mt), Vietnam (6.0 juta mt) dan Thailand (4.7 juta mt). Malaysia memang tidak melaporkan pengeluaran jagung bijirin pada setiap tahun. Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,430 - 6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 99% adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja mereka mampu menghasilkan lebih 35% daripada bekalan jagung manis negara iaitu untuk pasaran tempatan dan eksport. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura (Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2015) , Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ada kemungkinan ada pendapatan tambahan jika pemilik sawah menjalankan tanaman giliran antara padi (musim utama) dengan tanaman jagung bijirin (Luar musim) sebagai satu informasi untuk dirujuk hasil dari penelitian awal yang telah dilakukan olehJabatan Pertanian.


Tanaman padi sawah lazimnya memerlukan sekitar 100-110 hari daripada menanam sehingga menuai. Bergantung kepada varieti padi yang ditanam, ia memerlukan air mencukupi dan pembajaan mengikut pakej penanaman padi yang disyorkan. Antara varieti padi yang luas ditanam di Malaysia masa kini adalah MR220CL dan beberapa varieti lain seperti MR219, MR263 dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Bagi kawasan jelapang padi, selalunya padi ditanam 2 kali setahun iaitu tanaman padi Musim Utama dan tanaman padi Luar Musim. Bagaimana pun bagi kawasan luar jelapang, ada kawasan yang hanya boleh ditanam padi sekali atau semusim sahaja setahun. Kawasan ini boleh dimajukan dengan tanaman lain seperti tanaman kontan tembakau, jagung, keledek, kacang tanah, sayuran dan sebagainya. Kini dengan kempen galakkan menanam jagung bijirin oleh MOA melalui Jabatan Pertanian membolehkan negara boleh mengeluarkan sendiri bahan makanan untuk ternakan. Jagung bijirin keluaran tempatan yang masih segar adalah lebih berkualiti jika hendak dibandingkan dengan jagung bijirin yang diimport dari luar negara yang telah disimpan berbulan-bulan malahan ada yang telah bertahun. Selain itu beberapa 'byproduct' dari aktiviti tanaman jagung bijirin boleh dimenafaatkan untuk tujuan lain.


Jadual 1: Analisa ekonomi tanaman padi dan jagung bijirin
Analisa ekonomi penanaman padi digilirkan dengan tanaman jagung bijirin telah dianalisa oleh Jabatan Pertanian iaitu berdasarkan kepada cashflow dari petak percubaan yang dijalankan. Jadual 1 diatas menunjukkan purata pendapatan dari tanaman padi sekitar 4.5 mt sehektar yang dijual dengan harga RM1,200/tan dan harga subsidi RM1,350/tan dimana ini menjadikan jumlah pendapatan kasar dikira sebanyak RM5,670.00/hektar. Jika kos pengeluaran tanaman padi sebanyak RM3,000/ha ini menjadikan keuntungan bersih penanaman padi adalah RM2,670/ha atau dikira sebanyak RM667.00 sebulan untuk 4 bulan. Kiraan ini juga telah mengambil kira potongan padi sebanyak 20% menggunakan varieti yang disyorkan. Ini bermakna pesawah yang selalu menanam padi sekali setahun hanya memperolehi jumlah pendapatan yang terhad daripada sawahnya. Jika tidak ada harga subsidi padi agaknya berapakah untung bersih sebenar yang akan diterima oleh pesawah dengan kiraan diatas. Kalau mereka mengusahakan menanam jagung manis mungkin akan bertambah pendapatannya tetapi permintaan jagung manis adalah terhad jumlahnya. Jagung manis yang perlukan 60-70 hari sahaja untuk dituai teapi ia mempunyai potensi pasaran terhad untuk jualan segar sahaja atau diproses menjadi 'cup corn' atau produk lain seperti jagung mini atau jagung sayur dan sebagainya.


Penambahan pendapatan daripada tanaman jagung bijirin boleh dijana jika dilakukan dengan terancang. Jadual 1 diatas juga menunjukkan sebanyak 10 mt jagung bijirin (tidak termasuk berat tongkol) boleh dihasilkan berdasarkan hasil potensi jika dijaga dengan baik. Kos pengeluaran jagung bijirin adalah sekitar RM6,000 sehektar dan ia memakan masa selama 110-120 hari (4 bulan) sebelum tongkol jagung menjadi cukup tua dan sesuai dituai. Jika harga jagung bijirin sekitar RM1,000/mt (atau RM1.00 sekilogram) maka anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak RM10,000/ha. Setelah ditolak kos pengeluaran maka anggaran pendapatan bersih adalah RM4,000/ha atau jika dikira jangka masa penanaman ia memberikan pendapatan bersih RM1,000/bulan (untuk 4 bulan). Mengambil kira kedua-dua pendapatan dari tanaman padi sebanyak RM667.00 sebulan (4 bulan) dan tanaman jagung bijirin sebanyak RM1,000 sebulan (juga untuk 4 bulan berikutnya) membolehkan petani menerima pendapatan tambahan untuk sara hidupnya. Pendapatan tambahan ini juga boleh ditambah dengan aktiviti memelihara haiwan ternakan seperti lembu dan kambing serta ayam kampong yang boleh diberi makan silaj atau jagung bijrin yang tidak boleh dijual (sub-grade atau rosak). Penulis percaya jika perkara ini dapat dilakukan akan menambah nilai hidup pesawah dan petani yang ingin mengusahakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!
TANAM PADI...SEKALI SETAHUN...
DICUBA PULA...JAGUNG BIJIRIN...
HASIL ADA... IMPORT DITURUN...
PETANI GEMBIRA...SELALU SENYUM..

M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Paya Selendang,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(23 Ramadan 1437H)

Tuesday, June 28, 2016

KG DADONG - PELANCARAN JAGUNG BIJIRIN

PELANCARAN PENANAMAN JAGUNG BIJIRIN dalam satu majlis ringkas di Kg Dadong, Chukai, Kemaman, Terengganu oleh YB Dato Seri Sabery Cheek pada 26 Jun 2016 membuka sejarah baru. Pelancaran yang dilakukan pada petang 22 Ramadan 1437H ini jatuh pada bulan puasa dalam cuaca panas terik menjadi cabaran kepada bakal pemain industri penanaman jagung bijirin di Malaysia. Kampong ini dipilih berdasarkan kepada kawasan sawah padi seluas 38 hektar melibatkan 51 pesawah yang ditanam sekali setahun dengan padi dan kemudian tidak ditanam apa-apa untuk musim penanaman padi berikutnya. Lazimnya padi ditanam selepas musim banjir atau musim tengkujuh bermula daripada Januari sehingga Mei setiap tahun. Kemudian ia akan kosong dengan tiada apa-apa aktiviti pertanian lain yang dijalankan. Kini dengan ujudnya projek pilot tanaman jagung bijirin varieti GWG111 dan GWG888 ia telah memberikan peluang baru aktiviti ekonomi tambahan kepada pesawah. Ini selaras dengan saranan YB Menteri Pertanian yang juga sebagai Ahli Parlimen Kemaman ingin melihat berlaku aktiviti pengeluaran jagung bijirin untuk makanan ternakan terutamanya ayam dinegara ini. Malaysia mengimport hampir 100% jagung bijirin dari luar negara bernilai RM3.2 billion (RM3,200 juta) pada tahun 2015 dan terus meningkat dengan kadar 5% setiap tahun. Malaysia juga mengimport kacang soya untuk tujuan sama dengan nilai RM2.1 billion pada tahun yang sama. Kebergantungan pengimportan yang besar ini telah menyebabkan aliran wang keluar dengan jumlah yang amat besar. Saranan kerajaan untuk memulakan penanaman jagung bijirin perlu disambut baik oleh semua pihak daripada petani, pemain industri dan sebagainya. Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina telah menanam jagung bijirin dinegara mereka dan tidak bergantung sepenohnya dari pengimportan seperti Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai majlis pelancaran penanaman jagung bijirin dan potensi penanaman jagung bijirin di negara kita seperti apa yang dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian di Kg Dadong, Kemaman, Terengganu. 


Daripada penerangan oleh Pengarah Pertanian Terengganu, beliau menyatakan sawah disini memang sesuai ditanam dengan jagung bijirin berdasarkan kepada kajian kesesuaian tanah dan juga ruang atau jangkamasa penanaman sehingga musim padi akan datang. Pemerhatian awal menanam jagung GWG111 dan GWG888 telah dimulakan sejak awal tahun 2016 di Pusat Pertanian Ajil dan Pusat Pertanian Padang Ipoh, Kuala Berang dimana ia menghasilkan prestasi penghasilan jagung bijirin yang baik. Penulis mendapati jagung bijirin yang dituai dalam masa 110-120 hari sudah cukup matang untuk dileraikan bagi tujuan untuk makanan ternakan dan produk makanan berasaskan jagung yang lain (Sila lihat foto disebelah). Konsep perlaksanaan penanaman jagung bijirin ini diatur melibatkan syarikat swasta bagi menanam dimana kelak keuntungan akan dibahagikan 70:30 setelah ditolak kos pengeluaran. Penanaman yang telah dimulakan pertengahan Jun 2016 akan dijangka dituai pada 110-120 hari kemudian iaitu sekitar September atau Oktober. Pokok jagung bijirin ini dilaporkan lebih cergas (vigorous) daripada pokok jagung manis hibrid. Ia merupakan varieti jagung yang agak 'rugged' atau lasak berdasarkan kepada prestasi semasa percubaan penanaman yang dilakukan di 2 pusat pertanian. Bagaimana pun amalan agronomi tanaman jagung mesti dipatuhi untuk mendapatkan pertumbuhan dan tongkol yang optima. Tanaman jagung perlu diberikan pengairan, pembajaan, kawalan rumpai dan penyakit serta penjagaan baik untuk penghasilan yang berkualiti.


Sistem tanaman jagung bijirin kini dilakukan dengan cara tugal menggunakan mesin 'Japper' dan 'Corn Seed planter'.  Dari segi teknikal penanaman dengan menugal cepat dilakukan tetapi kadar pertumbuhan tidak seragam dengan potensi produktiviti selalunya sekitar 65-85% sahaja. Ini juga bermakna dengan jarak penanaman 0.25m x 0.75m maka berikan kepadatan pokok sekitar 53,000 pokok sehektar. Kaedah menugal ini boleh dilakukan dengan cara menggunakan benih sekitar 1.5 kg sehektar sahaja. Jabatan Pertanian membuat pengesyoran agar cara petani menanam benih yang telah dicambahkan 4-5 hari dalam kotak semaian (sowing tray) dimana ia akan menghasilkan anak pokok seragam dan kadar produktiviti hasil mencecah lebih 95%. Benih jagung GWG111 dan GWG888 dimasukan dalam tray yang mengandungi media cocopeat sebiji selubang (Sila lihat foto disebelah). Ia kemudian perlu dialihkan (transplant) terus kelubang penanaman. Walau pun kerja ini agak rumit sedikit tetapi ia menjamin penghasilan lebih baik dimana pada perkiraan akhir memberikan keuntungan lebih tinggi daripada kaedah menugal secara logiknya. Analisa kasar cashflow perbandingan pendapatan diantara tanaman padi dan jagung bijirin dilakukan oleh Jabatan Pertanian. Tanaman padi akan memberikan purata pendapatan sekitar RM667.00 sebulan dan tanaman jagung bijirin akan memberikan pendapatan tambahan kepada petani sebanyak RM1,000 sebulan dari keluasan satu hektar.


Setakat ini semua amalan agronomi penanaman jagung bijirin diprojek pilot ini dibantu oleh pengurusan syarikat GWG diketuai oleh Dr Chua. Penanaman varieti jagung ini pernah dilakukan di pusat-pusat penyelidikan syarikat yang terletak di Batu Arang, Rawang, Selangor, Cameroon Highlands, Pahang dan di Bukit Tangga, Kedah. Majlis pelancaran ini telah dimulakan dengan aktiviti penerangan perancangan projek untuk menanam dan seterusnya dengan gimik aktiviti menanam benih jagung dikawasan sawah oleh VVIP dan para pengusaha (Sila lihat foto disebelah). Sehingga jam 6.00 petang dilaporkan seluas 8 hektar kawasan sawah telah siap ditanam sejak 3 hari lepas dan akan selesai semua penanaman dalam masa seminggu lagi. Dalam perancangan untuk mengembangkan penanaman jagung bijirin, beberapa lokasi lain seperti di Temerloh, Pahang, Baling di Kedah dan Sungai Besar, di Selangor teleh dikenalpasti untuk penanaman seterusnya dimasa akan datang. Bakal peserta dari ketiga-tiga kawasan ini turut hadir dalam majlis penerangan dan pelancaran penanaman jagung bijirin di Kg Dadong untuk menyaksikan sendiri bagaimana ia dilaksanakan. Semuga majlis ini akan menjadi sejarah di Malaysia untuk memulakan penanaman jagung bijirin yang akan menjadikan sektor pertanian lebih maju dan mampu menyumbang dalam kedaulatan makanan negara. Wasallam!..

KG DADONG... JAUH TEMPATNYA...
SAWAH PADI... PILIHAN BERSAMA...
JAGUNG BIJIRIN...PERLU DIUSAHA...
SUDAH DILANCAR...KENA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Dadong, Chukai,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(23 Ramadan 1437H)

Sunday, June 26, 2016

JAGUNG BIJIRIN - CATITAN DI USA

JAGUNG BIJIRIN (Grain corn) merupakan tanaman jagung khusus untuk dihasilkan bagi makanan ternakan dan juga diproses pelbagai produk lain seperti dijadikan minyak jagung, makanan berasaskan jagung dan sebagainya. Antara beberapa negara yang luas menanam jagung seperti USA, China, Argentina dan Eropah. Daripada laporan FAO, antara bijirin (cereal) yang popular ditanam adalah Jagung, Shorgum, Barli dan Oats. USA merupakan salah satu pengeluar utama jagung bijirin didunia yang meliputi kegunaan sebanyak lebih 95% untuk bahan makanan ternakan bagi kegunaan domestik dan eksport. Kini terdapat lebih dari 90 juta ekar (36.4 juta ha) kawasan ditanam jagung. Antara kawasan utama penanaman komoditi jagung adalah dikawasan Heartland, Tengah USA. Majoriti hasil jagung dijadikan komponen utama untuk makanan ternakan (ingredient in livestock feed). Jagung juga dijadikan kanji jagung, minyak jagung, pemanis (sweeteners), beverage dan alkohol industri serta bahan bakar ethanol. United States kini merupakan pemain utama dalam perdagangan jagung terutama jagung bijirin dengan menguasai jumlah eksport sekitar 10-20% daripada pasaran eksport jagung dunia. Jagung Bijirin merupakan 96.6% pengeluaran bijirin di USA pada tahun 2015/2016 diikuti dengan pengeluaran shorgum (2.7%), Barli (1.3%) dan Oats (0.5%. Jagung ditanam hampir diseluruh negeri di USA dengan negeri seperti Iowa, Illinois, Indiana, South Dakota, Nebraska, Western Kentucky dan Ohio serta Missouri) menjadi tumpuan. Iowa dan Illinois merupakan merupakan kawasan penanaman utama dengan 2/3 dari keseluruhan kawasan pengeluaran jagung di USA terletak didua lokasi ini. Artikel subuh Ahad ini selepas bersahur dan solat subuh saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman dan industri jagung terutama jenis jagung bijirin di USA sebagai sebuah negara utama yang mengeksport jagung ini keseluruh dunia sebagai satu bahan rujukkan.


Dasar kerajaan melalui Federal Agriculture Improvement and Reform Act of 1996, maka penanaman jagung di USA terus meningkat daripada seluas 60.2 juta ekar (24.4 juta ha) pada 1983 kepada 90 juta ekar (36.4 juta ha) pada tahun 2015. Dasar ini membolehkan petani memilih tanaman jagung sebagai tanaman yang paling menguntungkan dalam tahun tertentu. Petani yang menanam cereal lain seperti shorgum, barli dan oats telah terus berkurang jumlahnya saban tahun akibat keuntungan yang kurang berbanding dengan jagung bijirin. Jumlah ladang jagung dengan keluasn melebihi 500 ekar (202.4 ha) kini lebih banyak bilangannya dan juga ladang tanaman jagung yang keluasannya kurang dari 500 ekar semakin berkurangan. Ini menunjukkan trend penanaman jagung terutama untuk bijirin mesti moden dan luas dengan kelengkapan sistem penanaman menggunakan jentera dan kurang guna tenagakerja manusia untuk menguruskannya. Penghasilan jagung bagi setiap hektar terus meningkat setiap tahun dengan ujudnya peningkatan teknologi yang digunakan. Antara teknologi baru diperkenalkan seperti penggunaan varieti benih baik, baja, racun serangga dan sistem mekanisasi ladang yang cekap. Aplikasi teknologi pengeluaran yang cekap ini termasuk pengurangan proses penyediaan tanah (reduced tillage), sistem pengairan cekap, penggiliran tanaman dan pengurusan perosak dan penyakit yang cekap. Penggunaan jagung varieti jagung hibrid baru dengan jangkamasa tanaman pendek telah diperkenalkan termasuk mungkin Jagung GMO. Pada masa sama ujud permintaan terhadap bahan Ethanol menyebabkan harga lebih tinggi terhadap jagung sebagai satu insentif kepada petani. Ini menyebabkan petani akan menggilirkan tanaman diantara jagung dengan kacang soya dimana akhirnya penanaman kacang soya akan terus berkurangan. Selain itu beberapa kawasan padang ragut, kawasan ladang kecil-kecilan dan kawasan tanaman kapas telah bertukar kepada ladang penanaman jagung kerana harga dipasaran dan permintaan jagung yang tinggi didunia.


Jagung adalah tanaman serbaguna iaitu untuk Makanan (Food), Benih (Seed) dan Industri (Industry) atau singkatannya FSI. Konsep FSI ini yang berkait rapat dengan jumlah haiwan ternakan yang perlu diberi makanan yang berkaitan seperti lembu, ayam dan babi. Ketiga-tiga ternakan ini diberikan makanan jagung sebagai makanan utama iaitu sumber protin (Sila lihat foto disebelah). Jumlah jagung yang digunakan kepada sektor ternakan ini bergantung kepada harga jagung dipasaran serta ketersediaan bekalan. Ini kerana sebarang kenaikan harga jagung akan seterusnya menentukan kos pengeluaran industri ternakan di USA dimana ia seterusnya menentukan kos daging itu sendiri yang perlu ada pihak untuk menyelaraskannya. Jika bahan jagung ini mahal maka percampuran ingridient bahan untuk makanan akan diubahsuai agar penternak tidak mengalami kerugian sebaliknya dapat keuntungan yang sedikit bagi mengelakkan kerugian serius. Akibat pengeluaran Ethanol terus meningkat maka pengeluaran bahan berasaskan ethanol juga akan terus meningkat. Kedua-dua proses 'Dry Milling' dan 'Wet Milling' ethanol akan mengujudkan pelbagai by-produt lain yang ekonomik. Antaranya adalah seperti bahan DDGS (distillers dried grains with solubles) yang merupakan salah satu bahan utama dalam memproses makanan ternakan. Di USA lazimnya kedua-dua industri Lembu Tenusu dan Lembu Pedaging menggunakan bahan DDGS sebagai bahan makanan utama ternakan ini. Walau bagaimana pun akibat tahap pengeluaran bahan DDGS ini meningkat maka sektor ternakan lain seperti babi dan ayam juga menerima faedah. 


Jagung di USA juga diproses untuk dijadikan bahan makanan manusia dan sektor industri yang lain. FSI ini telah memproses jagung dengan membekalkan 1/3 daripada keperluan produk makanan domestik dinegara tersebut. Dengan cara memproses jagung sama ada 'Wet Milling - WM' atau 'Dry Milling - DM' kedua-duanya selalu menghasilkan produk akhir seperti yang dikehendakki. Kaedah WM mampu menghasilkan jagung kepada sirap Jagung High Fructose, Glukos, Dextrose, Kanji, Minyak Jagung, Beverage, Alkohol dan Bahanapi Ethanol. Sementara itu proses DM akan menukarkan jagung kepada produk seperti Corn Flakes, Tepong Jagung, Corn Grits, Corn Meals, Grit untuk dibuat Beer dan sebagainya. Kadar permintaan untuk produk makanan berasaskan jagung terus meningkat dimana ini disebabkan oleh bertambahnya penduduk Latin Amerika di USA serta faktor pertambahan penduduk. Pada masa hadapan permintaan makanan berasaskan jagung dijangka akan terus meningkat dengan ketara dengan pertambahan penduduk dunia. Aktiviti proses penyelidikan terhadap penanaman jagung, pembiakbakaaan jagung dan aktiviti pemproses byproduct jagung bagaimana pun kini diteruskan di USA dengan serius untuk mengatasi masaalah krisis kekurangan makanan. Petani di USA layak menerima beberapa insentif daripada kerajaan dengan menanam jagung dan melindungi kepentingan industri ini. Antara insentif ini termasuk insentif kawalan harga fleksibel, insentif bayaran balik hutang, insentif pinjaman, insentif kerosakkan akibat bencana alam serta insentif Insuran Tanaman (Crop insurance). Peranan kerajaan juga berkait dengan menyediakan prasarana dalam industri alkohol di negara tersebut. Penguatkuasaan Fi import, bayaran Duti dan Kuota Import juga dijalankan oleh kerajaan USA dalam industri jagung ini sebagai usaha meningkatkan dan juga melindungi industri tanaman jagung mereka. Sebagai contoh kempen menggunakan bahan bakar berasaskan ethanol untuk kenderaan dilaksanakan. Jagung Bijirin merupakan komponen terbesar dalam perdagangan dan pasaran bijirin global. Mengikut saiz pasaran dunia, selepas jagung adalah Sorgum, Barli, Oat, Rye, Millet dan bijirin campuran lain. Malaysia adalah negara pengimport jagung bijirin dengan nilai mencecah RM3.2 billion (RM3,200 juta) yang telah direkodkan pada tahun 2015. Ini tidak termasuk nilai import RM2.3 billion untuk kacang soya. Kajian mendapati untuk mengeluarkan jagung sebanyak ini Malaysia perlu menanam 400,000 hektar jagung. Bagaimanakah dan dimana kita merancang untuk mengatasi masaalah ini?. Pelancaran penanaman jagung bijirin varieti GWG111 dan GWG 888 oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Kg Dadong, Kemaman, Terengganu pada Ahad 26 Jun 2016 akan membuka lembaran baru sejarah industri ini di Malaysia (Sila lihat foto dibawah). Fikirkan... Wasallam!!!.


TANAM JAGUNG... BIJIRIN JENISNYA...
DI USA SANA...SKALA BESAR SAJA..  
90 JUTA EKAR... INSENTIF DIJANA...
EKSPORT JAGUNG...20% DIDUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Dadong, Chukai,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(21 Ramadan 1437H) 

BERJAGUNG-JAGUNG DULU SEMENTARA PADI MASAK

Peribahasa lama "Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak" merupakan satu peribahasa berkaitan dengan sektor pertanian yang dicipta oleh bijak pandai Melayu dan digunakan sehingga kehari ini. Secara umumnya peribahasa ini memberi maksud sebagai (1) Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap atau (2) Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik boleh digunakan dahulu. Dalam bahasa mudah diertikan dengan sementara menunggu apa-apa yang baik, lakukanlah kegiatan atau perkara-perkara yang memberi faedah. Dalam perbincangan mengenai peribahasa ini terdapat beberapa andaian seperti jika banyak pekerjaan yang boleh diisi semasa waktu senggang kita (waktu rehat atau waktu lapang). Ramai orang menganggap bahawa waktu senggang untuk diisi dengan istirahat, berlibur-libur, berehat, berlapang-lapang atau berlepak-lepak. Sebenarnya banyak pekerjaan yang boleh kita buat semasa waktu senggang untuk mendapatkan kepuasan dan keperluan rohani dan jasmani, ukhrawi dan duniawi dan untuk tujuan kemaslahatan dan kebajikan umat, untuk pembangunan diri, untuk bertujuan menambahkan kemahiran dan sebagainya. Seperti pesawah yang selalu menanam padi dan mereka tidak menantikan padi di bendang meranum untuk meraih hasil tetapi akan melakukan pekerjaan lain tujuan untuk menambahkan daya hasil dan menambahkan pendapatan. Pesawah akan membuat kerja lain sambil selalu pantau sawah padi selama 100 hari. Jangan pula kita mengisi waktu senggang atau waktu lapang kita dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan tidak menguntungkan kita. Ada juga dikalangan mereka tidak membuat kerja berfaedah dengan minum dikedai kopi dan bersembang berjam-jam, bermain dam haji, bermain daun terup atau berborak tanpa had. Hargai masa dan perlu diteruskan kehidupan yang dapat membahagiakan dan memakmurkan keluarga kita. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dan mengupas dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa yang disebut oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa Majlis perhimpunan bulanan di MAEPS, Serdang, Selangor pada 23 Jun 2016 yang penulis sendiri amat teruja dengan moto "DOA Kata..." dan juga peribahasa ini. Peribahasa ini dikaitkan dengan penanaman jagung bijirin dinegara kita untuk mengatasi isu jumlah pengimportan bahan ini amat tinggi terutama bagi membekalkan makanan ternakan.


Penanaman padi merupakan satu aktiviti pertanian sangat penting bertujuan untuk membekalkan makanan kepada lebih separuh penduduk dunia. Kita juga pesawah di Malaysia menanam sekitar 660,000 hektar tanaman padi dengan purata hasil sekitar 4.3 mt sehektar. Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu Padi Sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang dan Padi Huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dengan beberapa varieti terpilih. Pada masa artikel ini ditulis, 56% daripada varieti padi yang ditanam adalah MR220CL2. Lain-lain varieti seperti MR219 dan juga MR220. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur. Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di 8 kawasan Jelapang Padi Utama yang kebanyakannya berada di bahagian Utara seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor serta sedikit di Pahang dan Sabah. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3,500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang biasanya berpanjangan. Penanaman padi menjadi utama dibeberapa negara seperti di ASEAN antaranya di Vietnam, Thailand, Myanmar dan juga Indonesia. Terdapat padi yang ditanam dikawasan dalam kawasan Jelapang Padi (Dalam Skim Pengairan Lengkap) dan Kawasan Luar Jelapang Padi (Ada yang didalam dan Luar Skim Pengairan). Kawasan padi ada yang ditanam 2 kali setahun ada yang ditanam sekali setahun kerana kekurangan air dan beberapa faktor lain.


Kerajaan akan memperluaskan penanaman jagung bijirin di seluruh negara untuk menangani kenaikan harga import bekalan itu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata Malaysia ketika ini mengimport sehingga 4 juta tan jagung bijirin bernilai RM 33.33 billion setahun. Katanya, import bekalan itu mencetuskan defisit dagangan sektor pertanian makanan negara menjangkau RM18.1 billion, namun ia perlu dilaksana bagi memastikan jaminan bekalan makanan ayam sebagai sumber protein termurah. Bagi mengatasi masalah kenaikan harga bekalan import ini maka pelbagai usaha penanaman jagung bijirin secara tempatan perlu akan dilaksanakan secara percubaan dulu sebelum ia seterusnya diperluaskan di seluruh negara. Penanaman pertama secara komersial sedang dimulakan di Kg Dadong, Kemaman, Terengganu. Jenis jagung bijirin baru keluaaran GWG (Green World Genetic) yang terlibat dengan projek NKEA dibawah EPP17 adalah Jenis GWG 111 dan GWG 888.  Presiden Persatuan-Persatuan Persekutuan Penternak Malaysia (FLFAM), Jeffry Ng yang menyifatkan harga jagung bijirin import meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini. Terkini kos jagung import jagung bijirin meningkat beberapa kali daripada RM800 kepada RM1,200 setiap tan sejak Mei 2015 lalu, sekali gus menambah bebanan penternak ayam di negara ini. Katanya, jagung bijirin adalah bahan mentah utama dalam penghasilan makanan ternakan ayam iaitu sekitar 60 peratus hingga 65 peratus. Berikutan peningkatan ini maka ramai penternak tempatan kini terpaksa terus menanggung peningkatan harga makanan ternakan yang tinggi. Ketika ini dakwanya hampir 80 peratus hingga 90 peratus daripada jagung bijirin yang digunakan di Malaysia diimport dari Argentina. Mereka turut berdepan masalah penghantaran bekalan yang lewat kerana perkhidmatan pelabuhannya tergendala susulan banjir besar dialami Argentina tahun ini. FLFAM terpaksa mengambil langkah alternatif dengan mengimport bekalan jagung bijirin dari beberapa negara Asia Selatan yang sebahagiannya kurang berkualiti. Saranan Menteri Pertanian agar penanaman jagung bijirin di Malaysia perlu dimulakan kerana ini boleh mengelakkan kebergantungan import yang terus meningkat dan sesuai dengan prinsip 'Kedaulatan Makanan' dinegara ini. Oleh itu kempen 'Berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak' amat bertepatan dengan saranan ini.


Di Malaysia terdapat lebih dari 50,000 hektar kawasan sawah padi yang ditanam sekali setahun kerana kekurangan air terutama untuk penanaman padi luar musim. Selain itu Jabatan Pertanian ada melaporkan terdapat lebih dari 100,000 hektar tanah terbiar yang sesuai dibangunkan untuk pelbagai aktiviti pertanian. Kesemua kawasan tanah sawah dan tanah terbiar ini boleh dimajukan dengan tanaman jagung bijirin jika ada perancangan dan skim insentif penanaman jagung bijirin yang baik. Jika kita melihat jiran disekitar ASEAN mereka ada menanam dan menghasilkan jagung bijirin untuk kegunaan domestik seperti di Indonesia (Sila lihat foto disebelah). Penulis memetik satu lamanweb iaitu http://www. kabupatenreport.com/ panen-jagung- aceh-utara/ iaitu dimana mereka ada melaporkan kawasan tanaman jagung bijirin (Disebut jagung pipil) siap dituai seluas 38 hektar dan ianya dikelolakan oleh kelompok Tani Setia Kawan, Acheh, Sumatra diketuai oleh Razali Ahmad. Terkini kelompok mereka mempunyai seluas 38 hektar dan telah produksi setiap hektar menghasilkan sebanyak 5 ton jagung, rencananya akan ditambah lagi sekitar 12 hektar, sehingga total area yang akan ditanami jagung mencapai 50 hektar,” jelasnya. Selama ini, tambah benih (bibit) unggul jagung jenis hibrida varieti Pertiwi 3 mendapat bantuan dari Dinas Pertanian Tanaman Pangan dan Peternakan Provinsi Aceh melalui Distannak Aceh Utara. Bagaimana pun  ahli kelompok tani jagung pipil tersebut masih mengeluhkan belum adanya Alat Pelerai Biji Jagung (mesin pipil jagung). Masalah mesin pipil jagung hingga saat ini belum ada sehingga petani masih mengalami kendala saat sudah panen tiba, terpaksa dipipil secara manual dan makan waktu cukup lama, padahal petani berharap hasil panen segera terserap pasar. Laporan tersebut menunjukkan negara Indonesia mampu untuk menghasilkan jagung pipil sebagai satu usaha mengurangkan import jagung tersebut. Ini adalah satu contoh sesuai dilakukan oleh petani di negara kita.


Penanaman Jagung Manis oleh ramai petani di Malaysia masih menguasai aktiviti dalam pengeluaran jagung segar. Hampir lebih dari 95% petani menanam jagung manis (sweet corn) dimana ia dituai dalam masa 3 bulan sahaja dan dijual dengan harga ladang diantara RM0.60 - RM1.00 setongkol bergantung kepada varieti, saiz, lokasi dan kualiti jagung manis tersebut. Ada petani yang menanam jagung manis dan mempunyai kontrk pasaran dengan beberapa syarikat pengedar produk 'Cup Corn' seperti Nelson's dengan jaminan harga yang lebih tinggi dan stabil untuk satu jangkamasa yang lama. Anda boleh baca tulisan saya mengenai penanaman jagung dengan (Klik disini), (Klik disini), (Klik disini) dan (Klik disini). Jaminan pasaran dan harga tinggi serta masa singkat dalam agronomi dan masa penanaman jagung manis membolehkan ia merupakan komoditi yang masih relevan kepada petani. Belum ada petani yang menghadapi pasaran jagung manis dengan serius sehingga ia tidak laku. Jagung Bijirin (Grain Corn) pula amat kurang atau hampir tiada langsung ditanam oleh petani tempatan kerana mungkin ada banyak faktor mereka tidak memilihnya. Persoalan dikalangan mereka adalah apakah varieti jagung bijirin yang hendak ditanam?. Dimana boleh dapatkan benih?, Berapa lama ditanam?, Apakah amalan agronomi tanaman jagung bijirin?, Berapa harga jualan jagung bijirin?, Dimana hendak menjual dan siapa pihak pembelinya?, Adakah insentif seperti tanaman padi?, Untung atau tidak? dan banyak persoalan lagi. Penulis amat percaya semua persoalan ini akan terjawab apabila ada skim untuk menggalakkan atau skim khusus untuk penanaman jagung bijirin ini diperingkat awal. Memang amat wajar penanaman jagung bijirin dilaksanakan terutama dikawasan sawah padi yang ditanam secara bergiliran dengan musim utama tanaman padi dan diluar musim ditanam jagung bijirin. Pihak berkaitan perlu menyediakan pakej amalan teknologi untuk penanaman jagung bijirin yang selalunya akan mengambil masa lebih lama untuk matang berbanding dengan jagung manis dan juga kemudahan infra lain termasuk alat pelerai biji jagung dan skim pasaran. Memang amat tepat sekali peribahasa 'berjagung-jagung dahulu sementara padi masak' diintergrasikan dengan usaha untuk menanam jagung bijirin untuk kedaulatan makan negara kita. Wasallam!!...


TANAM JAGUNG... BIJIRIN JENISNYA...
JAGUNG MANIS...PETANI TELAH BIASA..  
PERLU DIMULAKAN... DIMANA-MANA...
SISTEM PENANAMAN...PERLU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Dadong, Chukai,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(21 Ramadan 1437H) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...