KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, October 31, 2016

GRED BUAH DURIAN BELANDA

DURIAN BELANDA (Annona muricata Linn) adalah tanaman buah-buahan tropika daripada famili Annonaceae dipercayai berasal dari Amerika Selatan. Adakah anda kenal dan mahu serta tahu bagaimana hendak menanam pokok buah durian belanda?. Rasanya mungkin tidak ramai dikalangan petani yang dapat menjawabnya. Ini kerana industri penanaman pokok durian belanda di Malaysia masih kurang dilakukan disebabkan oleh banyak faktur. Tidak ramai petani dan usahawan muda yang menanam pokok durian belanda secara monokrop secara meluas dimana lazimnya mereka akan menanam dengan campuran dengan tanaman lain. Dalam beberapa info yang saya rujuk, tanaman durian belanda akan hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hing­ga tujuh dan bersaliran baik. Daripada ladang yang penulis lawati, keadaan saliran baik penting disediakan kerana beberapa petani menyatakan pokok ini memang kurang sesuai jika kawasan mudah ditenggelami dengan air atau paras air tanah yang tinggi. Terdapat beberapa jenis varieti durian belanda yang telah didaftarkan di Malaysia seperti DB1, DB2 dan DB3 tetapi kesemua varieti ini belum lagi disyorkan penanamannya secara komersil oleh Jabatan Pertanian. Antara isu dalam industri penanaman buah durian belanda adalah masaalah pendebungaan dan kejadian buah yang amat rendah (iaitu sekitar 5-10% sahaja). kaedah pendebungaan berbantu didapati mampu meningkatkan kadar pembentukkan putik dan buah durian belanda. Kehadiran beberapa jenis agen pendebungaan pada bunga durian belanda amat kritikal dimana jika kurang atau tiada agen tersebut kadar pungutan hasil akan jauh lebih rendah. Artkel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi penanaman durian belanda dan grading buah durian belanda untuk dijadikan bahan bacaan pembaca semua.


Dalam beberapa pemerhatian yang penulis jalankan, lazimnya pokok durian belanda yang sihat dan matang mampu berbuah dengan kualiti buah yang tidak menentu akibat proses pendebungaan yang kurang dijaga. Pokok durian belanda dewasa lazimnya mampu berbuah sepanjang tahun. Walau bagaimana pun durian belanda adalah jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari. Ini menyebabkan ramai petani kurang menyukai tanam durian belanda kerana ketidakpastian tentang pengeluaran buah akibat masaalah pendebungaan semulajadi yang rendah dan juga paras harga ladang. Selain itu kualiti buah juga tidak menentu dimana rupabentuk dan saiz buah yang tidak seragam disebabkan kepada amalan agronomi seperti pembajaan, sistem pengairan an ada yang rosak sebelum dituai. Walau pun kini tahap permintaan untuk buah durian belanda segar tinggi untuk jualan segar dan diproses, namun tidak banyak buah berkualiti dengan gred A yang tersedia dipasaran. Satu laporan lamanweb yang penulis rujuk ada menyatakan dalam kawasan Asia Tenggara dilaporknan bahawa negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Keluasan tanaman durian belanda di negara kita juga tidak ada dilaporkan dalam laporan statistik keluasan di Jabatan Pertanian dari laporan yang dirujuk. Bagaimana pun umum tahu iaitu kawasan tanaman utama durian belanda di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.


Buah Durian belanda berkualiti lazimnya me­ngandungi bahan seperti fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati. Buah ini pada kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman. Selalunya buah durian belanda mempu­nyai saiz sederhana besar, kulit berwarna hijau, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis. Bentuk buah seperti jantung ini mempunyai rupa bentuk yang berbeza-beza dan juga saiznya walau pun datang daripada pokok yang sama. Ia biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus. Penulis dapati apabila makan buah durian belanda segar memang menyeronokkan apa lagi kalau buah tersebut masak dipokok dengan rasa yang amat manis. Harga jualan buah durian belanda mempunyai julat harga ladang berbeza-beza yang banyak bergantung kepada kualiti buah, musim pengeluaran dan juga kuantiti jualan. Harga ladang daripada serendah RM2.50 sekilogram dulu meningkat kepada RM9.00/kg sekilogram mengikut lokasi, kualiti dan kuantiti. Buah yang telah masak ranum lazimnya dijual murah sedikit kerana ia tidak tahan lama kalau tidak disimpan dalam bilik sejuk. Buah durian belanda yang dipetik sebaiknya mempunyai indek kematang yang tahan untuk lebih dari seminggu dipasaran.


Lazimnya durian belanda disyorkan penanammnya dengan jarak tanaman yang di­syorkan di ladang adalah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks. Buah durian belanda didapati buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam, kulitnya berwarna hijau dan isinya putih krim. Ia didakwa mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasa­ngan inginkan zuriat. Dari segi perubatan moden, kajian mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin. Durian belanda perlu di­kendalikan dengan sebaik­nya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. Penuaian dilakukan apabila buah mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya dua hingga tiga bulan selepas berbunga dan akan masak dua hingga tiga hari selepas dipetik. 


Antara teknologi yang sesuai untuk buah durian belanda masak yang hendak disimpan adalah pada suhu 15 darjah celsius dengan tahap kadar kelembapan relatif 85 hing­ga 95 peratus. Kaedah ini boleh membantu untuk mengekalkan kualiti dan juga memanjangkan jangka hayat sehingga satu hingga dua minggu. Dalam kes aktiviti untuk proses penjualan buah durian belanda segar memang perlu disesuaikan dengan teknologi penyimpanan buah dalam bilik sejuk agar buah dapat disimpah lebih lama terutama untuk penghantaran yang lebih jauh. Buah durian belanda boleh digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan. Cara ini akan dapat memastikan semua hasil berkualiti dan selamat dimakan termasuk produk durian belanda segar kepada pengguna untuk menikmati khasiat sebenar. Laporan menunjukkan bahawa buah durian belanda boleh dikelaskan kepada empat gred iaitu bergantung kepada spesifikasi merangkumi Gred A, Gred B, Gred C dan juga Gred D. Spesifikasi untuk Gred A adalah ia hendaklah daripada varieti yang sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam. Selain itu ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan atau kerosakan. Gred B pula hendaklah buah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempu­nyai saiz dan kematangan seragam serta hendaklah hampir bebas daripada kecacatan atau kerosakan. Gred C pula hendaklah buah durian belanda daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam dan agak bebas daripada kecacatan atau kerosakan. Gred D merupakan gred durian belanda yang tidak menepati semua ciri yang disebut diatas. Tinjauan penulis dibeberapa lokasi mendapati buah durian belanda Gred A dijual dengan harga ladang sekitar RM 8.000/KG (Buah yang mempunyai berat dari 1.2 Kg keatas. Buan Gred B pula dijual pada harga ladang sekitar RM 7.00/KG iaitu buah yang mempuntai berat dari 800 Gram hingga 1.2 KG sebiji. Bagi buah durian belanda Gred C pula mempunyai berat buah dari 500 - 600 gram sebiji dijual pada harga ladang sekitar RM 6.00/KG. Bagi buah durian belanda Gred D pula merupakan buah yang mempunyai berat kurang dari 500 gram sebiji dijual dengan harga ladang sekitar RM5.00 sekilogram. Jika dibuat perbandingan diantara harga ladang dan dengan harga runcit didapati ia dijual daripada RM10.00 - RM20.00 sekilogram. Semuga artikel ini memberi info terbaik untuk pembaca Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH BERHARGA... DURIAN BELANDA...
MULA DITANAM,,,, DISELURUH NEGARA...
KUALITI BUAH... SEBAB BANYAK PUNCA...
GRED BUAH... MENENTUKAN HARGANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani Mega,
UTC KUantan, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(27Muharam 1438H).

Sunday, October 30, 2016

LADA HITAM - PENGURUSAN PEROSAK

LADA HITAM (Piper nigrum) merupakan tanaman yang dikenali oleh masyarakat seluruh dunia sebagai ramuan masakan perisa dan sos. Berasal dari barat daya India ditanam di Sarawak sejak tahun 1856 dimana ia diusahakan secara meluas sekitar 1900an lagi. Malaysia menduduki tempat kelima lada dunia selepas Vietnam,India,Indonesia dan Brazil. Bukan mudah untuk menanam lada hitam untuk menghasilkan buah berkualiti dan gred yang baik. Lada Hitam masih merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan untuk kira-kira 67,000 penduduk terutama di kawasan pedalaman Negeri Sarawak. Keluasan purata kebun lada direkodkan masa kini adalah 0.2 hektar. Lada banyak ditanam di beberapa daerah yang aktif menanam seperti di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei. Anggaran semasa kawasan penanaman lada hitam di Sarawak ialah kira-kira 13,000 hektar (Sumber: Laporan Tahunan, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak 2015). Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik lada pada tahun 2004 berbanding sebanyak 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang masing-masingnya bernilai RM113.2 juta dan RM120.0 juta. Hampir 98 peratus hasil dari pengeluaran lada di Malaysia adalah di Negeri Sarawak. Pengeluaran untuk tahun 2004 adalah 20,000 tan metrik. Agensi yang menjaga industri lada hitam adalah Lembaga Lada Malaysia yang dulunya dikenali dengan Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia (JPPH) yang beribupejabat di Kuching, Sarawak. Bentuk Lada untuk Eksport masa kini adalah dimana kira-kira 95 peratus perdagangan lada dunia adalah dalam bentuk Lada Hitam (Black Pepper) dan Lada Putih (White Pepper). Bentuk lain adalah dalam bentuk oleoresin lada, minyak lada, lada hijau dan lada kisar. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Pengurusan Perosak tanaman lada hitam iaitu Kumbang Belalai, Pianggang Hijau dan Kepiding Lada yang terdapat di Malaysia.

(1) Kumbang Belalai
Kumbang Belalai (Lophobaris piperis) atau Pepper weevil merupakan sejenis serangga yang menyerang tanaman lada hitam. Kebersihan kebun merupakan faktor yang amat penting bagi serangan kumbang ini. Semua dahan dan batang pokok yang rosak hendaklah dicantas dengan pisau tajam atau gunting (scateurs) dan bakar. Tisu yang mati dibahagian bawah utama batang pokok terutama sekali yang mencecah bahagian tanah mesti dikikis untuk membuang ulat dan pupa kumbang ini. Sanitasi kebun amat penting dimana petani perlu mengumpulkan semua batang kayu, sampah, daun mati dan ranting dan kemudian dibakar. Sebagai kawalan ketat sebaiknya musnah kebun-kebun lada hitam terbiar (abandone's pepper farm) yang telah diserang kumbang ini. Sebaiknya pokok disembur dengan racun kimia seperti racun jenis sistemik seperti Cybermethrin. Semburan dilakukan terutama dikawaan dalam kanopi iaitu tempat dimana serangga dewasa bersembunyi. 


(2) Pianggang Hijau
Pianggang Hijau (Dicronocoris hewetii)) merupakan sejenis serangga yang menghisap cairan dalam batang tumbuhan. Pianggang ini dikenal dengan sebutan nyamuk lada, enduk-enduk, kapal terbang atau fui khicong (Bangka). Didapati peringkat nim dan dewasa merosakkan bahagian bunga dan tandan bunga. Serangan ringan dapat menyebabkan tandan rosak, bentuk tidak seragam dan buah hanya amat kurang. bagaimana pun serangan yang serius akan menyebabkan seluruh bunga menjad rosak, tangkai hitam dan kemudian ia akan gugur sebelum waktunya. Pianggang hijau ini juga memakan buah muda. Kawalan dilakukan dengan semburan racun kimia atau racun serangga seperti Dimethoate, Deltamethrin atau Lamda-Cyhalothris mengikut aturan pada label. Sebaiknya penanam lada hitam menyelaraskan masa pengeluaran bunga lada. Buangkan bunga lada hitam yang keluar dari musim bertujuan untuk memecahkan pusingan atau kitaran hidup perosak ini.


(3) Kumbang Rokok
Kumbang Rokok (Lasioderma serricorne) merupakan sejenis kumbang yang menyerang biji lada hitam ketika dalam simpanan disetor. Kumbang kecil berwarna coklat ini akan menebuk biji lada dan memakan isinya (Sila lihat foto disebelah). Sediakan tempat dan bekas penyimpanan yang sesuai dan bertutup rapat untuk elakkan serangan. Lada Hitam yang diserang akan menurun kualitinya.


(4) Hama Penghisap Buah  
Serangga ini (Dasynus piperis) juga dipanggil sebagai nama Kepik, Kepinding dan Belalang Sangit. Apabila menyerang buah lada hitam muda menyebabkan tandan buah banyak yang kosong dan jika pada kadar seerangan pada buah tua menyebabkan buah menjadi hampa, kering dan kemudian ianya akan gugur. Serangan teruk menyebabkan hasil berkurangan dan kualiti lada yang rendah mutunya. Kawalan dilakukan dengan semburan racun kimia atau racun serangga seperti Dimethoate, Deltamethrin atau Lamda-Cyhalothris mengikut aturan pada label. Sebaiknya penanam lada hitam menyelaraskan masa pengeluaran bunga lada. Buangkan bunga lada hitam yang keluar dari musim bertujuan untuk memecahkan pusingan atau kitaran hidup perosak ini.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam..
TANAM LADA.. DISERANG SERANGGA...
KUMBANG BELALAI ...PEROSAK LADA..
PIANGGANG HIJAU...MENYERANG JUGA...
PERLU DIKAWAL.. RACUN DAN LAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Tanaman Lada Hitam,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(29 Muharam 1438H)





Saturday, October 29, 2016

KHASIAT HERBA - CEKUR MANIS

CEKUR MANIS (Sauropus androgynus) atau PUCUK MANIS merupakan sejenis tumbuhan yang diambil bahagian pucuknya untuk dijadikan sayuran yang enak. Tumbuhan ini juga mempunyai beberapa nama lain iaitu Asin-asin dan banyak tumbuh liar dikawasan negara tropika terutama Asia Tenggara termasuk Malaysia. Penulis ada menulis artikel mengenai tumbuhan ini sebelum ini (Sila klik disini) untuk rujukkan dan pautan. Pokok cekur manis ini adalah jenis renek berbatang lurus, tegak dan boleh mencapai ketinggian kira-kira 3 meter. Penulis ada beberapa pokok cekur manis dikawasan rumah semasa bertugas di Muar dan Melaka dan mendapati dibahagian atas pucuk pula berkayu lembut, berwarna hijau dan mudah terkulai apabila panas. Ia juga mempunyai batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas (Sila lihat foto diatas).Terdapat ranting-ranting lateral yang pendek dan agak panjang jika mempunyai air dan baja yang mencukupi. Terdapat beberapa varieti cekur manis yang penulis ketahui iaitu Cekur Manis Tempatan, Cekur Manis Sabah (Sabah sweet shoots) dan Cekur Manis Sarawak. Bagaimana pun varieti Cekur Manis Sabah merupakan yang terbaik dari segi kualiti dan kemanisannya. Apakah dia khasiat cekur manis atau pucuk mani ini?. Cekur Manis didakwa mampu mengurangkan panas badan, pening-pening kepala, penyakit jantung dimana ia mengandungi bahan dikenali sebagai provitamin A dan Karetinoid. Ia juga didakwa mampu mengatasi masaalah tekanan darah rendah dari bahan seperti vitamin B dan Vitamin K padanya. Selain daripada dimasak tumis atau digoreng dengan belacan, pucuk manis sering juga dimasak lemak. Bagaimana pun ia merupakan sayuran yang sering dihidangkan atau dijual direstoren makanan tradisional sewaktu makan tengahari. Artikel subuh ini saya meulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat tanaman cekur manis atau pucuk manis yang ada mengkelaskannya sebagai sejenis herba utuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Mengenal pokok cekur manis memang mudah kepada mereka yang pernah menanam, memetik dan memakannya. Ia merupakan sejenis pokok renek yang berbatang lurus, tegak dan mencapai ketinggian kira-kira 3 meter. Selalunya dibahagian atas pula berkayu lembut, berwarna hijau dan mudah terkulai. Ia juga mempunyai batang yang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas.Terdapat ranting-ranting lateral yang pendek dan daunnya tumbuh secara berselang-seli hingga ke hujung. Daunnya berbentuk bujur atau oblong dan bersaiz 2-5 cm diameter dengan 1-2 cm lebar berwarna hijau tua. Bagaimana pun ada beberapa varieti yang mempunyai warna keputihan berbintik pada daunnya. Apa yang penulis suka adalah pokok cekur manis matang mengeluarkan buah dimana ada biji didalamnya. Buahnya berbentuk globos dan berukuran 1.5 cm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan (Sila lihat foto disebelah)Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas. Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter. Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu. Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai. Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang. Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal. Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran. 


Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga didapati mengandungi vitamin B, Vitamin C, protein dan mineral. Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Dalam pada itu pemerhatian penulis mendapati ada sejenis serangga perosak utama tumbuhan ini. Serangga tersebut ialah sejenis kumbang dikenali dengan Adoretus sinicus. Kumbang ini akan memakan bahagian pucuk dan daun muda yang menjadikan ia rosak. Penelitian mendapati tidak ada serangan penyakit yang menyerang tanaman cekur manis dikenalpasti. Penggunaan baja organik dengan sedikit baja kimia amat sesuai diberikan kepada tanaman ini. Lebih banyak baja organik diberikan maka rasa pucuk manis akan lebih baik lagi tahap kemanisannya (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis yang melawat beberapa kebun tanaman pucuk manis disekitar Tangkak, Muar dan Melaka dulu memang suka petik pucuk manis varieti Sabah Shoot dan meratah terus dikebun setelah dibasuh kerana ianya enak dan manis.


Khasiat cekur atau pucuk manis ini juga agak jarang diperkatakan. Cekur manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K. Daun pokok cekur manis adalah popular sebagai sayuran di Malaysia. Pokok cekur manis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 8 meter jika tidak dicantas tetapi petani yang ada penanaman komersil pokok ini dicantas setinggi lebihkurang 1 meter dari paras tanah. Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu dan dibaja dan ada sistem pengair konsistent. Daun pokok cekur manis terutamanya daun segar mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan vitamin B, C protein dan galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang matang. Ia dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (cardiovaskular).


Penanaman cekur manis dan pembiakan serta penanaman cekur manis mudah dilakukan oleh petani yang telah pun berpengalaman atau mereka yang baru mencubanya. Ini kerana cekur manis mudah dibiakkan melalui sistem keratan batang yang berkayu keras. Keratan batang sepanjang 20-25 cm boleh ditanam terus kebatas atau dibiakkan di dalam polibag yang diisi media tanah campuran dan diletak di tapak semaian. Batas disiapkan dengan ukuran lebar satu meter dan panjang batas bersesuaian dengan kawasan penanaman. Cekur manis memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organaik yang tinggi. Jarak tanaman yang sesuai ialah 50-100 sm antara pokok dan 100-120 sm antara barisan tanaman. Tanaman selalu dibuat satu barisan sahaja kerana ia akan bercabang banyak bila selalu melakukan cantasan. Pokok boleh bertahan sehingga 8-10 tahun jika penjagaan sempurna. Bagaimana pun perlu disediakan sistem pengairan sempurna. Pengairan amat perlu pada peringkat awal penanaman sehingga penuaian hasil dilakukan, tanaman perlu disiram sekurangnya sehari sekali, kaedah pengairan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis. Pengawalan rumpai mesti dilakukan bagi memastikan tanaman hidup subur. Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai yang disyorkan. Pastikan semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman. Pembajaan cekur manis perlu dilakukan dengan baja seperti baja NPK iaitu120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar tetapi ia bergantung pada keadaan tanah di sesuatu kawasan. Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 boleh digunakan dengan kadar 80-100 gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 cm dari rumpun pokok serta dikambus. Pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan dengan bahan sistem tahi ayam atau kompos dengan kadar satu hingga kg/meter persegi. Baja foliar bagi semburan daun boleh digunakan bagi tujuan mempercepatkan pertumbuhan daun bekalan bergantung pada pasaran. 


Pemangkasan boleh dilakukan beberapa peringat dan tujuan. Ini kerana tanaman cekur manis memerlukan pemangkasan bagi memastikan pokok tidak terlalu tinggi dan menyukarkan aktiviti penuaian hasil. Penulis dapati paras ketinggian yang disyorkan ialah antara 1.0 -1.2 meter. Pokok perlu dicantas bagi mengawai ketinggian dan menggalakkan pertumbuhan tunas atau pucuk baru. Cantasan sebaiknya boleh dijalankan dengan menggunakan pisau tajam, scateurs dan alatan lain yang sesuai. Pemangkasan juga disamakan dengan mematahkan dengan tangan mana-mana dahan atau batang yang tidak dikehendakki. Kawalan perosak pada tanaman ini kurang dilakukan kerana cekur manis jarang diserang perosak di peringkat awal penanaman sama ada serangan koya atau hama. Jika terdapat banyak serangan serangga sebaiknya pada pokok boleh dicantas secara keseluruhan bagi mengurangkan perosak mengikut paras ketinggian yang dikehendaki. Pokok yang subur akan sentiasa mengeluarkan pucuk dan dahan baru. Kerja menuai pucuk manis mudah dilakukan dimana pucuk muda boleh dituai setiap hari dengan memotong kira 20-25 cm daripada pucuk. Pucuk di susun dan ditimbang antara 300-400 g dan kemudian diikat atau dimasukkan di dalam bakul plastik atau kotak kertas yang di lubangkan bagi tujuan perpeluhan dan dijual di pasaran. Harga ladang sekilogram pucuk cekur manis muda sekitar RM10.00 - RM12.00 tetapi bagi keratan cekur manis daun tua harganya cuma RM4.00 - RM6.00 sekilogram. Bagaimana pun jualan cekur manis ini yang diikat sekitar RM2.00 - RM3.00 seikat dipasar tani bergantung kepada lokaliti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..

CEKUR MANIS... PUCUK MANIS SAMA...
BERWARNA HIJAU... MUDAH TANAMNYA...
PUCUK MUDA DIIKAT... MANIS RASANYA...
MENULIS ARTIKEL... PENGALAMAN DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Cekur Manis,
Kg Ubai, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(22 Muharam 1438H)

Friday, October 28, 2016

KELEDEK - KHASIAT DAUN DAN SAJIAN

KELEDEK (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Convulvulaceae yang kaya dengan zat Karbohiderat dan Vitamin A. Bagi mendapatkan hasil tinggi, ubi keledek memerlukan keadaan panas yang berpanjangan iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditanam di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi segar yang dihasilkan tidak empuk isinya. Namun tanaman keledek kurang tahan terhadap keadaan cuaca kemarau. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik. Penelitian penulis daripada lawatan teknikal dan pengalaman peribadi menujukkan terdapat beberapa varieti keledek yang telah didaftarkan didalam 'National Listing'. Bagaimana pun didapati dilapangan penulis blog hanya jumpa dua (2) jenis keledek yang sangat popular ditanam dikalangan petani di Malaysia iaitu Keledek Gendut (MSP 94) dan juga Keledek Cina. Pada beberapa buku rujukkan ada menyatakan ubi keledek boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu UBI JENIS BERAIR dan sejenis lagi ialah UBI JENIS KERING. Jenis Ubi Berair adalah dimana ubi ini akan menjadi lembut apabila di rebus atau digoreng dan lazimnya jenis ini mempunyai kulit yang berwarna merah dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Contoh jenis ubi berair adalah seperti Keledek Cina. Jenis Ubi Kering adalah jenis keledek yang tidak mudah lembut apabila direbus atau digoreng. Jenis ini lazimnya mempunyai kulit yang berwarna putih walau pun hasilnya agak kurang seperti varieti Keledek Gendut. Terdapat 10 jenis keledek yang boloeh kita tahu di Malaysia iaitu Keledek 57 Tainung, Keledek Banting, Keledek Biru Jepun, Keledek Biru Johor, Keledek CH Purple, Keledek CH Red, Keledek Guan, Keledek Hao Pao/ Kuala Bikam, Keledek Indonesia dan Keledek Jalomas. Ramai diantara kita yang saya percaya, tidak berapa kenal akan varieti-varieti ini. Oleh itu mari kita lihat foto varieti keledek ini agar dapat kenal akan rupanya. Artikel kali ini saya menulis khasiat dan sajian keledek ddalam blog "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan rujukkan pembaca.

Khasiat ubi keledek memang telah dikaji semenjak dulu dimana ia memang kaya dengan karbohiderat. Selain daripada bahagian umbisinya, daun keledek juga sering diambil sebagai makanan sayuran yang enak. Daun ubi keledek yang telah diproses menjadi makanan ringan yang berkhasiat sebagai snek (Sila lihat foto disebelah). Keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat, kuih talam, inti karipap, bingka dan sebagainya. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan. Kajian oleh beberapa institusi penyelidikan dan universiti menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Laporan menunjukkan di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini. Pegawai Penyelidik MARDI iaitu Dr. K Jeevan berkata kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang dibeli di pasar. Tambahan pula kos daun keledek adalah amat murah memandangkan daun keledek merupakan bahan sampingan tanaman keledek. Perkara ini membolehkan masyarakat mendapatkan nutrisi dengan kos yang lebih rendah. Kajian ke atas kandungan bahan Polifenol dan ciri anti radikal dilakukan bagi mencari punca sumber antioksidan semulajadi sebagai makanan berfungsi dan nutraseutikal. Sayuran berdaun seperti daun keledek mempunyai kelebihan dituai beberapa kali setahun menjadikannya mudah dipasarkan.

Dr. Jeevan seterusnya ada menambah, kandungan bahan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding sayuran lain dapat memberikan pilihan kepada pengguna mendapatkan sayuran berkhasiat pada harga yang murah. Selain itu daun ubi keledek yang mengandungi bahan semulajadi boleh membantu untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan sintetik import yang digunakan dalam pembangunan produk makanan. Jika daun keledek digunakan sebagai sayuran bermakna daun yang biasanya dibuang boleh menjadi sumber ekonomi kepada pekebun kecil. Ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian dan makanan selain pembukaan lebih banyak ladang keledek manakala pengeluar makanan akan dapat mengurangkan kos bahan mentah. Bahan aktif dalam daun keledek sesuai digunakan sebagai bahan untuk snek berkhasiat dan tepung dalam pembuatan roti dan mi. Penulis suka membeli dan memetik daun keledek untuk dicelur dan dimakan dengan sambal tumis dan nasi putih. Daun keledek juga enak dimasak lemak dengan labu dan dimakan waktu tengahari. Daun keledek muda yang lembut juga enak dimasak air (bening) dan dimakan dengan ikan masin dan sambal belacan.

Keledek boleh dimasak dengan pelbagai cara dan menu yang sesuai mengikut citarasa. Mempelbagaikan sajian keledek cara tradisional dan moden boleh dirujuk dalam buku resepi masakkan atau kini tekan pada telefon dan lamanweb sahaja. Sebagai contoh resepi daging goreng keledek dengan sos perang sudah tidak asing lagi dalam proses menyediakannya kerana ia boleh dirujuk dalam internet (Sila lihat foto disebelah). Antara menu dan resepi daripada keledek seperti Baked Ubi Keledek, Bingka Keledek, Pengat Keledek, Abok-abok Keledek, Mee Udang Keledek, Daigaku Umo (Makanan Jepun berasaskan keledek), Pengat Keledek Bersagu, Cakar Ayam, Keledek Goreng, Cucur Badak Keledek, Kuih Keria Keledek, Bebola Ubi Keledek dan Triffles. Kesemua makanan berasaskan keledek ini memeng tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia terutama kuih keria keledek, keledek goreng )dimakan dengan sambal kicap) dan juga Cucur Badak Keledek. Penulis blog kali ini paparkan resepi membuat Cucur Badak Goreng selepas membuatnya sendiri dirumah. Bahan-bahan diperlukan adalah 2 cawan ubi keledek yang perlu direbus dan lecek, 1 biji telur, 1/2 sudu baking powder dan tepung secukupnya. Bahan lain adalah minyak untuk menggoreng dan sedikit garam. Membuatnya amat mudah, ringkas dan cepat. Cara-cara membuatnya dengan memasukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan diuli sehingga tak melekat di tangan. Kemudian dibuat bulat-bulat kecil seperti bola pingpong mengikut kehendak kita. Bola bulat kecil ini kemudian digoreng dalam minyak panas sehingga perang dan kemudian diangkat dan toskan minyak. Enak dimakan semasa suam panas dan ianya memang mengenyangkan.  Wasallam!!.
DAUN KELEDEK... HIJAU WARNANYA...
PUCUK KELEDEK...DIMAKAN ENAKNYA...
HARGA MURAH.. BERKHASIAT PULA...
RESEPI KELEDEK... PELBAGAI JENISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani Mega,
UTC Kuantan, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(28 Muharam 1438H) 

Thursday, October 27, 2016

LANDAK - BOLEH DIKOMERSILKAN?

LANDAK merupakan sejenis haiwan mamalia dari order Rodentia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti 'babi berduri'. Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae. Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang amat berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Seekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras dan mencacak. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya akan mencucuk kepada pemangsa tersebut. Landak Raya mampu mencacakan durinya beberapa meter kepada pemangsa. Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti spesis Trichys lipura di Borneo. Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea (Legakul dan Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu spesies Hystrix brachyura (Jenis Landak Raya), Trichys fasciculata (Jenis Landak Padi) dan juga Atherurus macrourus (Jenis Landak Nibung). Haiwan ini merupakan jenis yang lazimnya makan serangga kecil seperti semut, buah2an dan tumbuh-tumbuhan dalam keadaan liar semulajadi. Kaedah menangkap landak liar ini ada banyak cara daripada memasang perangkap landa sehingga aktiviti menembaknya. Artikel subuh Rabu ini dalam "Anim Agro Technology" penulis dapat kongsi info mengenai haiwan landak yang ditulis semula daripada artikel asal dirujuk kepada laporan akhbar Kosmo.

Dalam akhbar tersbut artikel bertajuk 'Harga landak cecah RM120 sekilogram' dengan gambar hiasan diatas menarik perhatian penulis. Ia dimulakan dengan ayat iaitu APABILA beberapa rakan mempelawanya menikmati hidangan daging landak raya semasa kunjungan mereka ke Restoran Selera Rimba, Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor itu minggu lalu dilaporkan lelaki itu masih lagi teragak-agak. Penulis blog sendiri sebenarnya lebih dari 5 kali berkunjung ke Restoren tersebut untuk menikmati berbagai masakan yang eksotik. Mungkin penulis blog tidak terkejut apabila kali pertama mendengar restoren ini ada menghidangkan daging landak. Bagaimana pun mungkin ada pelbagai persoalan bermain di fikiran orang yang tidak biasa lebih-lebih lagi mengenangkan rupa bentuk mamalia berbulu keras dan tajam itu yang membuatkan tekaknya sedikit kembang tekak. Bagaimanapun disebabkan rombongan mereka telah melalui perjalanan hampir dua jam dari Kuala Lumpur ke restoran itu yang terkenal dengan hidangan eksotik semakin ramai yang datang untuk makan tengahari. Wartawan yang menulis ada menyatakan rakannya hanya cubit sedikit sahaja dagingnya sekadar untuk rasa dan ternyata ia tidaklah pelik seperti yang dibayangkan. Daging landak pada penulis blog pun ada yang mempunyai rasa daging yang manis dan lembut dan rasanya seperti daging ayam, cuma isinya sedikit pejal. Seterusnya akhbar tersebut menyatakan kini dia dan rakan-rakannya dari Kelab Bikers Chow Kit menjadikan restoran itu sebagai lokasi untuk menikmati pelbagai hidangan eksotik seperti landak raya dan rusa. Lazimnya mereka akan berkonvoi ke lokasi dengan kekerapan dua atau tiga bulan sekali dan kini menjadikan menus masakan daging landak raya sebagai satu menu wajib yang akan dipesan.

Dilaporkan biarpun harganya mahal iaitu sekitar RM120 sekilogram namun ia berbaloi kerana keenakannya lagi pun tidak banyak restoran yang menghidangkan hidangan sedemikian unik dan eksotik di negara ini. Dalam pada itu maklumat mengenai haiwan ini menyatakan terdapat terdapat tiga spesies landak yang biasa ditemui di negara ini iaitu Landak raya (Hystrix brachyura),  Landak nibong atau Landak Batu (Atherurus macrourus) dan Landak Padi (Trichys fasciculate). Hanya jenis landak raya dan landak nibong sahaja yang dibenarkan diburu dan diternak oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai satu kaedah mnghalang dari kepupusan haiwan ini dinegara kita. Landak lazimnya ditemui dan aktif dikawasan kebun, kawasan ladang, dusun buah-buahan dan hutan. Dalam keadaan liar haiwan ini akan membina terowong dalam tanah dan lubang pada banir pokok sebagai tempat tinggal. Landak juga lebih aktif pada waktu malam untuk cari makanan dan balik ke sarang pada waktu subuh. Pada penulis yang makan masakan landak direstoren ini memang enak apabila ia dihodangkan dengan nasi panas, ulam-ulaman dan lauk landak (Sila lihat foto disebelah). Memang kalau seseorang itu kurang biasa dengan haiwan ini agak kembang tekak untuk makan daging landak. Penulis semasa zaman remaja dulu (45 tahun dulu) sudah biasa makan daging landak yang dibawa pulang oleh arwah ayah dengan memburu dikawasan kampong di Muar, Johor. Memang enak makan daging landak dimasa ungkep atau masak kari atau rendang.

Dalam kes lain, akhbar juga melaporkan nilai komersial landak raya mendorong ada pengusaha seperti En Mohamad untuk memulakan aktiviti penternakan landak raya secara komersial mulai tahun 2013. Minat mendalam terhadap bidang penternakan mendorong Datuk Mohamad berumur 72 menjadi penternak landak raya sejak tiga tahun lalu. Selain landak beliau juga turut menternak lembu dan kambing bagi memanfaatkan ruang kebun kelapa seluas 33 hektar miliknya yang terletak di Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penglibatan dalam penternakan landak raya juga mendapat galakan daripada Perhilitan kerana ia mempunyai nilai komersial dan permintaan tinggi di pasaran. Disebabkan itu pengusaha dibantu isteri Datin Rohani tidak teragak-agak menyertainya dengan modal sekitar RM35,000. Modal besar tersebut di gunakan untuk membina sangkar besi di samping membeli 15 pasang baka induk landak raya daripada pihak Jabatan Perhilitan untuk tujuan pembiakan. Kini biarpun haiwan itu bersifat tahan lasak, mudah dijaga dan jarang diserang penyakit namun ia juga agak sensitif berhubung soal pemakanan dan pembiakan. Haiwan ini makan apa sahaja yang diberi namun jika tidak sesuai akan menyebabkan ia sakit dan mati sekali gus merugikan penternak. Halangan paling besar ialah aspek pembiakan kerana haiwan ini tidak akan mengawan sebarangan dan memilih pasangan yang serasi. Sebab itu jika ia tidak bunting mengikut tempoh ditetapkan pengusaha perlu menukar pasangannya.

Menyentuh mengenai generasi kedua landak seperti peraturan dibawah akta perlindungan haiwan landak, peraturan sedia ada hanya membenarkan generasi kedua landak raya yang lahir dibenar untuk dijual. Baka induk memang tidak boleh disembelih atau dijual bagi tujuan pembiakbakaan kecuali ia tidak lagi produktif. Selain itu cara pembinaan sangkar juga perlu sesuai selain penyediaan makanan dan vitamin dan ubat-ubatan untuk yang sesuai bagi memastikan ia sihat. Pengusaha yang merupakan bekas ADUN Juasseh kini menternak 60 ekor landak raya yang terdiri daripada generasi pertama dan kedua. Setakat ini beliau belum lagi menjualnya untuk tujuan komersial kecuali baka induk landak kepada sesiapa yang berminat menceburi penternakan ini. Beliau juga berkata landak ternakannya diberi makan sayur-sayuran, keledek, nangka, pisang dan betik yang diperoleh di kebunnya atau penduduk kampung berhampiran. Seekor landak raya mempunyai jangka hayat antara lima hingga tujuh tahun (5-7 tahun)Lazimnya seekor landak raya betina beranak lima kali dalam tempoh dua tahun dengan jumlah antara seekor atau dua ekor sekali beranak dan boleh disembelih ketika usianya mencecah lapan bulan. Ketika ini seekor landak raya hidup boleh dibeli dengan harga sekitar RM1,000 seekor manakala harga sepasang landak raya adalah RM3,500 bergantung pada saiz dan umur. 

Dalam pada itu kes lain dilaporkan Pengurus Restoran Selera Rimba iaitu En Hamka yang mempunyai restoran makanan eksotik yang diusahakan sejak 2007 itu menjual pelbagai makanan eksotik kepada pelanggan seperti landak raya, pelanduk, ayam hutan, rusa dan burung wak-wak. Ini merupakan satu restoren yng semakin ramai pelanggannya. Gambar sebelah pula menunjukkan En Hamka (berdiri) melayan para pelanggan yang menikmati pelbagai hidangan eksotik yang ditawarkan di Restoran Selera Rimba, Sungai Besar, Selangor. Kini semua bekalan tersebut diperoleh daripada pemburu berlesen di sekitar negeri Selangor untuk dimasak direstoren yang semakin ramai datang untuk makanan eksootik. Dahulu beliau hanya berniaga makanan secara kecil-kecilan, namun selepas mendapat lesen daripada Perhilitan barulah dia beralih kepada makanan eksotik. Setakat ini sambutan yang diterima dari pelanggan amat mengalakkan dan pelanggan saya datang dari seluruh negara seperti Pulau Pinang, Johor, Melaka termasuk Singapura kerana mahu menikmati keunikan makanan yang ditawarkan. Beliau yang mengusahakan restoran itu bersama isterinya dan anak sulungnya memberitahu diantara menu istimewa di restoran itu ialah rendang landak raya yang menggabungkan resipi tradisional masyarakat Banjar dan Melayu. Ia merupakan hidangan wajib pelanggan di sini selain daging rusa dan juga ikan baung liar kerana ia sukar diperoleh di restoran-restoran lain di negara ini. Ramai pelanggan menggemarinya kerana ia dikatakan mempunyai protein tinggi, tidak mengandungi lemak, kurang serat serta selain mengandungi asid amino yang tinggi yang dikatakan mujarab untuk menyembuh luka. Biarpun daging landak raya mendapat permintaan tinggi namun bekalannya sukar diperoleh kerana aktiviti pemburuannya hanya dibenarkan daripada bulan Mei hingga Ogos. Sebelum ini katanya harga landak hanya sekitar RM30 sekilogram tetapi disebebkan kesukaran mendapatkan bekalan di pasaran menyebabkan harganya kini meningkat sehingga RM120 sekilogram dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi memastikan ia mencukupi untuk semua pelanggan, beliau juga terpaksa menyimpan stok dan adakalanya terpaksa mengehadkan jumlah tempahan yang diterima. Ditanya dia lazimnya akan memperuntukkan seekor landak raya sebulan bagi tujuan itu. Kini dia berharap akan ada usaha yang dilakukan Perhilitan untuk mengkormersialkan ternakan landak raya akan membuahkan hasil kerana kini dagingnya mempunyai tahap permintaan tinggi di pasaran. Kita boleh ambil contoh rusa, dimana dahulu ia agak sukar diperoleh sebab hidup liar di dalam hutan namun selepas dilaksanakan secara komersial dagingnya mudah didapati di mana-mana sahaja. Selain dijadikan hidangan, tanduk, kulit dan organnya juga boleh dijadikan sebagai produk hiliran seperti kraf tangan dan ubat-ubatan. Menu Daging Landak adalah memang enak dimakan jika tahu memasaknya dan dimakan semasa perut lapar. Wasallam.
HAIWAN LANDAK... APAKAH DIA...
BADAN BERDURI...JADI BURUAN...
BOLEH DITERNAK..ADA KEBANARAN...
RENDANG ENAK... LANDAK RAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoran Selera Rimba, 
Sungai Besar, Selangor,
Malaysia.
(28 Muharam 1438H)

Wednesday, October 26, 2016

PERIA FERTIGASI - BANTAL DAN BALDI

TANAMAN PERIA (Momordica charantia) dan PETOLA (Luffa actungula) merupakan antara jenis tanaman sayuran buah yang semakin menarik minat penanam sayur komersil dengan teknologi fertigasi di sekitar Kuantan Negeri Pahang. Bagaimana pun amalan teknologi penanaman peria yang penulis buat tinjauan kini sudah berubah daripada kaedah konvensional diatas tanah dengan pancang kayu kepada teknologi fertigasi. Apa yang penulis dapati kini tentang tinjauan penulis mengenai dua teknologi fertigasi yang dikenali dengan TEKNOLOGI FERTIGASI BANTAL dan TEKNOLOGI FERTIGASI BALDI yang diamalkan oleh petani iaitu En Wong dan En Ramli di kawasan TKPM Pulau Manis, Kuantan, Pahang. Ini merupakan salah satu teknologi yang pada penulis dapati amat sesuai dilakukan oleh mereka yang ingin menghasilkan sayur yang berkualiti dan hasil yang banyak. Teknologi fertigasi selalunya dikaitkan dengan cara penggunaan air baja dari tangki yang disalurkan kepada media tanaman dalam polibeg bersaiz sederhana sahaja. Amalan menanam syuran secara fertigasi ini biasa dilakukan kepada sayuran seperti Timun, Cili Besar, Cili Padi, Terung Bulat, Terung Panjang, Kacang Panjang, Kacang Buncis dan beberapa lagi. Dalam terminologi fertigasi kita juga pernah mendengar Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH), Fertigasi Rakyat, Fertigasi NFT, Aeroponik, Aquaponik, Fertigasi Gantung, Fertigasi Terbuka dan sebagainya. Teknologi ini juga dikaitkan dengan pertanian moden dan 'vertical farming' yang akan menjadi trend dimasa akan datang. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai dua lagi cara menanam sayur secara fertigasi hasil lawatan keprojek TKPM di Pulau Manis, Kuantan iaitu Fertigasi Bantal dan Fertigasi sekadar untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.


Teknologi Fertigasi Bantal merupakan antara yang terbaru dilakukan oleh peserta di TKPM Pulau Manis ini. Penulis berikan nama ini kerana 'planting point' ini akan diletakkan didalam beg plastik hitam yang diletakkan diatas batas tanaman seperti bentuk 'Bantal' dan unik (Sila lihat foto disebelah).  Susunan bantal hitam diatas batas beralaskan plastik silvershine ini dengan jarak 2 meter antara bantal menjadikan ia satu sistem tanaman agak jarang dilihat berbanding dengan kaedah fertigasi konvensional yang mana point tanaman diletakkan lebih rapat. Plastik Hitam untuk dibuat bantal yang tebal ini dibuat 3 lubang besar dan banyak lubang kecil-kecil dibahagian atasnya. Dibuat dua lubang lain di tepi bagi diletakkan benih tanaman. Sementara itu dibahagian tengah adalah lubang yang dikhususkan untuk pemberian baja NPK dan baja Organik tambahan. Dilubang tengah ini juga akan diletakkan 'dripper' iaitu bagaimana bekalan air baja yang dipam daripada tangki bancuhan baja. Bagi tujuan fertigasi, terdapat 4 buah tangki hitam yang di penuhkan dengan air campuran baja Set A dan Set B dimana ia akan dipam dengan injin Robin selama 1-2 jam dengan kekerapan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang. Dibahagian bawah bantal dibuat lubang besar 20 cm x 20 cm untuk membolehkan akar pokok akan terus masuk kedalam tanah batas yang mana plastik silvershine juga ditebuk lubang yang sama saiznya. Pemerhatian penulis mendapati akar pokok peria sampai jauh kedalam tanah dengan tiada pembaziran dari saliran air baja. Pokok peria dan petola menjadi subur dengan saiz batang lebih besar kerana makanan banyak dan ruang akar luas. Ini akan juga membolehkan ia akan memenuhi ruang para trellis dengan buah yang banyak, berkualiti, besar dan mendapat harga yang baik. Buah Peria di kebun ini tidak dbalut kerana aktiviti kawalan Lalat Buah (Bactocera spp) dam Kutu Thrips (Order Trysanoptera) dikawal dengan semburan racun kimia secara berjadual.

Teknologi Fertigasi Baldi merupakan satu cara menggunakan bekas media tanaman dengan menggunakan baldi terpakai iaitu bekas daripada tong cat terpakai. Idea ini dilakukan untuk mereka menggunakan baldi cat terpakai kerana ketahanan baldi tersebut selama lebih 5 tahun. Ini adalah bahan tahan berbanding dengan cara penggunaan polibeg plastik hitam atau plastik putih yang singkat (sekitar 1-2 musim sahaja). Baldi cat terpakai ini diperolehi daripada pembekal atau kontraktor mengecat dengan harga antara RM0.50 - RM1.00 satu unit. Baldi ini dibersihkan dahulu dan ditebuk lubang dibahagian bawah untuk aliran air keluar semasa penyaluran air baja. Media tanaman terdiri daripada campuran cocopeat dan tanah campuran. Setiap baldi disusun dalam satu barisan dengan jarak 1 meter dan dipasang dengan saluran paip untuk membekal air baja. Baldi ini diletakkan diatas batas yang dipasang dengan lapisan plastik silvershine (Sila lihat foto disebelah). Setiap baldi ditanam dengan 2 anakbenih yang akan membesar dan memberikan hasil baik. Jaring Pukat buatan China yang murah dan tahan direntang diatas baldi kepada sistem para diatasnya. Tanaman ini akan menjalar keatas pukat jaring sehingga tanaman memenuhi para trellis. Teknologi ini pada petani amat berkesan kerana mereka kini tidak perlu menggantikan polibeg media tanaman dengan kerap yang perlukan kos tinggi dan tenagakerja banyak. Bagi petani dari tinjauan penulis ia berpuashati dengan kaedah tanaman fertigasi gunakan baldi di TKPM ini. Kebaikan lain fertigasi cara baldi adalah dimana media tanaman sedia ada tidak dibuang malahan akan ditambah dengan media cocopeat jika berkurangan.


Peria yang ditanam menggunakan teknologi fertigasi bantal didapati lebat buahnya dimana purata buah bersaiz sederhana dan bersaiz besar. Satu biji peria yang penulis timbang mempunyai berat sekitar 350 gram (Sila lihat foto disebelah). Menurut petani, kaum Cina amat suka dengan peria bersaiz besar ini yang lazimnya dimakan dengan cara masak sup. Bagi kaum Melayu pula mereka suka peria yang bersaiz sederhana atau saiz kecil yang selalunya dimasak tumis dengan cili dan dimakan dengan nasi putih. Peria jenis ini juga sering dijadikan ulam dimakan mentah yang enak. Aktiviti memetik peria dan petola lazimnya bermula jam 6.00 pagi dimana pekerja buruh asing menggunakan lampu suluh jika musim buah sedang banyak dan permintaan serta harga tawaran yang tinggi. Pada jam 10.00 pagi selalunya peria yang dipetik akan dihantar terus ke Pasar Selayang di Kuala Lumpur. Harga peria didapati agak stabil berbanding dengan beberapa jenis tanaman sayuran lain dengan purata sekitar RM1.20 - RM1.60 sekilogram. Peria yang mengandungi bahan 'charantin' yang menyebabkan 'rasa pahit' dimana ia ada khasiat tersendiri. Bahan charantin ini merupakan banhan aktif yang mampu mengawal masaalah kanser. Beberapa kajian lain yang penulis rujuk dimana buah peria mempunyai sebatian Antihelminthic. Bahan aktif ini sering dikaitkan untuk rawatan penyakit gastrousus (pedarahan dalam perut atau dalam usus) dan boleh membunuh cacing parasit dalam badan kita. Di negara Togo, rakyat tempatan menggunakan buah peria ini secara semulajadi bagi tujuan untuk menghapuskan cacing dalam badan rakyat mereka. Melihat kepada komponen bahagian daun peria, didakwa daun peria juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan menyembuhkan beberapa penyakit. Ia mampu untuk menghalang bakteria malaria dalam tubuh manusia. Amalan yang dilakukan dengan merebus beberapa helai daun peria dan dan minum seperti teh. Anda boleh menambah bawang putih, garam, atau sedikit gula untuk mengurangkan rasa pahit daun. Dalam kes khasiat untuk pesakit Diabetes didakwa bahawa peria juga merupakan makanan terbaik untuk penghidap kencing manis. Ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan kita. Dalam pada itu lain-lain faedah kesihatan peria yang mana ia mempunyai bahan anti-kanser dimana terdapat dua sebatian yang terdapat pada pokok iaitu Asid a- eleostearic  iaitu bahan yang boleh anda dapati di dalam biji peria dan Asid 15,16 -dihydroxy -a- eleostearic bahan yang anda akan dapati di buahnya . Kedua bahan ini adalah ubat yang baik untuk masalah leukemia dan beberapa masalah darah seperti anemia. Ia membantu dalam menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat dan baki jumlah sel-sel darah putih dalam badan kita. Ia juga menormalkan tekanan darah. Apa pun teknologi penanaman peria menggunakan Teknik Fertigasi Bantal dan Fertigasi Baldi ini merupakan satu kaedah penanaman yang cekap dan boleh dikembang oleh petani lain. Petani lain boleh merujuk atau melawat kekebun disini untuk mempelajari teknik fertigasi ini.  Semuga artikel dalam blog Anim Agro Technology ini memberi info berguna. Wasallam!!!.
TANAM SAYUR... PELBAGAI CARA....
FERTIGASII BANTAL...APAKAH DIA...
GUNAKAN BALDI... IA TAHAN LAMA...
BANYAK KHASIAT..SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Pulau Manis,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(9 Muharam 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...