Support My Blog

Saturday, December 31, 2016

TAHUN BARU 2017


Penulis Blog Anim Agro Technology mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2017' kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Sehingga 31 Disember 2016 sebanyak 2,574 artikel telah dibuat posting sementara sebanyak 1,611 masih menunggu untuk dibuat posting dimasa akan datang. Sebanyak 4,185 artikel telah ditulis sehingga akhir tahun ini dengan dibuat posting setiap hari satu artikel sahaja. Untuk tahun ini penulis blog tidak pernah 'miss entry' walau sehari pun bermakna setiap hari berjaya membuat posting walau dimana penulis berada. Usaha menulis tetap diteruskan setiap masa dengan masa dan maklumat yang penulis blog dapat daripada bahan yang diari melalui lawatan teknikal, rujukkan pada penulisan teknikal lain dan punca lain. Sempena akhir tahun 2016 ini penulis masih beroleh kekuatan untuk terus berkarya dalam teknologi pertanian dan pelbagai tajuk yang berkaitan dengannya. Penulis juga mengharapkan akan diberi kelapangan masa untuk menulis blog terutama pada waktu selepas suboh dimana lazimnya banyak ilham datang.


Sehingga jam 8.00 pagi 31 Disember 2016 seramai 9,750,562 juta pembaca mengunjungi Blog Anim Agro Technology dengan purata capaian harian sekitar 8,000 - 12,000 sehari walau pun berkurangan pada hari Sabtu dan Ahad (Sila lihat jadual diatas). Purata capaian sebulan sekitar 200,000 - 250,000 orang sebulan dimana mereka kebanyakan negara pembaca adalah daripada Malaysia. Daripada seramai 9.7 juta orang pengunjung, sebanyak 8.34 juta adalah pengunjung daripada Malaysia diikuti dengan USA (409,730), Indonesia (403,026), Singapura (69,011) dan kelima adalah dari India (75,909). Pengunjung daripada negara lain mengikut ranking adalah daripada Russia, Beunei, Germany, United Arab Emirates dan Netherlands. Penulis juga dapati capaian daripada Indonesia banyak melalui URL:Co.id yang mana ada akses terus kepada blog ini dinegara tersebut. Ini tidak termasuk artikel dari blog Anim Agro Technology yang disalin terus oleh bloggers lain.


Diantara artikel yang paling banyak capaian adalah artikel bertajuk 'Kelapa - Menanam Kelapa Matag' diikuti dengan 'Cili Padi - Senang Tanamnya" diikuti dengan 'Racun Rumpai', 'Ayam Kampong' dan 'Rumput Miang Mexico' (Sila rujuk jadual diatas). Ini menunjukkan di Malaysia kelapa Matag masih menjadi carian utama dimana ramai yang ingin mengetahui akan kehebatan kelapa hibrid ini. Penulis sebenarnya menulis banyak artikel mengenai kelapa matag, durian, kopi, baja, racun dan beberapa jenis makanan popular di Malaysia selain daripada info mengenai herba dan sebagainya.

Blog ini masih mendapat rating yang tinggi di Malaysia dimana ia dibaca oleh ramai orang. Bagaimana pun kedudukan blog ini jatuh kepada kedudukkan ke 1,455 dalam Alexa Traffif Rank (Sila lihat rajah diatas) dengan kebanyakannya adalah di Malaysia. Semuga artikel hari ini memberi info berguna kepada penulis dan pembaca semua. InsyAllah penulis blog akan meneruskan penulisan mengenai pertanian dan rencana berkaitan dengan teknologi pertanian dimasa akan datang. Wasallam!...


"SELAMAT TAHUN BARU 2017"


Artikel terakhir 30 Dec 2016

MENULIS BLOG... AKTIVITI HARIAN...
LEBIH 4,200 ARTIKEL..DISIAPKAN...
TAHUN BARU 2017...DI TERUSKAN...
ADA INFO...TEKNOLOGI PERTANIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
2 Rabiulakhir 1438H
(31 Disember 2016)

Friday, December 30, 2016

BURUNG WALIT - KENALI DIA (Part 2)

BURUNG WALIT (Aerodemus fuciphagas atau Aerodemus maxcimus atau Collocalia vestita) merupakan sejenis burung yang kini sangat popular di ternak di Malaysia. Sebelum penulis menjelaskan bagaimana cara beternak burung 'Walit' atau 'Walet' adalah baik kita mengenal dulu ciri-ciri, jenis-jenis dan sifat-sifat yang dimiliki burung walet. Walet juga merupakan sejenis burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka terbang tanpa henti dengan meluncur terus diudara pada siang hari. Burung ini berwarna gelap atau kehitaman bagaimana pun akab kembali kesarang pada malam hari dan berada disarangnya (Sila lihat foto diatas). Keupayaan burung ini dengan cara terbangnya cepat dengan dua sayapnya dan badannya yang ringan dan saiz ukuran tubuhnya sedang. Sayapnya berbentuk sabit yang sempit dan runcing dan mampu membawa burung walit terbang jauh tanpa henti melayang-layang diudara mencari makanan. Sayap walit ini merupakan sejenis organ yang sangat kuat. Kaki burung ini adalah sangat kecil sehingga burung jenis ini tidak pernah hinggap di pohon atau diatas pokok atau pun kabel eletrik. Ia mempunyai sejenis paruh yang sangat kecil. Bagaimana pun burung walit mempunyai kebiasaan tinggal secara semula jadi didalam gua atau rumah dibina asalkan ianya cukup lembab dengan cahaya remang-remang sampai gelap. Rumah burung walit komersil kini dibina dilokasi sesuai dimana ada banyak sumber makanan dan selamat dari ancaman musuhnya. Paling muran untuk membina rumah burung walit pun ratusan ribu ringgit. Hebatnya burung walit adalah kerana ia akan menggunakan langit-langit dalam mulunya untuk ia menempelkan sarang sebagai tempat berehat dan berkembang biak. Sarang burung walit inilah yang dikutip dan dijadikan produk makanan untuk kesihatan yang berkhasiat. Harga sarang burung walit yang siap dibersihkan bernilai ribuan ringgit sekilogram dipasaran antarabangsa. Sarang burung walit dari Malaysia dan Indonesia merupakan jenis kualiti premium terbaik didunia. Rencana subuh Isnin sempena Cuti Krismas ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info asas burung walit untuk dijadikan bahan bacaan.


Apakah dia jenis-jenis burung walit yang perlu kita kenal?. Terdapat beberapa jenis burung walit yang dikenal di negara kita Malaysia dan Indonesia yang dapat menghasilkan sarang. Namun didakwa tidak semua sarang yang dihasilkan boleh digunakan dan memiliki khasiat. Perkara ini disebabkan beberapa faktur yang juga menyebabkan ia kurang sesuai dimakan. Di Malaysia dan di Indonesia dilaporkan ujud enam jenis gurung walit. Beberapa jenis tersebut dapat dibezakan dengan ciri berdasarkan ukuran tubuh badan, suara, warna bulu, tingkah laku dalam membuat sarang dan bahan asas digunakan dalam membuat sarang. Dalam pada itu penulis juga dapati pada orang awam mereka melihat burung ini yang terbang melayang menamakannya sebagai 'Burung Layang-Layang'. Sebenarnya ia adalah berbeza antara keduanya. Burung walet (Collocalia vestita) merupakan burung dengan sayap meruncing, berekor panjang, berwarna hitam dimana di bahagian bawah badannya berwarna coklat. Burung walit hidup di pantai serta kawasan bandar dimana ia menghuni gua atau ruang besar seperti bubungan kosong secara semulajadi. Burung Walit tidak dapat hinggap sebab memiliki kaki yang sangat pendek sehingga sangat jarang berdiri diatas tanah tetapi boleh hinggap pada dinding tembok atau atap. Mampu terbang ditempat gelap dengan bantuan gelombang bunyi atau dinamakan Ecolocation. Ia bersarang secara berkelompok dengan sarang yang dibuat dari air liur. Sarang ini banyak diperdagangkan orang untuk dibuat sup atau bahan ubatan atau makanan kesihatan yang mmahal harganya. 


Berikut ini adalah jenis-jenis walet yang perlu dikenali:

4. Walit Gunung
Jenia burung walit guning berwarna hitam tetapi warna ekornya abu-abu kehitaman. Bulu ekor bercelah dalam. Kakinya sedikit berbulu atau tidak berbulu sama sekali. Suaranya khas suara burung walit yang nyaring. Ukuran tubuhnya dikategorikan sebagai jenis BESAR dengan ukuran panjang sekitar 14 cm. Burung jenis ini terbang berkelompok dengan cepat berhampiran dengan tebing atau puncak gunung. Serangga-serangga kecil makanannya disambar semasa burung ini terbang. Sarangnya dibuat di celah-celah batu dan biasanya sarang dibina pada bekas kawah digunung. Sarang dibuat dari rumput dan hanya sedikit atau tidak ada air liur pada bahan sarangnya dimana sarang walit gunung tidak sesuai untuk dimakan. Pada musim burung walit gunung mengawan dengan bertelur dua biji sahaja.


5. Walet Sarang Lumut

Burung walit sarang lumut diberikan nama kerana lokasi ia suka bersarang. Burung ini berwarna coklat kehitaman tetapi ia juga mempunyai warna ekor lebih gelap. Ia jyga mempynyai ekor hanya sedikit bercelah. Semasa terbang ia mempunyai penampilan mirip dengan walit putih. Suara adalah nyaring dan tinggi. Saiz badannya dari kategori SEDANG dengan panjang badan sekitar 12 cm. Jenis walit ini kurang dikenali disebabkan ia sukar ditemui. Sarangnya dibina pada bahagian gua yang lebih dalam dan sangat sukar untuk dicapai manusia. Bagaimana pun ia jenis yang kuat terbang jauh dan tinggi. Ia jarang terbang atau pun berputar-putar rendah dekat permukaan tanah. Selalunya semasa terbang ia menyambar mangsa iaitu serangga-serangga kecil. Sarangnya baik dengan permukaan yang halus dan bentuknya lebih bundar. Bahan Lumut digunakan untuk tambahkan kekuatan sarang sehingga sarangnya disebut sarang lumut.

6. Walit Sapi

Burung Walit ini berbulu hitam kebiru-biruan dengan warna yang lebih berkilat. Bulunya dibahagian bawah berwarna kelabu gelap dan warna dibahagian perut agak putih. Ekornya sedikit bercelah dan jenis ini juga merupakan jenis burung walit paling KECIL dengan saiz badan hanya sekitar 10 cm. Ia juga mempunyai sepasang mata berwarna coklat gelap, paruh hitam dan kaki hitam. Suaranya nyaring tinggi dan lazimnya menyukai habitat yang meliputi semua ketinggian permukaan sama ada dikawasan padang rumput atau pun dikawasan pokok terbuka atau kawasan hutan. Burung walit ini juga terbang berkelompok tetapi tidak teratur. Walot sapi tidak kuat terbang jauh dimana ia biasanya terbang rendah atau hanya berputar-putar di dekat permukaan tanah atau sungai untuk mandi dan minum. Bila mencari makan ia juga sering berkisar disekeliling pokok besar dan tinggi yang banyak serangga dan didakwa suka menyambar TABUAN dan LEBAH. Sarangnya berbentuk tidak menentu atau bertaburan dibina dari bahan terdiri dari campuran lumut dan rumput yang dilekatkan dengan air liurnya. Pada celah gua yang agak terang atau celah batu selalunya burung walit sapi suka bersarang. Bila bertelur biasanya hanya dua biji sahaja. Telurnya berwarna putih dan agak lonjong dan lazimnya jenis bersarang tidak tergantung pada musim kerana ia suka ia boleh bersarang sepanjang tahun. Sila baca artikel Part 1 sebelum ini. Wasallam!!!...
BURUNG WALIT... KENALI DIA...
BERSARANG...AIR LIUR ASALNYA...
BEBERAPA JENIS... 6 SEMUANYA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 231, Hotel Seri Bera,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1438H)

Thursday, December 29, 2016

BURUNG WALIT - KENALI DIA (Part 1)

BURUNG WALIT (Aerodemus fuciphagas atau Aerodemus maxcimus atau Collocalia vestita) merupakan sejenis burung yang kini sangat popular di ternak di Malaysia. Sebelum penulis menjelaskan bagaimana cara beternak burung 'Walit' atau 'Walet' adalah baik kita mengenal dulu ciri-ciri, jenis-jenis dan sifat-sifat yang dimiliki burung walet. Walet juga merupakan sejenis burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka terbang tanpa henti dengan meluncur terus diudara pada siang hari. Burung ini berwarna gelap atau kehitaman bagaimana pun akab kembali kesarang pada malam hari dan berada disarangnya (Sila lihat foto diatas). Keupayaan burung ini dengan cara terbangnya cepat dengan dua sayapnya dan badannya yang ringan dan saiz ukuran tubuhnya sedang. Sayapnya berbentuk sabit yang sempit dan runcing dan mampu membawa burung walit terbang jauh tanpa henti melayang-layang diudara mencari makanan. Sayap walit ini merupakan sejenis organ yang sangat kuat. Kaki burung ini adalah sangat kecil sehingga burung jenis ini tidak pernah hinggap di pohon atau diatas pokok atau pun kabel eletrik. Ia mempunyai sejenis paruh yang sangat kecil. Bagaimana pun burung walit mempunyai kebiasaan tinggal secara semula jadi didalam gua atau rumah dibina asalkan ianya cukup lembab dengan cahaya remang-remang sampai gelap. Rumah burung walit komersil kini dibina dilokasi sesuai dimana ada banyak sumber makanan dan selamat dari ancaman musuhnya. Paling muran untuk membina rumah burung walit pun ratusan ribu ringgit. Hebatnya burung walit adalah kerana ia akan menggunakan langit-langit dalam mulunya untuk ia menempelkan sarang sebagai tempat berehat dan berkembang biak. Sarang burung walit inilah yang dikutip dan dijadikan produk makanan untuk kesihatan yang berkhasiat. Harga sarang burung walit yang siap dibersihkan bernilai ribuan ringgit sekilogram dipasaran antarabangsa. Sarang burung walit dari Malaysia dan Indonesia merupakan jenis kualiti premium terbaik didunia. Rencana subuh Isnin sempena Cuti Krismas ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info asas burung walit untuk dijadikan bahan bacaan.


Apakah dia jenis-jenis burung walit yang perlu kita kenal?. Terdapat beberapa jenis burung walit yang dikenal di negara kita Malaysia dan Indonesia yang dapat menghasilkan sarang. Namun didakwa tidak semua sarang yang dihasilkan boleh digunakan dan memiliki khasiat. Perkara ini disebabkan beberapa faktur yang menyebabkan ia kurang sesuai dimakan. Di Malaysia dan di Indonesia dilaporkan ujud enam jenis gurung walit. Beberapa jenis tersebut dapat dibezakan dengan ciri berdasarkan ukuran tubuh badan, suara, warna bulu, tingkah laku dalam membuat sarang dan bahan asas digunakan dalam membuat sarang. Dalam pada itu penulis juga dapati pada orang awam mereka melihat burung ini yang terbang melayang menamakannya sebagai 'Burung Layang-Layang'. Sebenarnya ia adalah berbeza antara keduanya. Burung walet (Collocalia vestita) merupakan burung dengan sayap meruncing, berekor panjang, berwarna hitam dimana di bahagian bawah badannya berwarna coklat. Burung walit hidup di pantai serta kawasan bandar dimana ia menghuni gua atau ruang besar seperti bubungan kosong secara semulajadi. Burung Walit tidak dapat hinggap sebab memiliki kaki yang sangat pendek sehingga sangat jarang berdiri diatas tanah tetapi boleh hinggap pada dinding tembok atau atap. Mampu terbang ditempat gelap dengan bantuan gelombang bunyi atau dinamakan Ecolocation. Ia bersarang secara berkelompok dengan sarang yang dibuat dari air liur. Sarang ini banyak diperdagangkan orang untuk dibuat sup atau bahan ubatan atau makanan kesihatan yang mmahal harganya. 


Berikut ini adalah jenis-jenis walet yang perlu dikenali:

1. Walet Besar
Jenis walit ini berwarna hitam dengan warna bulu bahagian bawah coklat gelap. Bahagian bulu ekor pula agak bercelah. Suaranya keras dan nyaring. Ia merupakan jenis burung walit yang berukuran paling besar dibandingkan dengan jenis walet lainnya. Panjang badannya sekitar 16 cm iaitu dikelaskan sebagai BESAR. Oleh kerana ia mempunyai saiz badannya yang lebih besar maka burung jenis ini mampu untuk terbang lebih tinggi dan lebih cepat. Semasa ia terbang lazimnya ia menyambar serangga-serangga kecil yang mana ia menjadi makanannya. Walit besar lebih suka bersarang pada lubang-lubang batu (gua kecil) atau pada celah-celah batu dekat air terjun. Sarangnya selalunya memang tidak dapat dimakan. Sarangnya ini berbentuk seperti mangkok dimanna ia dibuat dari campuran akar-akar tumbuhan, lumut dan jenis serat. Jika dibandingkan dengan walit jenis lain, sarang burung walit besar dikelaskan sebagai sarang yang kotor dan berserabut. Jika ia bertelur biasanya hanya sebiji sahaja dengan warna telurnya putih, berbentuk agak lonjong. Ia selalunya bersarang dan bertelur pada bulan November dan Disember setiap tahun.

2. Walit Putih

Jenis burung walit putih disebabkan ia mempunyai sarang berwarna putih. Bulu walit ini berwarna cokelat kehitam-hitaman dengan bulu bahagian bawah kelabu atau coklat. Sementara itu dibahagian ekor ia mempunyai bulu ekor sedikit bercelah. Suaranya adalah nyaring tinggi. Saiz burung walit ini dikelaskan sebagai bertubuh SEDERHANA BESAR sekitar 12 cm. Matanya adalah berwarna coklat gelap dengan paruh hitam dan juga warna kaki hitam. Ia memunyai jenis sayap yang lebih kukuh dan cara terbangnya juga lebih kuat. Bila ia mencari makan lazimnya jarang berputar-putar di tempat yang rendah tetapi dilokasi lebih tinggi. Walit putih ini lebih suka mencari makan dekat pokok-pokok tinggi yang banyak terdapat serangga kecil. Burung ini juga sering terbang ke dalam air untuk mandi dan minum dan kemudian akan terbang lagi. Ia suka bersarang yang terletak di celah-celah batu karang atau gua kapur yang susah dicapai secara semulajadi. Sarang burung tersebut seluruhnya dibuat dari air liur sehingga harganya mahal dan sering dicari pemburu sarang burung. Telurnya berwarna putih, berbentuk memanjang dimana ia bertelur sebanyak 2 biji sahaja. Burung walit putih bersarang secara bermusim bergantung pada tempat bersarang yang sesuai dipilihnya.


3. Walet Sarang Hitam

Burung walit jenis ini mempunyai warna bulu coklat kehitam-hitaman dengan bulu ekornya juga berwarna coklat kelabu. Bulu ekor bercelah sedikit dan ia mempunyai jenis kaki yang ada bulu merata. Dari segi saiz badan ia ia termasuk berukuran sebagai SEDANG. Panjang tubuhnya adalah sekitar 12 cm. Jika dilihat sepintas lalu penulis juga dapati ia sangat mirip walet putih. Matanya adalah berwarna cokelat tua dengan paruh hitam dan kaki berwarna hitam. Tidak seperti walet lain didapati jenis ini mempunyai suara yang terdengar mencicit. Walit ini juga memakan serangga-serangga kecil yang disambarnya ketika terbang. Jenis ini suka bersarang dan lebih meyukai pada gua-gua kapur. Sarangnya disebut sarang hitam sebab ia mengeluarkan air liur untuk membuat sarang bercampur dengan bulu-bulu tubuhnya yang berwarna hitam. Bila ianya sudah bertelur lazimnya hanya sebiji sahaja satu sarang. Warna telurnya putih yang berbentuk memanjang. Musim yang selalu ia mengawan adalah sama dengan walit putih. Seperti juga jenis walit putih selalunya jenis burung walit sarang hitam juga lsesuai untuk dikomersilkan berbanding dengan jenis burung walit lainnya. Sila baca sambungan artikel ini dalam Part 2 selepas ini. Wasallam!!!...
BURUNG WALIT... KENALKAH ANDA...
BERSARANG...AIR LIUR ASALNYA...
BEBERAPA JENIS... 6 SEMUANYA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 231, Hotel Seri Bera,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1438H)

Wednesday, December 28, 2016

BURUNG GAGAK

Burung Gagak (Corvus spp) adalah burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut.  Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya.   Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai gagak dan laporan akhbar tempatan berkaitan gagak.


LAPORAN TESTIMONI 1 :
Tangani pembiakan burung gagak di kawasan bandar

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Haiwan diminta menangani segera masalah pembiakan burung gagak yang semakin bertambah di kebanyakan kawasan bandar. Ahli ADUN Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berharap jabatan berkenaan perlu mengambil langkah proaktif termasuk memasang perangkap di kawasan yang sering menjadi sarang kumpulan unggas berkenaan. "Selain itu, kita juga berharap masyarakat khususnya golongan peniaga restoran, kedai makan dan gerai supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan tidak membuang sisa makanan di merata-rata tempat. "Burung gagak ini gemar mencari sisa makanan yang dibuang atau ditinggal dan kemudian membuat sarang di pokok-pokok berhampiran. Kita dapat lihat semakin banyak burung gagak di kawasan bandar sekarang," katanya selepas menyertai operasi menembak gagak di kawasan Taman Pelangi Indah, dekat sini kelmarin. Dalam operasi anjuran pihaknya bersama Jawatankuasa Penduduk Zon Tiram Timur dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan kerja sama pasukan polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Southern Waste Management Environment Sdn. Bhd. (SWM) yang bermula pukul 4.30 petang hingga 7 malam itu berjaya menembak 463 gagak. Abdul Halim berharap, Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan memikirkan langkah drastik yang berkesan bagi menangani masalah itu kerana jika populasi burung tersebut terus bertambah, ia akan menyebabkan kawasan taman dan perumahan lebih kotor. "Walaupun ada pihak yang menjalankan operasi seperti ini, namun kita jangan mengharapkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, tetapi Jabatan Perkhidmatan Haiwan patut bertindak sama menanganinya," katanya. Beliau berkata, operasi itu akan diteruskan pada masa akan datang di kawasan yang dikenal pasti mempunyai bilangan burung gagak yang banyak sebagai langkah membendung pembiakannya.

LAPORAN TESTIMONI  2 :
6,264 burung gagak 'tumpas' di Pandamaran


KLANG 21 Nov. - Sebanyak 6,264 ekor gagak berjaya ditembak dalam operasi menembak gagak anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Stadium Hoki Pandamaran, Klang di sini, semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Zulkifli Abbas berkata, operasi itu disertai oleh 52 kumpulan mewakili 137 peserta daripada Persatuan Penembak Selangor. Pada 2009, sebanyak 8,836 ekor gagak berjaya ditembak, tahun lepas pula sebanyak 7,799 ekor gagak berjaya ditembak manakala pada tahun ini pihak berkuasa tempatan (PBT) Klang mensasarkan 8,000 ekor gagak. "Bagaimanapun, hasil maklum balas daripada peserta, kita dapati tumpuan menembak terganggu sedikit akibat hujan yang turun mulai pukul 3 petang hingga lewat petang," katanya. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, memandangkan penyertaan peserta konsisten setiap tahun iaitu antara 120 hingga 140 penembak, pihaknya bercadang untuk memasukkan acara menembak gagak sebagai program tahunan sempena perayaan Hari Kebangsaan tahun depan."Bayaran seekor gagak ditetapkan RM3 seekor manakala yuran pendaftaran RM5 setiap seorang memandangkan peserta mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli peluru. "Sehingga kini, populasi burung gagak di Klang berjaya dikurangkan dan antara lokasi yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gagak ialah di Kapar, Taman Sri Sentosa dan Taman Sri Andalas di sini," katanya.

LAPORAN TESTIMONI  3 :
TTDI mahu 'perangi' gagak
Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


IA digelar si hitam pengotor, pembawa penyakit dan macam-macam lagi. Jika burung-burung lain sering dipuja atau sekadar menjadi belaan para peminatnya, burung berwarna hitam pekat itu akan menerima nasib yang berbeza. Gagak diburu kerana dianggap pencemar imej ibu negara. Semuanya kerana sifat survival burung itu yang bergantung kepada sisa buangan, bangkai dan sampah sarap. Tumbuhan dan buah-buahan juga, walaupun ia sudah busuk atau mereput, turut menjadi pilihan gagak. Tabiat itu menyebabkannya Gagak menyelongkar kawasan pembuangan sampah, tong sampah atau karung sampah yang tidak diikat dengan kemas untuk memenuhi keperluan pemakanannya. Paling utama adalah kewujudannya yang tidak dialu-alukan itu turut menimbulkan rungutan kepada orang ramai, khususnya dalam kalangan penduduk sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur di sini. Kesan pencemaran yang dilakukan kumpulan gagak itu boleh dilihat di mana-mana, bermula dari kawasan perumahan sehinggalah ke kawasan komersial termasuk di belakang lorong-lorong premis perniagaan. Menyedari perkara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi menembak gagak di sekitar kawasan TTDI baru-baru ini dengan tujuan mengurangkan populasi gagak dan masalah lain yang berpunca daripada haiwan itu. Ia merupakan operasi pertama tahun ini, selepas beberapa siri operasi yang sama dilakukan di sekitar Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu.


Banyak aduan, Ketua Operasi, Abdullah Said berkata, operasi itu merupakan satu langkah DBKL bagi mengurangkan bilangan gagak di kawasan berkenaan. Menurutnya, walaupun langkah itu tidak dapat dapat menghapuskan populasi gagak secara total tetapi ia merupakan satu cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan bilangan gagak. “Kami menerima banyak aduan mengenai bilangan gagak yang banyak sekali gus ia membawa masalah kerana spesies burung ini membuat kotor dan meninggalkan najis di merata-rata tempat. “Pada masa yang sama, bunyi bising kumpulan burung itu juga sering mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya. Dalam operasi selama tiga jam bermula dari pukul 5 petang sehingga 8 malam itu, kira-kira 100 ekor gagak berjaya ditembak oleh sembilan kakitangan dari Jabatan Kesihatan dan Penguatkuasaan DBKL.

OPERASI menghapuskan gagak oleh pihak DBKL turut memerlukan kerjasama orang ramai untuk menjaga aspek pengurusan sampah. Abdullah berkata, sebelum ini pelbagai cara lain telah digunakan dalam usaha untuk menghapuskan gagak seperti menggunakan jaring elektrik tetapi menembak merupakan satu cara yang paling berkesan. “Sebelum operasi ini dijalankan kami telah melakukan pemantauan selama beberapa hari dan mengenal pasti beberapa lokasi yang menjadi sarang pembiakan dan laluan burung itu. “Keselamatan orang ramai sentiasa menjadi keutamaan kami, kita berterima kasih kepada orang ramai kerana memberikan kerjasama sekali gus memastikan operasi berjalan lancar,” ujarnya yang memberitahu kesemua gagak yang ditembak itu akan dilupuskan serta-merta. Seorang penduduk, Mohd. Syahril Sallih, 28 berkata, dia rimas dengan kehadiran gagak yang jelas mencemarkan imej TTDI. “Selain jumlahnya yang agak banyak, kadang-kadang ia turut menyelerakkan tong sampah sehingga menyebabkan sampah sarap bertaburan di atas jalan raya. “Saya harap, DBKL dapat membuat operasi dengan lebih kerap untuk mengurangkan populasi gagak bagi mengatasi masalah ini,” ujarnya. Bagi seorang peniaga, Low See Weng, 35, kawasan di TTDI sering menjadi tempat burung gagak mencari makanan, kerana kepadatan penduduk di sekitarnya. “Di sini banyak kawasan perumahan dan premis perniagaan. Pada masa yang sama, ia diburukkan lagi dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan soal kebersihan dengan membuang sampah merata-rata. “Bagi saya, kedua-dua pihak, DBKL dan masyarakat, perlu memainkan peranan mereka. Jika bandar raya kita sentiasa bersih, saya pasti masalah burung gagak tidak akan timbul,” ujarnya.


LAPORAN 4 :
Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong
HOTEL yang menjadi tempat penginapan 35 pelancong Thailand sebelum
25 daripada mereka terkorban dalam kemalangan.
IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri. Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising. Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu. “Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut. “Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam. Semuga semua laporan ini memberi pembaca blog Anim Agro Technology ,emgenai burung gagak. Wasallam!!!..

BURU8NG GAGAK.. HITAM WARNA...
MAKAN BANGKAI.. AMAT BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... SENTIASA JUA...
ARTIKEL DIKUPAS...LAPOR MEDIA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3002, Hotel Legend,
Kuala Lumpur , Malayasi.
(23 Safar 1436H)

Tuesday, December 27, 2016

SIPUT BULOH

SIPUT BULOH (Solen corneus Lamarck) merupakan sejenis haiwan kerang-kerangan daripada keluarga Solanidae yang mempunai sebanyak 62 spesis diseluruh dunia. Siput buluh atau juga dikenali sebagi siput Pepahat (pahat-pahat) atau Ambal (di Sabah dan Sarawak) atau Bambo Clam adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Rujukkan lain yang saya kaji ada mengatakan yang siput buloh ini adalah jenis Razor Calm atau Razor Shell atau Razor Fish dengan nama saintifiknya sebagai Ensis arcuatus yang menyerupai juga bentuknya. Haiwan ini bagaimana pun hidup dikawasan pantai air masin dengan mendiami didalam pasir. Haiwan ini merupakan haiwan yang mempunyai 'siphon' dimana ia memakan plankton dan tumbuhan air lain dengan menyedutnya. Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama diTerengganu, Selangor, Sarawak (Ambal) dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesis siput buluh turut terdapat di negara lain seperti California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong. Kajian menunjukka berlakunya penurunan populasi hidupan itu di negara kita dan seluruh dunia akibat faktor pencemaran, perubahan cuaca dan beberapa faktur lain. Satu laporan penyelidikan yang dilakukan di Asajaya bermula pada bulan Oktober 2005, misalnya menunjukkan penurunan dari 6,768 ekor ambal perhektar pada tahun 2005 kepada 4,868 perhektar pada 2006, dan merupakan antara projek utama Unimas. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Siput Buloh untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Di Malaysia lazimnya musim siput buluh dikatakan bermula pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya namun paling banyak didapati pada November dan Disember. Aktiviti mencari siput buloh dilakukan oleh mereka yang tinggal dikawasan pantai berpasir atau mereka yang memang minat mencarinya. Cara mencari siput buloh ini agak unik dimana kita hanya perlu mengorek pasir sedalam kira-kira 2-3 inci bagi mencari spesis siput tersebut (Lihat foto sebelah). Siput buloh lazimnya terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut. Aktiviti pencarian itu memerlukan kesabaran kerana tidak semua tempat di kawasan pesisir pantai itu menjadi habitat spesis siput tersebut. Lazimnya masa paling mudah didapati pada awal pagi sebelum air laut surut kering. Kajian saya di Perak mendapati terdapat sejenis alat yg digunakan oleh masyarakat tempatan bagi mengesan atau mendapatkan kerang-kerangan yang berada di pesisiran pantai ketika air laut surut. Alat yang berbentuk seperti penyapu ini dicipta dimana dibahagian bawah atau dasarnya dipasang sekeping zink (seperti alat pengesan). Alat ini ditarik menggunakan tali yang diikat dipinggang diatas permukaan pasir berhampiran gigi air laut dan apabila terkena objek keras - itu mungkin siput atau haiwan lain) maka kita berhenti dan yg akan ditarik menggunakan tali yg diikat pinggang,berhampiran gigi air.


Kini Siput Buloh atau Ambal merupakan salah satu makanan kegemaran eksotik di banyak restoran makanan laut yang kian diancam kepupusan berikutan perubahan alam sekitar dan tiada usaha untuk aktiviti menternaknya secara komersial. Ambal ini adalah sejenis hidupan seperti siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia termasuk Sarawak dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Semasa saya bertugas di Sarawak pada 1995 - 1997 saya sering beberapa kali mengutip siput buloh atau ambal inii di Asajaya dalam Bahagian Samarahan serta Kg Bako dan Kg Buntal di Kuching. Selain itu, ambal boleh didapati di Sabah dengan nama pahat-pahat, Terengganu (siput pahat) dan yang terkini dijumpai di Kuala Langat, Selangor. Kajian terbaru mendapati harga sekilogram ambal di Sarawak dijual antara RM12 dan RM18 sekilogram bergantung kepada musim dan jenisnya. Malah, apabila dihantar ke Miri, harganya mampu melambung naik sehingga RM25.00 sekilogram. Di Melaka semalam saya makan Siput Sedut di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyong dijual dengan harga RM 20 sekilogram dan kata pemilik restoran kadang-kadang mmencecah RM 25.00 sekilogram. Saiz siput sedut yang dijual gred A kerana panjang sekitar 110 - 12 cm dengan isi tebal.

Laporan kajian Unimas menyatakan kutipan ambal yang melampau-lampau tanpa mengira saiz menyebabkan populasi siput tempatan itu berkurangan khususnya ambal yang matang dan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk membiak. Melalui tinjauan yang dilakukan di Asajaya, kajian ujirasa bagi ambal di kawasan berkenaan lebih manis dan kurang berpasir berbanding yang terdapat di Buntal dan Bako. Penduduk kampung di kawasan berkenaan memberitahu ini mungkin disebabkan pasir lumpur di pantai Asajaya lebih halus dan padat. Lazimnya dikawasan tersebut bulan November dan Disember adalah masa yang paling banyak penduduk kampung mencari ambal. Keuntungan yang tinggi merupakan faktor yang menggalakkan menjadikan ambal akan dikutip secara berleluasa. Dalam tempoh berkenaan, pantai di Asajaya, Bako dan Buntal meriah dipenuhi orang ramai mengutip ambal untuk kegunaan sendiri ataupun dijual termasuk saya ketika itu.

Siput buloh perlu dibersihkan dahulu dengan membuang kekotoran seperti pasir dan air laut dengan air bersih. Ia kemudian boleh dimasak terus atau disimpan sahaja dalam peti sejuk untuk pasaran domestik atau dihantar ke restoran makanan laut. Kalau di Kuching restoran makanan laut memang banyak sekali yang menghidangkan ambal ini. Bagaimana pun saya sangat berpuashati dengan hidangan siput buluh yang saya makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar dan Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyong di Melaka baru-baru ini. Di Muar saya makan siput sedut dimasak cili padi serta yang di masak halia sementara di Melaka ia di Masak Sweet Sour (Lihat foto diatas dan disebelah). Ia dimakan dengan nasi lemak bungkus yang memang sungguh menyelerakan. Sesungguhnya haiwan ini yang semakin pupus ditelan zaman mungkin tidak akan dapat dinikmati jika tiada program menternak yang sesuai untuk mengekalkan keujudannya. Semuga pembaca Blog Anim Agro Technology mendapat menafaat dari rencana ini. Wasallam!.
Siput Buloh di masak cili api - pedas....
SIPUT BULOH... AMBAL IA SAMA...
BENTUK BULOH...PEPAHAT JUGA...
BOLEH DIMASAK CILI... JUGA HALIA..
RM 20 SEKILOGRAM... JANGAN TANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoran Ikan Bakar Muara Sg Duyong,
Muara Sg Duyong, Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1435H)

Monday, December 26, 2016

JENIS-JENIS BAJA KOMPOS

BAJA KOMPOS (Compost fertilizer) adalah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam sektor pertanian organik. Penulis blog tahu dimana pada asasnya kerja untuk pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa langkah proses dimana ia perlu dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara dan juga bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Lazimnya proses pengkomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala. Cacing dan kulat menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik menjalankan proses kimia dengan menukar input kepada haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium kemudian diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai unsur bagi tumbuhan, nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasi. Jika dianalisa dimakmal didapati baja kompos kaya dengan nutrien. Ia digunakan di kebun, taman, hortikultur dan dalam sektor pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara termasuk sebagai pindah tanah, baja tanaman, tambahan humus atau asid humik dan juga bertindak sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah. Selalunya didalam ekosistem semulajadi, bahan baja kompos berguna dalam pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah. Kandungan organik bertujuan bagi pengkomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gas bio (Biogas) melalui pengcernaan anaerobik. Pencernaan anaerobik kini pantas menggantikan pengkomposan di sesetengah tempat di dunia termasuk Eropah Tengah sebagai cara kurang kitar bahan buangan organik. Artikel subuh Sabtu ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia baja kompos atau baja organik sekadar memberi sedikit kefahaman kepada penulis dan pembaca blog ini.

Dalam beberapa kursus mengenai baja dan baja kompos, penulis diberikan info maksud akan berkaitan apakah dia baja kompos. Baja kompos atau baja organik atau organik fertilizer adalah baja yang dihasilkan melalui bahan berasaskan binatang, tumbuhan dan bahan mineral. Ia perlu melalui beberapa proses pereputan dengan sistematik (Sila lihat foto disebelah). Secara umumnya proses pengeluaran baja organik yang berskala besar antara bahan-bahan ini ialah daripada bahan mineral seperti limestone, phosphate rock dan ammonia (dalam pengeluaran industri). Sebenarnya tidak seperti pengeluaran baja kimia atau urea, baja organik ialah baja yang digunakan di kebun atau ladang di mana adalah tipikalnya terhasil melalui satu bahan asas dan ia akan membekalkan nutrien yang diperlukan untuk tumbuhan. Dari beberapa pengusaha baja kompos, penulis dapati untuk mengklasifikasikan kualiti sesuatu baja organik atau baja kompos tersebut biasanya bahan yang digunakan adalah bahan-bahan semulajadi. Baja organik adalah baja yang mengandungi satu atau lebih bahan organik atau nutrien terkandung di dalamnya. Bahan-bahan mungkin terdiri daripada haiwan atau tumbuhan atau kombinasi antara keduanya. Dalam pada itu apabila kita membincangkan baja organik ini adalah penting diketahui bahawa definisi organik sama dan digunapakai kepada makanan organik di mana unsur-unsur pengomposan baja yang dihasilkan adalah bahan semulajadi tanpa campuran komponen sintetik atau bahan additif lain. Ini bermaksud bahawa baja kompos dan organin ini mestilah 100 peratus semulajadi.

Dalam mana penulis mengupas akan kepentingan dan kaedah pembuatan baja kompos dan baja organik, lebih baik kita ketahui akan jenis-jenis baja kompos tersebut. Jenis baka kompos dan juga organik ini bergantung kepada sumber bahan baja organik. Ia lazimnya berbeza penggunaan kerana perbezaan sumber bahan asas dan kandungan nutrien didalamnya. Setiap bahan asas untuk membuat baja kompos mempunyai fungsi berbeza mengikut keperluan kebun dan tanaman anda. Ini memang tidak seperti baja kimia yang mungkin mempunyai baja pelbagai-guna. Berikut ialah contoh-contoh baja organik dari sumber berlainan. Jika ia berasaskan kepada Sumber Haiwan iaitu dari tinja (tahi) binatang seperti ayam, lembu, kuda, arnab dan guano (tahi kelawar) maka ia mengandungi unsur nutrien berbeza. Selain itu juga bahan-bahan binatang seperti tulang, darah dan sebagainya diproses menjadi baja organik seperti darah dan tulang kambing, lembu dan ikan. Sebagai contoh penulis blog tahu dimana bahan asas seperti bloodmeal, bone meal, hides, hoofs dan tanduk adalah sumber penghasilan baja organik yang sangat bernilai untuk dijadikan bahan asas baja organik. Kedua mungkin sumber baja kompos menggunakan Sumber Tumbuhan. Jika kita ambil bahan tumbuhan yang sesuai diproses menjadi baja organik seperti kompos, baja alfalfa, baja biji-kapas, baja gluten jagung dan baja rumpai laut. Teknik membuat baja kompos dari sisa tumbuhan adalah mudah, murah dan sesuai dikawasan tanaman utama. Sumber ketiga untuk membuat baja kompos adalah daripada Sumber Mineral. Jika gunakan sumber mineral biasanya ia kaya dengan unsur seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan Phpsfat (P) yang mana ia boleh membantu untuk membaiki tanah serta memudahkan tumbuhan menyerap makanan. Contoh baja dari mineral ini adalah seperti serbuk kapur, batu phosphate, chilean saltpeter. Kadang-kadang tanah gambut (peat soil) juga boleh dikelaskan dalam kelompok sumber mineral walaupun sebenarnya tidak membekalkan nilai nutrien untuk tumbuhan tetapi memperbaiki sistem pengudaraan dan juga dalam aktiviti menyerap air.

Ramai bertanya mana lebih baik menggunakan Baja Kimia atau menggunakan Baja Kompos. Pada penulis penggunaan keduanya adalah sama penting dan ianya adalah 'complimentary'. Ada kala petani juga ada mengatakan bahawa membubuh satu jenis baja organik sudah memadai untuk tanaman. Pendapat ini silap sama sekali kerana sebenarnya baja organik berbeza kandungan nutrien untuk tanaman kerana bahan yang digunakan untuk membuat baja organik tidak semua mempunyai nilai nutrisi atau hanya sedikit sahaja jumlahnya. Sebaiknya petani hendaklah tahu kandungan nutrien pada setiap jenis baja organik. Daripada beberapa tinjauan dan temubual dengan pembuat baja kompos dan petani, penulis dapati beberapa jenis bajja ini mempunyai fungsi berlainan. Jika bahan asas digunakan adalah daripada Tinja Haiwan, ia baik kerana lazimnya tinja haiwan kaya dengan kandungan Nitrogen (N). Unsur Nitrogen adalah bertujuan untuk tumbuhbesaran tanaman di mana membantu kesuburan pada batang dan daun. Selalunya selepas dua minggu, anak benih pokok ditanam bubuh kompos tinja binatang bagi membantu pertumbuhan pada batang dan daun. Lazimnya sayuran jenis berdaun (Leafy vegetables) memerlukan nitrogen yang banyak. Contoh tinja haiwan ialah tinja ayam, tinja kambing, tinja lembu, tinja arnab dan tinja kelawar (guano). Selain itu, blood meal juga tinggi kandungan nitrogen untuk pertumbuhan tanaman dengan baik.

Jika baja organik ini dibuat daripada bahan asas seperti 'Bone Meal' ianya amat baik juga. Bone Meal ini selalunya dihasilkan dari tulang haiwan yang kaya dengan unsur seperti phosphorus (P) dimana oanya ada;lah berfungsi untuk menguatkan akar dan bunga. Baja ini juga mampu membekalkan Kalsium (Ca) dan sedikit unsur Nitrogen (N). Baja jenis ini sangat baik untuk penghasilan bunga dan buah pada tanaman.Selalunya jika memberi baja ini ia berkesan untuk pengeluaran hasil buah yang baik dan berkualiti. Secara umumnya daripada tinjauan penulis terhadap mereka yang selalu menggunakan baja organik atau baja kompos mereka mendakwa akan kegunaannya. Baja kompos mampu membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk tanaman. Ia juga akan mengawal kadar kelembapan tanah dan ini akan juga dalam melambatkan kekeringan pada tanah. Baja kompos juga merupakan sumber nutrien yang tinggi kepada tanaman dan mampu untuk memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik kepada tanah. Seterusnya berlaku penambahan unsur mikroorganisma yang baik dalam batas membolehkan ia menguraikan komponen baja organik dimana ia seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman. Ini seterusnya akan menjadikan struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan kehadiran kompos. Baja kompos adalah mesra alam tanpa pencemaran. Kini menggunakan baja organik pada tanaman adalah satu tindakan yang bijak. Pastikan kita mengikut peraturan penggunaan seperti mana pada label yang tertulis pada pembungkusnya. Bukan sahaja penguaran tanaman organik tetapi ia tidak mencemarkan alam sekitar dan mampu memberikan hasil berkualiti.  Wasallam!!!...
BAJA KOMPOS.... LAMA DIGUNAKAN....
BUAT KPMPOS... KEBAIKAN DIKESAN...
SUMBER BAHAN ASA... PENENTUAN....
HASIL SELAMAT....JIKA DIGUNAKAN...\\

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 319, Hotel Bistari,
Kuala Lipis, Lipis,
Pahang, Malaysia.
(23 Rabiulawal 1438H).

Sunday, December 25, 2016

IKAN SARDIN - HEBATNYA DIA!

IKAN SARDIN (Sardine Fish) merupakan sejenis ikan laut yang terdiri dari beberapa spesies dari famili Clupeidae. Ikan ini mampu bertahan dalam laut sehingga kedalaman lebih dari 1.000 meter. Ikan ini amat sesuai untuk digunakan sebagai makanan kegemaran ramai seluruh dunia dimana ia dihidangkan dengan sos tomato atau sos pedas bercili (Sila lihat foto diatas). Penulis kenal akan ikan sardin semenjak kecil lagi dimana ia sering menjadi penduduk luar bandar kerana keenakannya dan sesuai dijadikan menjadi lauk makan nasi. Ada beberapa jenis ikan sardin termasuk ikan mackerel yang lebih besar seperti mackerel sirip biru (bluefin mackerel) yang ditinkan sebagai ikan sardin. Ikan sardin lazimnya hidup berkumpulan dalam laut dan ditangkap menggunakan beberapa peralatan menangkap ikan yang sesuai. Ikan sardin dalam tin kini dipasarkan dengan harga satu tin diantara RM 2.50 sehingga RM9.00 bergantung kepada saiz, jenama, jenis ikan, buatan domestik atau import dan sebagainya. Antara beberapa jenama ikan sardin dalam tin yang popular di Malaysia seperti BOTAN, CAP AYAM, KING CUP, MARINA, CINTA dan sebagainya. Pengguna di Malaysia bertuah kerana amat mudah untuk membeli ikan sardin dalam tin di kedai runcit, pasar malam, pasaraya dan sebagainya. Sementara itu ikan sardin segar juga menjadi pilihan ramai pengguna dengan membelinya dipasar basah dan ia antara jenis ikan yang murah dan enak digoreng untuk dijadikan lauk makan tengahari. Artikel pada malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan sardin sebagai sejenis makanan berasaskan protin yang amat popular diseluruh dunia dari dahulu hingga sekarang.

Dalam wikipedia ada dilaporkan dimana ada terdapat banyak jenis atau species. Antara jenis ikan sardin dari genus Dussumeria
Rainbow Sardine
(Dussumieria acuta) yang banyak digunakan dan ditinkan (Sila lihat foto disebelah). dan juga dari jenis Slender Rainbow Sardine (Dussumieria elopsoides) Ikan Sardin dari genus Escualosa pula adalah terdiri dari jenis Slender White Sardine (Escualosa elongata) dan jenis White Sardine (Escualosa thoracata) yang juga popular untuk ditinkan. Ikan sardin dari jenis ketiga adalah dari genus Sardina terdiri dari European Pilchard (ia adalah 'true sardine') iaitu dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardina pilchardus. Ke 4 adalah ikan sardin dari genus Sardinella terdiri daripada jenis Round Sardinella (gilt sardine, Spanish sardine) dimana ia dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardinella aurita, Sardinella longiceps dan juga Sardinella gibbosa (Indian sardines). Selain itu terdapat genus ikan sardin dari genus Sardinops iaitu jenis South American Pilchard (Pacific sardine, California sardine, Chilean sardine, South African sardine) yang dikenali dengan nama saintifik Sardinops sagax. Di Malaysia terdapat juga spesis ikan sardin yang ditangkap oleh nelayan tempatan. Ikan sardin dimakan segar atau di tinkan dalam sos untuk simpanan dalam masa yang lama. Sardin adalah makanan yang kaya dengan zat protin dan mineral. Satu tin ikan sardin yang dihidangkan mampu membekal 13% Vitamin B2, 1/4 bahan Niacin, 150% keperluan diet vitamin B12 dan sebagainya. Kandungan mineral seperti Kalsium, Posforan serta mineral lain seperti Selenium (Se) dan zat besi (Fe) amat membantu dalam menjaga kesihatan jantung. Ia juga mengandungi bahan asli dari laut Asid Lemak Omega-3 yang elakkan masaalah Penyakit Alzheimer's. Ia juga rendah kandunagn Raksa (Mercury) sebagaimana jenis ikan lain yang dimakan manusia.

IKAN Sardin adalah jenis ikan yang paling lazim dimakan manusia dimana ia adalah jenis ikan berminyak berukuran relatif kecil. Istilah nama 'Sardin' diambil dari nama dari sebuah pulau di Mediteranian iaitu Pulau Sardinia di mana ikan sardin pernah didapati dalam jumlah besar. FAO dan WHO menetapkan 21 jenis spesies ikan yang dapat disebut sardin untuk memudahkan pemeriksaan dan kuarantin berkaitan dengan produk ikan sardin terutama untuk sarden yang ditinkan. Memang ikan sardin amat kaya vitamin dan mineral. Diseluruh dunia ikan sardin diproses dan dijual dalam tin yang menarik. Dalam memproses ikan sardin dalam tin, ikan segar yang ditangkap nelayan akan di bersihkan dan dibuang bahagian kepala, ekor dan isi perutnya. Ia kemudian dimasak dengan minyak panas atau pun dipanaskan di dalam ting dengan wap panas. Kemudian ikan tersebut dalam tin akan direndam dalam campuran minyak yang mengandungi ramuan khusus seperti sos tomato, garam dan sebagainya. Ikan Sardin dalam tin yang dikatakan berkualitai tidak memiliki kepala dan insang. Ikan sardin yang besar bagaimana pun dipotong-potong mengikut kesesuaian. 

Selain daripada dimakan sebagai lauk dengan nasi, ikan sardin dalam tin juga dijadikan Roti Inti Sardin, Roti Canai Sardin dan juga Inti Karipap Sardin. Banyak resepi lain yang menggunakan ikan sardin untuk hidangan keluarga seperti kari ikan sardin yang sesuai dimakan dengan roti canai atau lempeng kabol. Penulis paling minat makan roti canai sardin kerana ia amat enak dan mengenyangkan. Sekeping roti canai sardin dijual dengan darga RM2.50 - RM5.00 sekeping bergantung kepada saiznya, lokasi jualan dan ketebalannya (Sila lihat foto disebelah). Antara bahan yang digunakan untuk membuat roti canai sardin adalah kulit tepung, ikan sardin, bawang besar dihiris, telur ayam dan cili dipotong-potong. Ramuan ini dicampurkan dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati. Ia akan diletakkan dalan lapisan kulit tepung yang dicanai dan digoreng sehingga masak. Jika ia tebal makan jangkamasa menggoreng agak lama berbanding dengan roti kosong. Nasi lemak yang dimakan dengan lauk ikan sardin juga menjadi pilihan ramai dikalangan rakyat negara ini. Begitulah hebatnya penangan ikan sardin yang merupakan satu pilihan paling polular rakyat negara ini untuk mendapatkan sumber protin yang mudah, murah dan berkualiti. Wasallam!!!..

IKAN SARDIN... DITINKAN BERJENAMA...
DALAM SOS TOMATO... MUDAH DIBUKA...
DIJADIKAN MAKANAN...PELBAGAI CARA...
ARTIKEL DITULIS... ANDA MEMBACANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoren RZ, Jalan Abdullah,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(22 RabiulAwal 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...