KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, September 26, 2017

SABIT - PELBAGAI GUNA

SABIT atau PENYABIT  merupakan sejenis alat seperti pisau yang bengkok diperbuat daripada besi yang digunakan bagi memotong rumput atau dahan kayu. Mata pisau sabit yang membengkok mempunyai pemegang yang biasanya dibuat daripada batang kayu atau pun logam yang kuat. Apa yang disambung sebagai pemegang sabit dari batang kayu pemegang ini bergantung kepada cara menggunakan sabit sama untuk memotong rumput dengan mencangkung atau memotong rumput dengan berdiri. Penelitian penulis blog dahulu pada awal 1960-1970'an penggunaan alat sabit ini dapat dilihat oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang potong rumput ditepi jalan dan tukang kebun di sekolah yang potong rumput dipadang bola sekolah. Mereka lazimnya menggunakan sabit rumput yang mempunyai pemegang yang panjang. Mereka akan menghayun sabit 360 darjah (full swing) seperti bermain golf memotong rumput. Bagaimana pun kini generasi 2Y tidak tahu akan penggunan alat sabit sebaliknya aktiviti memotong rumput sudah digantikan dengan Mesin atau Trektor potong rumput yang moden dan cepat. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis satu alatan tradisional lama iaitu SABIT untuk kawal rumpai dikebun atau pun membuang rumpai disekeliling kawasan rumah untuk pengetahuan pembaca semua.


Dalam industri penanaman padi peranan sabit dahulu memang sangat kritikal untuk kerja-kerja memotong batang padi semasa menuai. Tanaman Padi (Oryza sativa) ditanam semenjak dahulu dimana ia penting untuk tujuan mempastikan bekalan beras negara mencukupi. Walau pun kadar SSL beras masih kekal sekitar 70% tetapi kerajaan meneruskan tanaman strategik ini untuk kedaulatan makanan negara dengan memberikan banyak subsidi dan insentif. Keluasan kawasan tanaman padi seluas 600,000 hektar setahun kini banyak menggunakan jentuai (Combine harvester) untuk menuai padi menggantikan sabit. Sabit Padi diperbuat dari mata misau bengkok dengan ada mata seperti mata gergaji dan tangkai daripada kayu. Batang padi masak digengam dan ia kemudian dipotong dibawahnya serta dikumpulkan dalam satu susunan (Sila lihat foto disebelah). Kemudian rumpun batang padi yang diikat dan dibawa kepada alat khas untuk dibanting diatas 'Pembanting Padi' yang akan meleraikan biji padi dengan tangkai padi. Kerja memotong padi menggunakan sabit ini kini telah pun jarang digunakan kerana bagi kawasan utama jelapang padi. Sabit Padi masih digunakan untuk kawasan sawah yang bersaiz kecil, kawasan pendalaman dan juga menuai padi bukit atau padi huma yang ditanam dipendalaman Perak, Pahang dan di Sarawak serta di Sabah.


Penternak Lembu dan Kambing adalah kumpulan yang menggunakan sabit rumput untuk memotong rumput bagi tujuan mendapatkan makanan ternakan dalam kandang. Rumput dari jenis Rumput Napier, Rumput Kerbau, Rumput Selaput Tunggul dan berbagai jenis rumput lagi perlu untuk dipotong dengan sabit, diikat dan dibawa ke lokasi ternakan ruminan iaitu kandang ternakan. Rumput segar ini didapati dapat membekalkan nutrien kepada ruminan disamping makanan tambahan lain seperti pelet makanan haiwan. Sabit yang digunakan untuk memotong rumput bagi ternakan ruminan terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz. Ada yang panjang dan ada yang bersaiz pendek dengan tangkai yang panjang. Penanaman rumput napier secara komersil kini mendpat galakkan daripada kerajaan untuk meningkatkan lagi pengeluaran dagig dan tenusu. Bagaimana pun kini cara menuai rumput napier telah menggunakan jentera khas yang disambung pada trekto dan terus dibawa kekandang lembu. Terdapat juga rumput napier yang telah dipotong diproses untuk menjadi hay (rumput kering) dan juga dijadikan Silaj.


Teknologi memetik buah kelapa sawit di Malaysia dan membuang pelepah daun (pruning) sehingga kini masih lagi mereka menggunakan sabit. Walau pun ada beberapa inovasi untuk memotong tandan buah kelapa sawit bagi pokok yang tinggi melebihi pemotong buah tetapi penggunaan galah yang ada sabit dihujungnya masih menjadi kaedah paling cekap, murah dan efektif. Pokok kelapa sawit yang masih muda dimana buahnya masih rendah dituian dengan menggunakan 'penyodok tajam' untuk memotong pelepah dan tandan buah. Bagaimana pun pokok kelapa sawit dewas mesti menggunkan galah bersabit (Sila lihat foto disebelah). Sabit Kelapa Sawit agak lebar matanya dan tebal serta sangat tajam. Sabit ini diikat kukuh pada galah yang panjang (sehingga lebih 50 kaki) sama ada menggunakan buluh atau paling sesuai galah diperbuat dari logam Aluminium Ringan. Aluminium ini boleh di sesuaikan pemasangannya yang terdiri dari sistem yang boleh dibuka-pasang agar mudah dibawa keladang sawit. Kemahiran pekerja pemotong buah menggunakan sabit sangat penting untuk mempastikan tandan buah dipootong dengan cepat dan selamat tanpa minimpa pemotong buah. Sabit Kelapa Sawit sangat 'signifikan' didalam industri tanaman kelapa sawit sehingga kini dan masih sama teknologinya.


Sabit juga digunakan didalam aktiviti memetik buah-buahan tempatan dan juga buah kelapa (terutamanya kelapa muda). Kelapa Pandan (CN6) merupakan jenis kelapa yang amat sesuai untuk dituai meggunakan sabit dan diturunkan dengan tali agar biji kelapa tidak pecah. Air Kelapa Pandan yang mempunyai bau pandan amat enak diminum dimana kajian penulis mendapati sebiji kalapa pandan dikebun dijual dengan harga RM1.80 sebiji. Buah seperti rambutan, jering, petai, pulasan, mempelam, pulasan dan sebagainya kadang-kadang di petik menggunakan sabit. Ada alat pemotong buah yang selalu digunakan untuk memetik buah rambutan iaitu 'jenis gunting pemangkas' yang ada tali bergalah panjang. Penggunaan sabit di Malaysia memang masih perlu dalam bidang pertanian. Sabit dibuat oleh tukang-tukang besi tempatan yang kebanyakannya untuk pasaran tempatan sahaja. Harga sebilah sabit bergantung kepada saiz, jenis dan kesukaran membuatnya. Besi dari rantai mesin gergaji atau 'Spring Lori' merupakan jenis besi yang paling baik untuk dibuat sabit kerana ketahanannya, ketajamannya dan kelenturannya. Semuga artikel ini memberikan sedikit ilmu kepada pembaca dalam nim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA SABIT...SANGAT BERGUNA...
INDUSTRI SAWIT...PENTING ALATNYA...
BUATAN TEMPATAN...BUATAN CHINA...
HARGANYA MURAH...PAKAINYA LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1920, Executive Floor,
Hotel Renaisance,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(4 Muharam 1439H)

Monday, September 25, 2017

BUNGA BELIMBING - KESERASIAN

BELIMBING (Averrhoa carambola Linn) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang menpunyai banyak varieti. Tanaman belimbing di Malaysia adalah satu industri yang terkenal dikalangan negara Eropah dan China serta Hong Kong yang mengimpot belimbing segar semenjak lama dahulu. Pengeluaran buah belimbing ditingkatkan lagi pada masa akan datang dibawah program penanaman belimbing secara komersil dibawah program pengkomersilan di TKPM dan juga pihak swasta. Antara beberapa puloh varieti belimbing yang telah didaftarkan di Malaysia, terdapat beberapa jenis yang perlu ditanam secara bercampur bagi meningkatkan pengeluaran hasilnya. Tanaman belimbing di Malaysia merupakan satu aktiviti perkebunan yang menghasilkan buah belimbing segar untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Pada tahun 2016 kawasan tanaman fizikal belimbing di Malaysia adalah seluas 872.2 hektar tetapi hanya seluas 542.3 hektar atau sekitar 63% sahaja yang dapat dituai. Rekod dari Jabatan Pertanian menunjukkan sebanyak 8,474.3 metrik tan buah belimbing dihasilkan dengan bila pengeluaran sebanyak RM20.917 juta (Sumber: Laporan Statistik Tanaman Buah-buahan 2016, Jabatan Pertanian Malaysia).  Artikel sempena cuti Thun Baru Hijrah 1439 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Teknologi Belimbing berkaitan Kompatibiliti (Campatibility) beberapa jenis varieti belimbing untuk pengetahuan anda semua berdasarkan kepada teks Kursus Starfruit for ASEAN member country yang saya berikankepada peserta kursus dan pengalamann serta tinjauan penulis dibeberapa ladang belimbing.


Penelitian penulis blog mengenai varieti atau Klon Belimbing daripada Jabatan Pertanian mendapati masa ini ada sebanyak 18 varieti belimbing yang telah didaftarkan semenjak tahun 1866 seperti artikel saya bertajuk Klon Belimbing di Malaysia (Sila Klik disini). Varieti ini telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri pokok, buah, bunga dan sebagainya yang berbeza-beza. Antara varieti yang paling popular di komersilkan di Malaysia untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot adalah Varieti B10, B2 dan B17. Varieti lain sebanyak 15 lagi ditanam untuk dijadikan pengeluaran secara kecil-kecilan atau untuk tujuan biak baka. Lazimnya pokok belimbing akan mengeluarkan bunga aabila pokok telah matang dimana selalunya didalam satu jambak bunga terdapat banyak jumlahnya. Jika diteliti marfologi bunga belimbing ada banyak unit melekat setiap jambak. Saiznya kecil iaitu berukuran hanya 8 mm -10 mm sahaja yang berwarna putih dihujung kelopak dan ungu kemerahan dibahagian tengah (Lihat foto diatas sekali). Bergantung kepada amalan agronomi dan kesuburan tanah lazimnya bunga belimbing keluar sekitar bulan Febuari - Mac dengan banyak (peak season) setiap tahun. Walau pun begitu jika pokok belimbing ini dijaga dengan baik ia mampu menghasilkan bunga sepanjan tahun juga. 


Penulis dapati daripada pemerhatian dikebun dimana terdapat dua jenis bentuk bunga belimbing secara marfologinya iaitu Bunga Stigma Pendek (Short style) dan Bunga Stigma Panjang (Long style). Kedudukan organ stigma bunga ini mempengaruhi proses pendebungaan yang dipanggil sebagai 'Tak-sama Serasi' diantara klon dalam proses pendebungaan (Sila lihat rajah disebalah). Lazimnya bunga belimbing akan melalui proses pendebungaan berlaku secara semulajadi atau oleh agen pendebungaan seperti lebah, semut, lalat, kelulut atau serangga lain . Penelitian penulis blog mendapati dimana diantara jenis Belimbing dengan Stigma Bunga Pendek adalah Varieti B3, B4, B8, B9, B30 dan B17 sementara jenis Stigma Bunga Panjang adalah varieti B1, B2, B5, B6, B7, B11, B12, B14, B15 dan B16. Laporan kadar kejayaan juga menunjukkan dimana pendebungaan bagi bunga pendek adalah tahap sederhana dan boleh ditingkatkan lagi tahp keupayaannya lagi dengan mendekatan kehadiran debunga lain dari varieti bunga belimbing panjang dengan kaedah atau cara mencamporkn pelbagai varieti belimbing didalam kawasan kebun yang sama. Ini selalunya akan dapat lagi meningkatkan kualiti buah belimbing dari segi bentuk, aroma, kemanisan, rupabentuk , kadar kejayaan buah melekat dan sebagainya.


Penanaman pokok belimbing perlu ditanam dengan jarak 6m x 6m untuk memberikan kepadatan sebanyak 276 pokok sehektar. Cara menanam pula boleh dibuat dalam susunan Segi Empat Sama, Segi Empat Tepat atau Susunan Tigasegi Sama. Teknologi menanam pokok belimbing perlu dirancang bagi menentukan proses pendebungaan yang akan menentukan hasil dan kualliti buah belimbing kelak. Caranya adalah dengan menanam pokok belimbing dari pokok varieti lain (B2) yang berasingan atau pun mencantum sebahagian dahan setiap pokok dengan jenis varieti lain yang dikehendakki. Teknologi ini didapati berjaya diamalkan oleh penanam belimbing komersil di Malaysia  semenjak lama dahulu. Bagaimana pun apa yang penting adalah pekebun mengenali akan varieti ini dahulu dengan merujuk kepada Jabatan Pertanian atau Pekebun Belimbing komersil sedia ada. Antara belimbing yang dikomersilkan buahnya iaitu varieti B10 dan B17 ditanam dengan varieti B2. Sila rujuk rajah dibawah untuk melihat suaunatur penanaman pokok belimbing yang disyorkan.


Penanaman Belimbing selalunya ditanam secara tanaman TUNGGAL (Monocrop) untuk memudahkan aktiviti kerja pengurusan didalam ladang. Sebaiknya elakan daripada menanam secara dusun bercampur kerana kurang ekonomik kecuali untuk hobi keliling rumah sahaja. Pengalaman oleh penulis blog mendapati adalah disyorkan menanam klon belimbing komersil (B10 atau B17) bersama dengan Klon Pendebunga (B2) pada kadar 5:1 (5 pokok klon komersil bersama 1 klon pokok klon belimbing pendebunga). Cara menyusun benyak kaedah sama ada diselang seli dimana setiap beberapa baris atau diletakan ditengah setiap varieti komersil (Lihat rajah ditas). Bagaimana pun teknologi terbaik adalah dengan mencantum setiap pokok klon komersil pada dahannya satu klon belimbing pendebunga. Petani amat digalakkan untuk menternak agen pendebunga seperti lebah, kelulut, lalat untuk dipelihara dikawasan kebun bagi tujuan untuk meningkatkan proses pendebungaan. Laporan dari beberapa pekebun menyatakan kadar pendebungaan kesan dari penternakan kelulut dikebun belimbing telah pun berjaya meningkatkan hasil dan putik buah belimbing sehingga 60%.


Bagi mengatasi masaalah serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae)  yang merupakan musuh utama dalam industri penanaman belimbing kini telah dibuat kajian penanaman belimbing dalam struktur kalis serangga seperti yang saya lawat di TKPM Lanchang, Pahang (Sila lihat foto sebelah). Struktur ini didapati mampu mengelakan kerosakan akibat lalat buah dan tidak perlu kerja membalut buah. Hasilnya buah belimbing adalah lebih cantik kulitnya dan mendapat jaminan untuk pasaran ekspot lebih baik. Pastikan untuk masukkan koloni Lebah keran atau Kelulut dalam struktur ini untuk membantu dalam proses pendebungaan. Walau kos pembinaan struktur ini mahal tetapi ianya berkesan untuk jangkamasa panjang dan boleh di kaji lagi teknologi lain yang lebih murah. Bagaimana pun kaedah terbaik mengawal serangan lalat buah adalah dengan cara membalutnya menggunakan kertas. Aktiviti membalut buah belimbing ada saya tulis dalam artikel berkaitan sebelum ini (Sila klik Disini). Semuga artikel ini memberikan ilmu yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam...

POKOK BELIMBING...BANYAK BUNGA...
VARIETI B10, B17...KOMERSIL JENISNYA....
VARIETI B2 PULA...VARIETI PENDEBUNGA...
BUAH DIBALUT... TINGGILAH KUALITINYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Ladang Belimbing Komersil,
TKPM Batang Si, Semenyeh,
Selangor, 
Malaysia
(2 Muharam 1439H)

Sunday, September 24, 2017

USAHAWAN BENANG NANAS

BENANG NANAS adalah benang yang dihasilkan daripada daun nanas (Ananas comosus) iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah nanas. Pokok nanas memiliki pucuk yang sangat pendek dan mempunyai sekitar 25-30 helaian daun setiap pokok dengan memiliki ukuran panjang di antara 0.9 - 1.5m. Tanaman nanas adalah tumbuhan natif dari Timur Amerika Selatan. Kawasan penanaman nanas terbesar adalah di negara beriklim tropika seperti Brazil, Costa Rica, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Biasanya daun nanas dituai selepas hasil buahnya di kutip sekitar 16- 24 bulan selepas penanaman. Apabila diproses maka serat daun nanas (PALF) akan terhasil daripada pemprosesan pada daun nanas. Serat daun nanas (PALF) terbentuk dari bahan multi-selular dan lignoselulosa yang diekstrak dari daun tumbuhan tersebut. Daripada kajian mendapati dimana komposisi kimia yang utama tedapat pada serat daun nanas (PALF) adalah selulosa (70-82%), lignan (5-12%0 dan abu (1.1%). Benang nanas ini mempunyai banyak guna terutama didalam usaha pembuatan tekstil sebagai bahan asas. Dibeberapa negara yang luas menanam nanas mereka ada memproses benang daun nanas sebagai satu industri yang berkait dengan industri penanaman nanas. Daripada kajian menunjukkan dimana ketahanan benang daun nanas adalah lebih tahan lama dan sedikit kasar berbanding benang lain di pasaran. Kini beberapa usahawan muda di bimbing oleh pihak LPNM bagi pembangunan benang nanas sebagai satu daripada produk bernilai selain daripada nuah nanas segar, benih nanas, produk proses nanas dan sebagainya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan akhbar dan testimoni terhadap seorang usahawan benang nanas untuk dikongsi bersama info tersebut.

Dalam satu laporan akhbar tempatan berjudul "Kerok 200 helai daun nanas sehari" yang ditulis oleh wartawan En Taufik Salimin usaha memproses daun nanas didapati berdayamaju. Pada penulis juga mendapati dimana siapa menyangka tanaman buah nanas yang mempunyai rasa masam, manis dan lidas sebenarnya mempunyai kelebihan sendiri dalam industri kraf tangan tempatan. Buahnya bukan sahaja sesuai untuk dikomersialkan dalam industri pemakanan, bahkan daunnya yang berduri sertaa berwarna hijau kemerahan mempunyai keistimewaan. Jika kayu pokok yang diproses boleh menjadi sekeping kertas bahkan juga dengan daun nanas. Seratnya boleh dibuat kertas atau benang berkualiti tinggi. Apa yang lebih istimewa pada penulis blog adalah dimana serat nanas adalah sesuai untuk diguna pakai dalam pembuatan seni tenunan songket mahupun produk kraf tangan lain. Dalam pada itu menurut Pengusaha kraf tangan tempatan iaitu Zaleha Mohd. Tahir dimana pada mulanya dia menghasilkan benang menerusi daun nanas selepas mengikuti kursus kraf tangan di Kompleks kraf Johor Bahru, Johor kira-kira lapan tahun lalu. Selepas melihat seni pembuatan itu cukup menarik dan mampu dikomersialkan dengan lebih meluas, dia mula memberanikan diri mencari daun-daun nanas di Alor Bukit, Pontian, Johor. Bagaimana pun pengetahuannya terbatas kerana tidak tahu memproses daun-daun itu sehinggalah dia mengikuti kursus menggerok benang daripada daun nanas di Larkin. Proses menggeroknya menggunakan alat penggerok dan dapat mengeluarkan benang dalam jumlah yang agak banyak namun adakalanya benang itu sudah rosak (Sila lihat foto disebelah)Proses ini memerlukan penelitian supaya kualiti benang itu terjaga sekali gus dapat mengeluarkan jumlah yang banyak katanya sambil menunjukkan benang yang terhasil daripada daun nanas.

Wanita berusia 63 tahun itu memberitahu iaitu penghasilan benang nanas itu adalah berdasarkan kaedah manual dan ia menjadi halangan utama bagi dia mengeluarkannya dalam skala yang cukup besar. Dijelaskan dimana kaedah manual sangat lambat dan mengambil masa tempoh sehari suntuk tetapi hanya sekitar 100 ke 200 helai daun saja yang boleh dikerok. Jika tidak cukup pekerja kesannya semakin lambatlah proses pengeluarannya. Bagi tujuan untuk menghasilkan 100 gram benang beliau memerlukan 10 kilogram daun nanas dan hanya daun tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan menghasilkan benang tersebut. Lazimnya jangka hayat daun itu juga sangat singkat iaitu tiga hari sahaja kerana daun akan melecur dan tidak boleh digunakan lagi, Bahan utama dalam memproses untuk dapatkan benang nanas adalah daun nanas. Dakwanya beliau akan merebus daun-daun nanas selama dua jam atau sehingga layu bagi dikisar untuk pembuatan kertas (Sila lihat foto disebelah). Selalunya kesukaran untuk mendapatkan bahan utama juga menyukarkan proses penghasilan benang nanas berikutan tanaman itu yang tidak meluas dan hanya terdapat di sesetengah tempat di Pontian. Memang kini tidak ramai individu yang mahu melibatkan diri kerana kerjanya yang agak leceh dan rumit ditambah dengan pendapatan yang tidak seberapa. Sebenarnya ada sahaja tenaga mahir untuk membantu tetapi disebabkan upah yang kecil dan cara kerja meletihkan ramai yang tidak berminat. Beliau kini hanya menguruskan perusahaan ini secara kecil-kecilan bersama anaknya  Asna Nabihah Aziz berumur dan seorang pembantu iaitu Puan Rohaya.

Sebenarnya benang serat nanas adalah mempunyai pelbagai kegunaan dalam menghasilkan tekstil berkualiti tinggi termasuk pembuatan baju malah sesuai dijadikan tenunan atau sulaman songket menggantikan benang emas. Kualiti benang serat nanas ini sangat tinggi dan ia mampu memberikan hasil yang menguntungkan jika dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Proses membuat benang nanas melalui beberapa peringkat dimana ia perlu dilakukan dengan kesabaran dan teliti (Sila anda melihat foto disebelah). Ia menunjukkan dimana Pn Zaleha sedang dalam menuang daun nanas yang telah dikisar ke dalam bekas. Sebanarnya walaupun pengeluarannya secara manual tetapi ia secara tidak langsung menjadi tarikan khas kepada para pelancong kerana mereka dapat melihat kaedah penghasilan benang itu. Terdapat empat proses utama dalam usaha untuk menghasilkan benang tersebut. Pertama adalah untuk meleraikan kelopak daun nanas sebelum ia dikikis dengan peralatan khas seumpama pahat halus. Daun tersebut akan dilarik sehingga urat daun dapat diceraikan daripada daun asal dan urat nanas itulah merupakan produk yang kemudian dihasilkan (Sila lihat foto paling atas)Benang itu kemudian akan dikeringkan dan sebahagiannya akan diwarnakan menggunakan pewarna tiruan. Kini selain benang lazimnya daun dari serat nanas menghasilkan kertas yang lebih berkualiti dan tahan lama. Jika penghasilan benang mengikut jenis daun namun untuk kertas maka semua jenis daun nanas sesuai digunakan tetapi kualitinya berbeza.

Merujuk kepada pembantunya Cik Asna yang merupakan anak bongsu kepada Zaleha memberitahu aktiviti pembuatan kertas daripada daun nanas terhasil selepas dia mengikuti bengkel yang diadakan di ladang Alor Bukit, Pontian. Ladang nanas tersebut yang menempatkan sebuah makmal membolehkannya mempelajari teknik dalam pembuatan kertas dan menjalankan penyelidikan bersama penyelidik bertauliah. Di ladang ini dia mempelajari selok-belok pembuatan kertas dan diberi penerangan tentang cara-cara membuatnya. Penyelidik juga mengajak peserta dalam membuat kajian mengenai setiap jenis daun dan semua jenis kelebihannya supaya dapat memberi inovasi daripada daun nanas. Proses penghasilannya pula tidaklah terlalu sukar seperti mengeluarkan benang nanas kerana cara yang digunakan dengan merebus daun-daun itu terlebih dahulu. Lazimnya selepas direbus maka daun itu akan dikisar dan serat-serat daun ini akan diletakkan dalam satu bekas berbentuk empat segi. Daun-daun ini perlu direbus sekitar dua jam sehingga warnanya berubah kehitaman. Kemudian selepas direbus maka serat-serat yang terhasil itu perlu dijemur selepas subuh kira-kira empat hingga ke lima jam bagi menjaga kualitinya. Waktu jemurnya selepas subuh sehingga pukul 10 atau 11 pagi bagi memastikan hasil kertas itu baik selain mengelak daripada mudah terkoyak. Ada juga sejenis mesin yang boleh digunakan untuk proses ini bagi memudahkan memproses (Sila lihat foto disebelah).

Antara produk yang boleh dihasilkan daripada benang nanas adalah pakaian, kraf dan kertas nanas. Kualiti benang nanas amat bergantung kepada kaedah semasa ia diproses dimana ia selalunya bergantung juga kepada cuaca dan serat-serat tersebut tidak boleh dijemur pada waktu tengah hari kerana kertas itu akan kembung. Lazimnya apabila sudah kering maka ia akan membentuk sehelai kertas yang agak kasar dan berwarna coklat. Kertas ini tidak akan terkoyak dan paling penting juga ia bukanlah bahan yang mudah terbakar. Kemuidan bermula daripada sehelai kertas maka kreativiti usahawan muda ini dalam usaha memvariasikan koleksi kraf tangannya ditonjolkan menerusi penciptaan beg dan gubahan bunga. Memang tidak dinafikan dimana hasil yang diperoleh cukup cantik dan penuh kreativiti. Kedua-duanya juga menambahkan tona warna supaya gubahan itu nampak cantik dan menarik perhatian pelanggan (Sila lihat foto disebelah dan dibawah). Selali disebabkan kertas ini tidak terlalu keras maka dia akan cuba mencari ilham lain yang boleh dipelbagaikan dan akhirnya merasakan kertas ini boleh dijadikan beg atau gubahan bunga. Bagi pembantunya menyatakan perusahaan tersebut merasakan penghasilan kertas dan benang daripada daun nanas agak merumitkan namun menyifatkan produk itu cukup unik. Dia sendiri tidak menyangka bahawa daun nanas itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh menjana pendapatan sampingan. Baginya produk ini mula mendapat perhatian dan dia amat yakin ia boleh berkembang baik pada masa akan datang. Kini biarpun ia nampak biasa tetapi kualiti yang terhasil cukup baik malah dia sendiri tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan. Produk itu mempunyai permintaan yang baik daripada penggemar seni kraf tangan. Sebenarnya daripada sehelai kertas mereka bersama-sama mencari kelainan untuk mengubah struktur kertas itu kepada gubahan lain yang ada nilai ekonomi dan kesenian. Usaha wsahawan benang nanas di Johor ini terus diberikan galakkan daripada pelbagai pihak untuk memajukan lagi industri ini dimasa akan datang. Wasallam!!!...
BENANG NANAS... DARI DAUN NANAS....
DAUN DIKEROK...BENANG DILUNAS...
DIPROSES TERUS... SONGKET ASAS...
KRAFTANGAN LAIN.... DIJUAL LARIS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Tampoi, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Muharram 1439H)

Saturday, September 23, 2017

PAKU PAKIS - JENIS DAN CIRINYA

PAKU PAKIS (Ferns) merupakan tumbuhan yang mudah kita jumpa didalam belukar di Malaysia terutama dikawasan tanah lembab. Tumbuhan paku–pakis (pteridofit) adalah dari keluarga Davalliaceae mempunyai lebih dari 40 spesis merupakan jenis tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain yang mengandungi anthocyanin. Ia merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri–ciri khas dimana selalunya pada pucuk daun muda terdapat satu bentuk seperti 'gelungan tali' yang berlingkar dikenali sebagai 'krozier'. Ciri lain yang nyata ialah kesemua paku–pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini berkumpul membentuk tompokan iaitu di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun. Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus. Susunan dan bentuk sorus berbeza–beza bergantung kepada spesies paku–pakis tersebut. Secara umumnya saya dapati tumbuhan pakupakis dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu paku-pakis primitif yang berstruktur ringkas (fern-allies) dan paku-pakis sejati (true-fern). Pada paku-pakis primitif akarnya hanya berupa rizoid (seperti Psilotum), berbatang kecil dan umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja. Manakala pada paku–pakis sejati terdapat pembahagian antara akar, batang dan daun nampak jelas. Ketiga–tiga organ tersebut telah mencapai kesempurnaan yang tinggi. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jenis dan ciri tumbuhan pakupakis sekadar dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda.

Dalam mengenali akan tumbuhan pakupakis ini saya fikir kita kena faham akan asas dan penciriannya. Ini kerana sebilangan besar pakupakis tumbuh liar terdapat di sekitar kita dan dihalaman rumah. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 500 spesies pakupakis liar yang telah dikenal pasti. Pakupakis ini ada juga yang sesuai dimakan dan ia lebih dikenali sebagai Athyrium esculentum. Terdapat juga paku–pakis liar yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan dan digunakan dalam amalan perubatan tradisional. Nenek moyang kita dahulu sudah menggunakan pelbagai spesies tumbuhan pakupakis sebagai ubat-ubatan tradisional untuk mengubati masaalah seperti jenis penyakit kulit, luka dan sakit perut. Ada juga dikalangan orang laman yang menggunakan sebagai penahan darah dan penyubur rambut. Penulis juga mendapati kini pakupakis telah pun dijadikan sebagai tumbuhan perhiasan (Ornamental tree) seperti jenis Pakis Lycopodium, Asplenium, Playcerium dan sebagainya. Selain daripada ia mengindahkan landskap, pokok pakupakis amat mudah ditanam dan diselenggara tanpa masaalah. Ia boleh ditanam terus diatas tanah atau didalam pasu atau dicelah-celah pokok hiasan yang lain.


Tumbuhan pteridofit tersebar luas ke seluruh dunia kecuali di bahagian kutub yang sentiasa dilitupi ais. Kira–kira 75% spesis ini terdapat di kawasan tropika dimana di kawasan ini ia berada dikawasan yang embab dan mendapat cahaya matahari atau dibawah naungan. Ia juga berada dikawasan pergunungan yang berhampiran dengan kawasan tropika. Spesis yang hanya terdiri daripada bahagian batang yang berwarna hijau iaitu tanpa akar dan daun sejati ditemukan pada genus Psilotum sehingga kepada genus Cyathea yang mempunyai akar sejati dan berdaun tebal, berbatang sempurna dan menyerupai batang pohon palma (Sila lihat foto disebelah). Saintis dalam menentukan variasi panjang atau tinggi paku–pakis dimulakan dengan jenis yang berukuran kurang daripada 2.5cm seperti pada paku–pakis air dari genus Azolla hingga kepada jenis yang mencapai ketinggian 30m seperti paku-pakis Cyathea dan Dicksonia. Struktur yang ada pada paku pakis juga berganung kepada jenis. Lazimnya terdapat dua jenis daun paku–pakis iaitu dinamakan sebagai Daun Mikrofil dan Daun Makrofil. Bagi Daun Mikrofil ianya daun yang berbentuk sisik dengan ukuran yang sangat kecil umumnya kurang daripada 1 cm panjangnya. Jenis daun mikrofil ditemukan pada paku–pakis seperti pada genus Psilotum, Lycopodium,Selaginella dan Equisetum. Jenis Psilotum dan Equisetumdaunnya mengalami pengurangan dari segi bentuk dan fungsi sehingga bentuknya menjadi sangat kecil dan tidak menjalankan fungsi fotosintesis. Jenis kedua daun makrofil dimana daunnya mempunyai ukuran lebih besar daripada daun mikrofil dan mempunyai susunan yang lebih kompleks dengan pelbagai variasi dan aktif bagi berbagai–bagai fungsi fisiologi seperti pada daun tumbuhan peringkat tinggi. Ia terdapat dalam bentuk tunggal atau majmuk iaitu permukaan daunnya (lamina) tidak terbahagi kepada segmen–segmen yang terpisah malahan dihubungi kepada batang atau rizom melalui suatu tangkai sama ada panjang atau pendek. Contoh Vittaria, Ophioglossum, Antrophyumi, Salvinia dan lsebagainya. Daunnya terdapat dalam sifat pinat, bipinat, tripinat, kuadripinat dan seterusnya.


Penulis dapati saintis mengkaji kaedah pembiakan pakupakis adalah unik. Cara pembiakannya melalui organ Spora, Sporangium dan Sorus. Organ Spora adalah struktur pembiakan halus yang dihasilkan oleh pakupakis (Sila lihat foto disebelah). Terdapat pelbagai bentuk spora sama ada ia berbentuk bulat, pipih (monolete), segitiga (trilete) dan sebagainya. Penulis semasa melihat struktur spora tersebut dengan mikroskop elektron pengiaman (Scanning Electron Microscope) di universiti dahulu mendapati ia dapat dilihat dengan jelas bentuknya. Organ Sporangium pula merupakan kapsul yang berbentuk kanta dwicembung. Dinding sporangium terdiri daripada satu atau beberapa lapisan sel, kecuali pada bahagian tepinya terdapat suatu lapisan sel berdinding tebal yang mengelilingi sebahagian kapsul yang dinamakan anulus. Pada bahagian hujung lingkaran terdapat satu kumpulan sel yang pipih yang dikenali sebagai stomium. Apabila sporangium masak sel stomium akan pecah dan membebaskan spora yang terdapat di dalamnya. Jenis Sorus pula merupakan satu untaian atau nama khasnya spika (spike) seperti yang ditemui pada akis jenis Ophioglossum,. Ia juga berbentuk garis panjang seperti pada genus Pteris atau yang bulat seperti pakupakis dari genus Phymatodes. Kedudukan dan susunan sorus amat penting kerana ia bakal menentukan genus dan spesies pakupakis. Terdapat lapisan Indusium iaitu suatu lapisan pelindung untuk melindungi sporangium terutama yang masih muda. Ada sorus yang tidak dilindungi oleh indusium yang dikenali sebagai sorus yang telanjang. Sementara yang dilengkapi dengan indusium terdapat dua jenis. Jenis yang pertama dinamakan indusium sejati yang mana lapisan tisunya berupa penutup melengkok terdiri daripada dua ruangan dengan bahagian tengah berhubungan dan mengikatkannya kepada permukaan daun. Manakala lapisan pelindung yang hanya berupa pelebaran dari bahagian tepi daun yang bengkok dinamakan indusium palsu.


Dari segi ekologi, paku–pakis dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah cahaya, hujan, angin, perubahan suhu dan tumbuhan lain yang berada di sekitarnya. Secara amnya terdapat enam golongan pakupakis dikenal pasti berdasarkan faktor tersebut. Pertama adalah jenis pakupakis terestrial di kawasan terdedah, Kumpulan ini mudah dijumpai sama ada tumbuh secara bersendirian atau berbentuk gerombolan atau semak besar. Kedua adalah pakupakis terestrial di kawasan terlindung dimana tumbuhan ini memiliki daun yang lebih nipis jika dibandingkan dengan tumbuhan paku–pakis di kawasan yang terdedah. Sebahagian besar pakupakis ini dijumpai berhampiran dengan tepi–tepi sungai di dalam hutan primer. Walaupun sesetengah daripadanya sering menghasilkan rizom yang menjalar tetapi ia tidak membentuk kelompok besar. Ketiga adalah jenis pakupakis memanjat iaitu ia mempunyai rizom yang menjalar di atas tanah dan apabila menemui pokok yang besar maka ia akan terus memanjatnya. Kadang-kadang akar bermula pada dasar atau pangkal pokok dan kemudian akan memanjatnya. Ia hidup di atas pokok lain tetapi bukannya tumbuhan parasit kerana ia hanya berpaut pada kulit kayu untuk mengumpul makanan dan air yang diperlukan. Akar pakupakis epifit ini jarang dijumpai pada tanah kerana ia biasanya diselimuti oleh tumbuhan lumut. Lumut ini sedikit sebanyak telah juga membantunya mengumpul air dan humus sebagai sumber nutrien. Spesies jenis ini juga mempunyai cara–cara tertentu untuk mengumpul humus misalnya pembentukan bakul yang besar.


Tumbuhan pakupakis epifit dibahagikan kepada dua jenis iaitu Epifit di kawasan terlindung dan Epifit di kawasan terbuka. Epifit Terlindung ini didapati pada bahagian bawah pokok hutan misalnya dari jenis fern dalam famili Hymenophyllaceae. Tumbuhan ini mempunyai cabang dan daun yang nipis seperti jenis Antrophyum. Bagi jenis Epifit di kawasan terbuka pula ianya adalah jenis pakupakis yang mendapat cahaya yang penuh mahupun hanya separa. Udara di sekelilingnya kering dengan tiupan angin yang kuat. Justeru itu tumbuhan jenis ini memerlukan rizom yang kuat dan akar yang banyak untuk menyerap air seperti pakupakis jenis Asplenium nidus. Begitu juga dengan pakupakis jenis Platycerium dan Drynaria yang mempunyai daun steril untuk membentuk bakul besar bagi menangkap humus untuk sumber nutriennya (Sila lihat foto disebelah). Terdapat juga jenis Pakupakis Batu-batan dimana ia berada di pinggiran sungai dimana kumpulan ini hidup di kawasan berbatu dan tebing sungai yang berbatu sahaja. Ia mendapatkan air dari udara yang mempunyai kelembapan tinggi ditepi sungai itu. Rizomnya menjalar kuat di permukaan batu dengan akar yang banyak. Contohnya ialah Dipteris lobbiana, Lindsaya lucida, Pyrrisia perangium dan lain-lain. Jenis Pakupakis Akuatik pula lazimnya terdapat dua famili paku–pakis akuatik iaitu Salviniaceae dan Marsileaceae yang sukar untuk dikenali sebagai tumbuhan paku–pakis dalam pandangan yang sekilas sahaja. Terdapat juga beberapa paku-pakis yang menghuni paya atau lopak air misalnya Acrostichum aureum dan Ceratopteris thalictroides. Anda boleh baca mengenai kitaran hidup pakupakis dengn pautan (Sil klik disini). Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!...
TUMBUHAN PAKUPAKIS...BANYAK NAMA...
PELBAGAI BENTUK... DIMANA-MANA JUA...
BANYAK KAJIAN,,, DIJALANKAN MEREKA...
EKOLOGI SEMULAJADI...SATU LAGENDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1926, Hotel Hatten,
Bandr Hilir, Melaka,
Malaysia.
(2 Muharam 1439H)

Friday, September 22, 2017

TERAPI LEBAH MADU - APA DIA?

TERAPI LEBAH MADU (Honey Bee Theraphy) merupakan satu kaedah perawatan yang semakin opular dimasa kini. Pada penulis blog Terapi Produk Lebah Madu atau Apiterapi bermaksud Rawatan menggunakan Lebah Madu dan Produk Lebah Madu. Ia merupakan satu kaedah rawatan dengan lebah dan/atau produk yang dihasilkan oleh lebah. Apiterapi merupakan kaedah perubatan kuno dimana menurut catitan sejarah dimana ia ditemui di lembah sekitar tahun 2000 sebelum masehi. Hypocrates dalam laporan kuno dilaporkan ada doktor dlam zaaman kuno ada menggunakan madu sebagai perawatan dan menyatakan bahawa madu boleh menyebabkan kepanasan dimana kesannya berguna untuk membersihkan bisul dan luka. Dalam pengamalan perubatan Ayurverda yang popular di India sejak zaman dahulu penggunaan hasilan madu yang dimakan sebagai ubat menyembuhkan penyakit dan segala jenis gangguan kesihatan. Dalam al-Quran surah an-nahl ayat 68 : dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan ditempat yang dibina manusia. Ayat 69: kemudian makanlah dari tiap-tiap (berbagai jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu. Dari perut lebah itu maka keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya. Dalam ajaran agama Budha ada 5 jenis ubat yang boleh diambil oleh para sami setelah makan sianghari dimana salah satuya adalah MADU. Selama 3 bulan para sami yang bermeditasi tidak mengambil apapun kecuali MADU. Apiterapi adalah berkaitan dengan kaedah promosikan penggunaan produk-produk perlebahan untuk tujuan rawatan apiterapi. Artikel malam Sabtu kali ini didalam "Anim Agro Technology" saya menulis Apiterapi sebagai satu kaedah rawatan untuk meningkatkan kesihatan.

APITERAPI adalah konsep medikasi yang berdasarkan asas ilmiah dan diperkukuhkan dengan pengetahuan tradisional dan beberapa tetimoni. Ativiti perlebahan yang dijalankan dengan menternak Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) dn pengumpulan madu dari Lebah Tualang (Apis dirsata) mampu menghasilkan madu. Begitu juga dengan penternakan Kelulut (Trigona spp) sebagai satu kaedah penternakan yang mampu untuk menghasilkan madu kelulut. Hasilan madu sering dikaitkan dengan tujuan untuk pembangunan kesihatan. Tulisan ini memberikan gambaran singkat dari produk lebah yang sesuai digunakan dalam rawatan Apiterapi. Madu Lebah (Honey Bee) secara tradisional telah dianggap sebagai makana berubat atau pun sejenis minuman sebagai Tonik berbanding dengan jenis makanan biasa lain yang dimakan setiaphari. Pada masa ini produk hasilan madu semakin dikenali sebagai makanan tonik untuk penyembuhan dan bahan anti-bakteria jika diambil secara minum oral atau digunakan sebagai fungsi perubatan untuk luka biasa atau luka akibat terbakar. Sebenarnya masyarakat tempatan telah mengetahui perkara ini dimana mereka akan ambil madu dan lemon sebagai ubat mujarab untuk meredakan sakit tekak. Kini terdapat banyak penjelasan ilmiah dalam perkara ini dimana vitamin C dari Limau Nipis memberikan kesan stimulasi dan anti-infektif kekebalan tubuh. Sebenarnya madu lebah mempunyai unsur kekuatan untuk dijadikan bahan Ubat. Bakteria yang paling umum menyebabkan sakit tekak adalah Streptococcus pyogenes dimana kajian dimakmal mendapati bahawa madu dapat menghindarkan pertumbuhan bakteria ini. Bakteria lain yang dapat dihambat pertumbuhannya oleh madu adalah Hellicobacter pylorum iaitu bakteria penyebab bisul. Madu mempunyai beberapa unsur dan sifat semulajadi untuk ia menyembuhkan. Keadaan keasaman dan aktiviti beberapa jenis enzim, hidrogen peroksida dan potensi osmotik yang tinggi menyebabkan madu adalah makanan terbaik untuk diambil. Salah satu enzyme yang terdapat dalam madu adalah glukose oksidase. Enzim ini diproduksi oleh kelenjar hypopharing (kepala) lebah. Ketika madu diencerkan, enzim diaktifkan dan mengoksidasi glukosa untuk menghasilkan asam glukonic dan hidrogen peroksida. Tekanan osmotik yang tinggi dalam madu berbenaan dengan konsentrasi gula yang tnggi: ini berarti bahwa madu memiliki efek osmotik, yang dapat menyebabkan kerusakan membran bakteri, sehingga menghambat pertumbuhan mikroba. 

Madu Lebah juga sesuai untuk digunakan bagi tujuan menyembuhan sakit kulit dan mampu untuk mengeringkan luka. Sifat antibakteria dan komposisi fizikalnya dapat mempertahankan tahap kelembaban dan memungkinkan oksigen tetap terlepas sehingga baik untuk mencegah infeksi atau mampu untuk mengurangkan peradangan dan mempercepat proses penyembuhan. Pada tahun 2003 terdapat laporan kajian dimana dua kiriman madu dari Zambia ditemui ada mengandung antibiotik Streptomicin dengan kadar rendah. Menurut Codex Alimentarius (standard madu dunia) madu lebah tidak boleh mengandung antibiotik. Dalam dunia perubatan di Eropah dinyatakan dimana kandungan antibiotik seperti streptomicin, tetraciclin, penicilin dan sulfonamid adalah tidak dibenarkan (illegal) untuk digunakan pada peternakan lebah. Tetraciclin sebenarnya  sesuai untuk digunakan untuk mengubati masalah Foul brood tetapi dalam penuaian ia dihalang ujud didalamnya. Madu Lebah yang berasal dari Zambia di tuai oleh peternak lebah yang hidup dan bekerja di hutan terpencil di Kawasani North West. Perkara ini memberikan maksud dimana memang tidak mungkin bahwa peternak lebah menggunakan antibiotik dalam penternakan lebah mereka. Mana mampu penternak miskin luarbandar untuk mereka menggunakan antibiotik dalam perlebahan mereka. Jadi bagaimana boleh bahan seperti Streptomicin dapat ditemukan dalam madu?. Apakah mungkin bahwa itu kandungan semulajadi dari madu yang dibawa oleh lebah ke sarang selama mereka mencari makan.?. Streptomycin sebenarnya telah dihasilkan oleh bakteria dari genus Streptomyces iaitu bakteria yang biasa dijumpai. Streptomycetes telah ditemukan dalam sampel yang dikumpulkan dari hutan miombo, di tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh lebah, seperti cekungan di pohon. Indikasinya bahwa streptomycin dapat terdapat secara alami dalam madu. Hal ini berimplikasi terhadap undang-undang tentang madu dan perdagangan madu dunia, serta untuk memahami biologi lebah madu dan peranan madu dalam kesehatan dan penyembuhan. Hal ini juga diketahui dari kajian dimana semut dan Streptomycetes memilik hubungan yang sangat erat. Beberapa semut pemotong daun memiliki bintik-bintik putih pada tubuh mereka dimana bintik ini adalah koloni dari spesies Streptomyces yang mampu menghasilkan antibiotik untuk melindungi sumber makanan koloni semut dari patogen lainnya. 

Debunga (Pollen) yang di kutip oleh Lebah Madu dan dikumpulkan dalam sarang adalah satu produk yang berguna. Pollen sangat penting bagi kehidupan lebah madu dimana kajin mendapati bahawa nilai at atau unsur makanan dari bee pollen merupakan yang paling lengkap ujud dimuka bumi ini. Perkara ini disebabkan bee pollen mengandung semua unsur penting seperti ia mengandungi sekitar 30 % protein termasuk semua asam amino esensial daripada semua spektrum vitamin dan mineral, trace element (unsur mikro), hormon, karbohidrat dan Asid lemak. Bee Pollen juga memberikan unsur tenaga dan ua dapat merawat masaalah seperti lelah (Asthma), depresi dan mengatasi flu dan Selsema. Bagi lebah madu kehadiran Pollen sangatlah penting sebagai salah satu sumber makanan untuk tenaga dan kekuatan mereka. Tanpa kehadiran produk pollen lebah tidak dapat membiak dan meneruskan keturunannya. Pollen juga merupakan sumber utama pembuatan Royal jelly dan Worker jelly. Worker jelly merupakan makanan lebah pekerja dan larva lebah pekerja. Jika tidak ada atau tanpa kehadiran pollen maka lebah tidak mampu menghasilkan worker jelly bermaknaakan tidak ada makanan untuk larva lebah pekerja. Akibatnya lebah tidak mempunyai keturunan yang mencukupi untuk ia hidup lebh lama dengan koloni lebah yang kuat. Sebagaimana diketahui umur bagi lebah pekerja sekitar 35 hari atau disebut sekitar 5 minggu. Jika lebah tidak mendapat pollen dalam waktu 5 minggu maka koloni akan menurun jumlahnya dan melemah. Mengapa pollen begitu penting bagi lebah dan apakah sebenarnya yang terkandung dalam pollen sehingga mempunyai peranan yang sangat vital dalam kelangsungan hidup suatu koloni?. Secara teknikal penulis dapati dimana pollen merupakan biji jantan dari bunga tumbuhan yang dikunjungi oleh lebh. Lazimnya pollen ini skn mlekit pda bauu dibadan dan kaki lebah madu. Ia dapat dipandang sebagai sel sperma jantan dari tanaman yang berbunga dan ia sangat diperlukan bagi tanaman untuk kawin. Setiap bunga dalam planet ini memproduksi pollen, yang diproduksi pada benang sari bunga itu sendiri. Bee Pollen merupakan sebutan bagi pollen yang dikumpulkan oleh lebah (bee) dan disimpan lama di dalam sarangnya. Menariknya selama mengumpulkan pollen dari tanaman, lebah menyerbukkan lebih dari 80% dari tanaman yang ada. Secara naluri lebah mengumpulkan pollen yang kaya akan nitrogen (asam amino) dan meninggalkan pollen yang miskin akan asam amino. Jadi apabila kita mengambil pollen terus dari bunga dan dibandingkan pollen yang diambil oleh lebah maka akan terdapat perbezaan nilai permakanan yang sangat besar. Bee pollen merupakan makanan disediakan oleh lebah yang lengkap.

Propolis mengandungi bahan seperti getah dan resin yang dikumpulkan oleh lebah madu dari tanaman. Dalam banyak bahan ini sendiri merupakan hasil dari tindabalas pokok yang tercedera bertujuan untuk melindungi tanaman dari predator dan patogen. Tidak hairan jika propolis memiliki sifat anti-kulat, antiinflamasi dan juga anti-bakteria. Bagi lebah madu itu sendiri propolis berfungsi untuk menutup lubang pada sarangnya bagi mencegah kontaminasi dari luar. Lazimnya didalam sarang lebah mesti mempunyai kelembaban kurang lebih 90% dan suhu 35 C iaitu suatu keadaan yang sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat dan mikroorganisma lain. Tetapi sebenarnya memang tiada kulat dan mikroorganisma lain yang tumbuh dan berkembang dalam sarang lebah. Keadaan steril ini sebab lebah madu telah melindungi sarangnya dengan propolis. Propolis sendiri mempunyai ciri khas seperti pelidung dimana muutu propoli adalah berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lainnya. Sebenarnya lebah madu mempunyai sifat dan keseimbangan tersendiri terhadap persekitarannya. Sebagai contoh bahan propolis yang dikumpulkan dari Apis mellifera dari kawasan yang kering tidak mempunyai sifat anti-kulat sedangkan propolis yang dikumpulkan dari lebah Trigona (Kelulut) yang sering hidup di dalam rongga batang kayu mempunyai sifat anti-kulat. Kesimpulan adalah lebah mengumpulkan propolis yang paling sesuai dengan apa yang dia perlukan dimana ia sesuai dengan keadaan alam dan persekitaran dimana lebah tinggal. Petanyaan yang timbul kemudian adalah apakah propolis yang di import dari luar negara mempunyai kualiti yang lebih baik dari propolis yang dihasilkan dalam negara?. Memang kita semua tahu bahawa cuaca dan sumber makanan di luar negara agak berbeza dengan keadaan di Malaysia. Berkemungkinan setelah kajian dilakukan akan didapati dimana propolis tempatan seperti yang banyak dihasilkan oleh Kelulut adalah lebih baik dari propolis dari luar negara. Dari hasil penyelidikan dan pemerhatian didakwa bahawa Kelulut (Trigona spp) menghasilkan propolis lebih banyak daripada Lebah Import (Apis mellifera) dan juga Lebah Keran (Apis cerana).

ROYAL JELLY merupakan satu lagi produk perlebahan yang penting. Ini kerana lazimnya Lebah Pekerja dan lebah ratu memulai kehidupan sebagai telur yang khusus. Khusus kerana hanya telur dijaga baik akan menjadi lebah pekerja atau ratu adalah ditentukan oleh jenis makanan yang diberikan kepada mereka. Telur akan berkembang jadi lebah pekerja jika mereka diberi makan worker jelly sementara bagi ratu lazimnya hanya akan diberi makan Royal jelly sahaja. Ratu lebah dewasa berbeza dengan lebah pekerja dewasa meskipun keduanya adalah sama-sama jenis kelaminnya iaitu betina. Ratu sangat subur dan bertelur sangat produktif. Sedangkan lebah pekerja walau pun sifatnya betina tetapi ia adalah betina yang mandul. Kaajian menunjukkan seekor ratu lebah sangat produktif sehingga dalam satu hari mampu bertelur sebanyak 2,000 biji yang akan menjadi Lebah Pekerja, Lebah Jantan dan Ratu kemudiannya. Kasta paling banyak adalah lebah pekerja. Dalam beberapa penelitian yang penulis lakukan bersama penternak lebah tempatan dilaporkan purata ratu lebah di Malaysia mampu bertelur diantara 1,000 - 1,500 biji sehari sahaja. Kemudian apabila semua telur-telur ini dikumpulkan dan ditimbang didapati beratnya adalah sekitar 200 kali dari berat badan ratu lebah itu sendiri dimana ini adalah satu kenyataan yang luar biasa. Ratu mampu hidup hingga 3 tahun dimana ada juga dilaporkan mampu hidup sehingga 5 tahun. Lazimnya Lebah Pekerja hanya hidup selama 35 hari walaupun sebenarnya ia adalah telur yang sama. Perbezaan ini adalah kerana jenis permakanan yang diberikan kepada larza tersebut. Ratu Lebah hanya akan diberi makan Royal Jelly sejak awal lagi. Sementara itu lebah pekerja akan makan  makanan yang lain (madu dan bee pollen). Kandungan Royal jelly yang paling berkhasiat dan berharga adalah bahan Juvenile Hormon (hormon kemudaan). Jika bahan ini diambil makan oleh manusia maka akan menjadikan Awet Muda. Bahan produk royal jelly ini juga membantu meningkatkan produktiviti, kedihatan dan kecantikan selain daripada menjadi awet muda. Ia juga membantu menjaga kulit tetap halus, tegang dan elastik serta mempu meningkatkan vitaliti kulit muka. Makanan ini juga mampu meningkatkan kesuburan dan memulihkan mati pucuk bagi lelaki selain daripada mampu untuk meningkatkan kemampuan kekebalan tubuh dalam melawan virus dan infeksi bakteria. Royal jelly juga membantu keseimbangan hormon serta mempunyai sifat bakteriocidal pada bakteria. Ia juga didakwa meningkatkan pertumbuhan badan dan menurunkan kadar lemak darah dan kolesterol. Membantu regenerasi pertumbuhan tulang dan juga membentuk jaringan dan otot serta mampu untuk menyembuhkan luka. Royal jelly juga menjaga kesihatan hati dari seranga hepatitis (hepato-protective). Semuga tulisan dalam anim agro subuh ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!...
APITERAPI LEBAH...APAKAH DIA...
MADU LEBAH... ANTARA DIGUNA...
POLLEN LEBAH...ADA KHASIATNYA...
SENGATAN LEBAH...RAWATANNYA...

By,
M Anem,
Senior Apiarist (Senior Agronomist),
Bandr Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...