Support My Blog

Wednesday, April 19, 2017

PETUA UNTUK HALAU MONYET?

MONYET atau KERA (Monkeys) merupakan sejenis haiwan dari rumpun primate haplorin iaitu rumpun haiwan yang selalunya berada atau tinggal berhampiran manusia di negara kita dan juga luar negara. Kehadiran monyet ini selalu menjadi ancaman kepada ramai petani dan juga rumah kediaman apabila ia menganggu. Walau pun usaha menangkap dan mengalihkan populasi monyet yang sering dilakukan namun penulis blog dapati ianya ianya tidak pernah menyelesaikan masaalah. Lokasi penempatan baru akan membolehkan monyet ini membiak dengan cepat apabila banyak makanan disekelilingnya. Sebagai contoh dahulu di Daerah Muar semua monyet yang ditangkap dari beberapa lokasi akan dilepaskan dikawasan paya bakau dekat Tanjung Emas tetapi kini ia menjadi masaalah kepada penduduk tempatan kawasan tersebut kerana monyet-monyet menganggu kenteteraman mereka. Haiwan yang berekor ini terdiri daripada 260 spesies yang wujud dengan pelbagai saiz, rupabentuk, warna dan sebagainya daripada yang paling kecil sehingga spesies yang sangat besar seperti gorrila. Kebanyakan spesies monyet mendiami pokok tetapi ada juga spesies yang hidup berada atas tanah seperti babun. Kebanyakan spesiesnya juga aktif pada waktu siang (diurnal) untuk pelbagai aktiviti kerana ia tidak nampak pada waktu malam seperti juga manusia. Monyet umumnya juga disifatkan jenis haiwan sebagai cerdas, aktif dan hidup secara berkumpulan atau ianya hidup bersendirian (Kera sumbang). Pada umumnya monyet adalah haiwan berukuran pelbagai saiz dimana yang terkecil adalah marmoset pigmi sekitar 117 milimeter (4.6 in) dan terbesar seperti Mandril jantan yang berukuran setinggi 1 meter dengan berat sebanyak 36 kilogram. Setiap spesies mengamalkan cara pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, dedaun, bunga, telur dan haiwan kecil termasuk serangga. Monyet mendapatkan makanan dari kebun petani dan laporan paling dahsyat apabila ia masuk dapur mencuri makanan didalam rumah. Pengalaman penulis blog yang bertugas di Mersing, Johor menerima laporan dimana monyet masuk kedalam rumah mencuri makanan didapor di Pulau Pemanggil, Pulau Tinggi dan Pulau Tioman sehingga meresahkan penduduk di pulau tersebut. Dikawasan kampung berhampiran hutan pula berlaku kes dimana monyet menyerang kotak kelulut seperti di Kg Sentul, Maran Pahang yang saya tulis sebellum ini. Artikel tersebut menarik dibaca (Sila klik disini). Bagaimana pun subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa petua bagaimana  cara menakutkan atau menghalau kehadiran monyet sebagai satu kaedah kawalan haiwan tersebut. Adakah petua-petua ini berkesan?. Sila baca artikel ini sehingga penghujungnya.


Petua Pertama yang penulis kenalpasti adalah dengan menggunakan haiwan ANJING (Dogs) didalam kebun atau dekat rumah. Anjing merupakan sejenis haiwan penjaga yang amat baik walau pun ia adalah haram disentuh oleh umat Islam. Tinjauan penulis dibeberala dusun buah-buahan di Johor, Pahang dan Melaka mendapati pemeliharaan anjing dikawasan dusun mampu mengelakkan kehadiran monyet dalam dusun. Kes pertama dilaporkan di kawasan dusun Hj Musa dengan tanaman dusun durian dan pisang bercampur pokok lain di Muar, Johor. Sebelum ada anjing sering, kes serangan monyet berlaku setiap minggu atau bulan dengan memasukki kawasan kebun dan makan buah-buahan yang ada dalam kebunnya dan merosakkan tanaman pisang. Beliau kemudian membeli dan meletakkan 4 ekor anjing yang dikurung dalam sangkar dan diberi makan dan minum setiap hari. Anjing ini akan menyalak apabila ada haiwan lain yang datang kekebunnya termasuk monyet. Dalam kes lain di Kg Sg Jerik, Maran, Pahang, En Tan memelihara 5 ekor anjing yang dilepaskan dalam kawasan kebun Durian Belanda seluas 15 ekar. Serangan monyet agak serius dengan merosakkan tanaman buah durian belanda, limau, pisang dan sebagainya kerana kebun ini terletak disebelah hutan simpan dara yang menjadi perumah gerombolan monyet ini. Serangan monyet amat berkurang dengan adanya anjing yang sentiasa berkeliaran dalam kebun tersebut. Adakah anjing mampu menghalau monyet?.


Petua Ke 2 adalah dengan kaedah untuk meletakkan pakaian atau Baju Petani yang ada peloh manusia. Peloh ini yang dibiarkan kering pada baju, seluar atau topi bolehlah diletakkan di beberapa lokasi yang mana sering berlaku serangan monyet. Pakaian berbau ini akan menjadikan monyet fikir petani masih ada dalam kebun. Bagaimana pun petua yang lebih praktikal adalah menggunakan pakaian orang asli yang rajin berburu dan diletakkan dikawasan kebun yang sering diserang monyet. Menurut Encik Abd Rizal, seorang pakar Biosekuriti Negeri Perak, ada petani yang memilikki dusun buah-buahan di sekitar Gerik dan Tronoh yang telah amalkan perkara ini semenjak lama dulu. Menurut beliau, petua ini diamalkan kerana petani tersebut mempunyai hubungan baik dengan tok batin yang beliau kenali dan minta beberapa helai pakaian mereka yang belum dibasuh dan kemudian akan menggantikannya dengan pakaian baru yang lain. Kemudian petani ini meletakkan pakaian lusuh tersebut dikebunnya dan dari semenjak itu amat kurang monyet yang datang untuk menganggu tanaman dalam dusunnya iaitu konsep yang sama. Petua ini didakwa agak praktikal untuk diamalkan sehingga beberapa bulan sehingga pakaian lusuh tersebut hilang bau dan diganti dengan yang lain. Belum ada penulisan khusus mengenai dakwaan petua ini dan penulis blog masih kurang pasti sama ada dakwaan petua tersebut praktikal dan perlu ada kajian teknikal mengenai perkara ini.


Pada penulis blog mendapati petua ke 3 adalah dengan menabur Kelongsong Peluru senapang terpakai atau belum digunakan. Ini kerana monyet merupakan sejenis haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat dan amat takut dengan letupan senapang atau bau belerang pada peluru (Sila lihat foto disebelah). Pengalaman penulis semasa bertugas di Segamat, Johor sering melawat Projek TKPM Sekijang dan beberapa projek pertanian dengan buah-buahan syarikat swasta dibawah UPEN dengan tanaman makanan lain di daerah tersebut. Serangan monyet semakin serius apabila buah jambu batu, pisang dan pelbagai jenis sayuran berhasil dari projek tersebut sedang berhasil. Aktiviti menembak monyet dilakukan tetapi populasinya semakin kurang apabila buruan dijalankan berikutnya. Bagaimana pun serangan monyet masih ditahap membimbangkan. Akhirnya diatas usaha petania bernama Hj Johari, beliau telah cuba menggunakan peluru senapang patah yang terpakai dan belum dipakai dikeluarkan isinya. Dia kemudian diletakkan dibeberapa lokasi dimana ada laluan monyet masuk untuk menyerang kawasan tanaman. Pengurus projek TKPM itu kemudian membuat penilaian atas perkara ini dan beliau mendakwa serangan monyet terus berkurang dengan cara amalan petua ini. Bagaimana pun aktiviti menembak monyet secara berkala masih perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar serangan haiwan primate ini dengan lebih berkesan.


Petua Ke 4 adalah dengan meletakkan air Kencing Harimau (Tiger Urine) kelokasi dimana berlaku serangan monyet dalam kebun. Petua ini penulis blog dapati daripada beberapa orang petani yang telah melakukannya di dua projek TKPM di Pahang. Dakwanya beliau mendapatkan air kencing harimau daripada rakannya yang bertugas di zoo dan menyimpannya. Bukan mudah sebenarnya untuk melihat harimau kencing dan bagaimana untuk mendapatkannya kerana harimau liar dan buas amat merbahaya kepada manusia (Sila lihat foto ia kencing disebelah). Tanah yang kena kencing harimau jika berani boleh diambil dan dibawa balik untuk diletakkan dikawasan kebun. Dari laporan petani tersebut sejak beliau letakkan air kencing atau tanah terkena kencing harimau maka kadar serangan monyet dikebun beliau bolehlah dikatakan tidak berlaku. Teori yang dipercayai dimana air kencing harimau akan menakutkan sang monyet kerana ia mungkin takut berkemungkinan ada harimau dikawasan tersebut. Petua ini sebenarnya belum pernah penulis blog anim agro technology dengan sebelum ini. Ia perlukan sumber air kencing harimau tulin bukannya yang tiruan.


Petua ke 5 yang penulis blog anim agro technology hendak share adalah dengan meletakkan Patung Harimau (Sila lihat foto disebelah) dilokasi kebun yang menjadi laluan monyet atau sering berlaku serangan monyet pada tanaman. Pengalaman penulis blog ada menjumpai 3 lokasi di Pahang yang mana beberapa petani membeli patung harimau untuk menhalang kehadiran monyet. Ia dilakukan di TKPM Ulu Sungai, Raub, TKPM Lanchang di Temerloh dan Projek Pisang di Chenor. Pertama sekali apa yang petani dilakukan di TKPM Ulu Sungai, Raub, Pahang yang melibatkan 3 ekor patung harimau. Menurut En Kahar salah seorang peserta tanaman Nangka Madu J33, kehadiran monyet berlaku dengan serius pada bulan-bulan tertentu daripada kawasan hutan disebelah projek ini. Beliau membeli 3 ekor patung harimau dengan harga sekitar RM180 seekor. Patung harimau ini diletakkan dilokasi sesuai dan selepas itu berminggu gerombolan monyet tidak datang serang tanamannya. Bagaimana pun lokasi meletak patung ini selalu perlu diubah-ubah untuk meningkatkan tahap dan keberkesanannya. Perkara sama dilakukan dikawasan TKPM Lanchang dan petani komersil pisang di Chenor, Pahang. Penulis blog belum mendapatkan ulasan teknikal akan keberkesanan petua ini yang masih perlukan penelitian dan testimoni lanjut. Patung Harimau yang disimbah dengan kencing harimau berkemungkinan lebih efektif. 


Bagaimana pun teknik kawalan monyet yang paling sering dilakukan adalah dengan cara petani menembak gunakan senapang dan juga memasang perangkap monyet. Dua kaedah ini dipercayai paling berkesan mengawal serangan tanaman oleh gerombolen monyet. Bagi kaedah menembak monyet selain ianya dapat membunuhnya akan juga menakutkan kumpulan monyet. Bagaimana pun oleh kerana monyet ini melibatkan haiwan dibawah perhilitan maka sebaiknya ianya dilakukan jika ada gangguan. Kaedah memasang perangkap khas monyet merupakan satu kaedah yang paling cepat, cekap, murah dan praktikal. Perangkap monyet ada pelbagai model daripada yang kecil dan murah diperbuat daripada dawai BRC (Sila rujuk foto disebelah) sehingga model yang besar, mahal dengan besi dan lapisan zink dengan pintu dan tangga. Monyet yang ditangkap boleh dialihkan kelokasi lain oleh pihak perhilitan. Penulis telah berpengalaman didalam memasang perangkap monyet di Sg Ara Kota Tinggi (Projek jagung), Pulau Aur (Kawasan dusun durian), Pulau Tioman dan beberapa lokasi lain. Kaedah ini berjaya dan boleh diamalkan dengan lebih berkesan jika ada umpan sesuai yang diseukai oleh kelompok monyet. Dalam pada itu penulis membuat menerima laporan dimana di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja mereka tidak banyak menghadapi masaalah serangan monyet dikawasan kebun. Adakah kerana kehadiran monyet ini mungkin merupakan haiwan yang boleh dimakan mereka dan dijadikan hidangan makanan yang enak untuk dimakan? (Sila lihat foto dibawah sekali). Kepada mereka yang pernah menikmati keenakan masakan daging monyet boleh beritahu kepada rakan lain.  Agaknya apa rasa goreng daging monyet atau kari daging monyet adalah rasa eksotik!... Wasallam!.
HAIWAN MONYET...TANAMAN DISERANGNYA...
SUKAR DIKAWAL... SAYA ADA HANYA PETUA...
PELBAGAI KAEDAH...ANDA BOLEH MENCUBA...
KALAU TERSALAH... MAAFKANLAH SAHAJA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room No 15, R+Tingkat 3,
DITC Teluk Kalong, Kemaman,
Terengganu, Malaysia.
(21 Rejab 1438H)
Menghadiri Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...