Support My Blog

Thursday, July 13, 2017

TANAH - PENGAPORAN

PENGAPURAN TANAH (Liming) merupakan salah satu aktiviti dalam penyediaan kawasan tanah sebelum penanaman. Pengaporan ini bertujuan untuk meningkatkan pH tanah yang berasid, meningkatkan kadar penggunaan baja fosfat, membekalkan bahan mineral seperti Ca dan Mg dan juga untuk mengawal pertumbuhan bakteria. Penulis blog mula mendengar akan kepentingan aktivi pengaporan semasa disekolah menengah lagi didalam subjek pertanian. Pengaporan menjadi penting di negara kita terutama sekali dikawasan seperti sawah padi, kawasan sayur-sayuran dan buah-buahan dikawasan tanah pamah dan tanah yang berasid. Terdapat banyak kaedah dan bahan yang digunaka untuk aktiviti pengaporan. Antara bahan atau baja kapor yang selalu digunakan dinegara kita seperti bahan Karbonat iaitu CaCo3 seperti Dolomite dan Calcite, bahan Oksid serta Hidroksid, bahan Slaked lime dann juga bahan Basic Slag. Terdapat jenis baja kapor yang dijual dipasaran dengan pelbagai bentuk, pembungkusan, warna, saiz butiran dan juga teksturnya. Paling selalu dijual dipasaran adalah kapor GML atau Cairan atau serbuk yang berbeza kegunaan dan harganya. Banyak jenama dan syarikat yang ada mengilang, mengedar dan menruncit baja kapor diseluruh negara tetapi paling ketara adalah edaran baja kapor dikawasan tanah sawah padi atau kawasan jelapang padi. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengaporan dan kepentingannya didalam amalan agronomi pertanian yang penting.


Dalam petani hendak membuat pengaporan semestinya mereka mengetahui bagaimana mengira kadar kapor yang diperlukan diatas tanahnya. Terdapat beberapa faktur penting yang mereka perlu tahu seperti berapakah btahap keasidan tanah atau berapa nilai pH yang disukat. Ini kerana lazimnya tumbuhan sesuai tumbuh seperti untuk kebanyakan tanaman termasuk pastura ialah sekitar julat pH5.0 - pH7.0. Bagaimana pun secara kuantitatif keperluan kapor ditentukan dimakmal dengan kaedah Dun (1973). Dalam kaedah biasa selalunya disyorkan dimana kuantiti sebanyak satu (1) tan kapor boleh menaikkan 0.5 nilai pH bagi setiap ekar atau 2-3 tan kapor diperlukan untuk satu (1) hektar. Tumbuh-tumbuhan biasanya akan tumbuh subur diatas tanah subur dimana banyak unsur makana, air dengan kadar keasidan tanah yang sesuai. Diantara faktor yang menentukan keperluan kapor pada tanah adalah KEASIDAN TANAH seperti pH tanah dimana jika nilai pH rendah maka ia perlukan banyak kapor. Satu lagi faktor adalah TETALAN TANAH (tekstur tanah) dimana tanah tetalan halus perlu banyak kapor dari tanah tetalan kasar. Faktot ketiga adalah berapa banyak kandungan BAHAN ORGANIK dalam tanah dimana jika lebih banyak bahan organik maka keperluan lebih banyak kapor diperlukan. Faktor keempat adalah berkaitan dengan JENIS TANAMAN dimana bagi setiap jenis tanaman sesuai pada pH yang berbeza maka keperluan kapor adalah berbeza. Faktor kelima adalah berkaitan dengan JENIS BAHAN KAPOR yang digunakan. Sebagai contoh dimana kadar bagi “hidrated lime” lebih rendah dari “Ground Limestone”. Kombinasi semua faktur diatas perlu dikira untuk menentukan kadar sebenar kapor yang perlu diberikan pada tanah.


Apa yang penting dalam aktiviti pengaporan adalah bagaimana cara untuk menabor baja kapor dijalankan. Kajian saintis menunjukkan dimana bahan kapor atau baja kapor dalam bentuk SERBUK (Powder) dilaporkan akan memberikan kesan maksimum dengan cekap. Cara penaburan mestilah rata pada keseluruhan kawasan tanah dan sebaiknya adalah disyorkan dengan menggunakan spinner broadcaster terutama untuk kawasan yang luas. Bagaimana pun untuk menabor kapor diatas batas dikawasan kecil  memadai dengan menggunakan tangan secara manual (Sila lihat foto disebelah). Selalunya diawal penanaman kapor ditabur selepas bajak putar dan diputar kembali untuk mempastikan kapor tersebut sebati dengan tanah. Dari segi saintifik akan berlaku tindakbalas selepas proses pengaporan dimana selalunya Ion Mg++ dan Ca++ dari kapor menggantikan H+ dan Al+++. Sebagai analisa kimia selalunya tindakbalas menjadikan H+ + Ca Co3 = Ca++ + H20 + Co2, H+ + Ca (HC0)2 =Ca++ + 2 H20 + 2Co2 dan juga H+ + Ca (0H)2 = Ca++ + 2 H20. Akibat daripada aktiviti pengaporan maka kesannya amat signifikan terhadap kesuburan tanah. Antara kesan pengaporan dimana akan berlaku kKenaikan pH tanah. Perkara ini dijangka berlaku sebaik sahaja selesai pengaporan dimana lazimnya pH yang rendah akan dapat dinaikkan membolehkan akar tanaman mampu menyerap nutrien daripada baha yang diberikan ketanah. Lazimnya jika tanah berasid beberapa bahan nutrien dan mineral dalam tanah tidak dapat diserap oleh akar pokok  kerana ia terikat pada tanah. 


Kesan mengapor kepada tanah juga akan menyebabkan berlaku bacaan peningkatan bahan mineral dalam keadaan tersedia terutama Mg++ dan Ca++. Ini amat signifikan kepada kesan pengaporan kerana unsur ini dipertukan tumbuhan yang sedang membesar. Kesan ini juga menyebabkan akan berlaku kedapatan unsur Posforus (P), Molibedenum (Mo) dan Nitrogen (N) tesedia untuk diserap oleh akar pokok dalam tanah. Apabila unsur bahan K ini dapat diserap akar maka kesannya adalah dimana semasa kedapatan K maka kesan pengapuran amampu untuk meningkatkan K+. Ramai kurang tahu dimana proses pengaporan juga akan mampu untuk membaiki agregat tanah dimana ia menyebabkan tanah akan menjadi subur. Seterusnya kehadiran bahan yang ditambai iairu Kalsium (Ca) dan  Magneium (Mg) dalam tanah boleh memperbaiki sifat agregat tanah. Satu perkara yang perlu dielakkan adalah daripada petani melakukan PENGAPURAN MELAMPAU. Ini bermaksud Pengapuran melampau ialah pengapuran yang melebehi had keperluan. Ia akan mengurangkan sifat fizikal tanah serta mengurang kedapatan zat Posforus (P), Boron (Bo), Zink (Zn) dan Manganese (Mn). Tanah asidik menjadi punca banyak mikroorganisma tanah mati atau kurang tetapi dengan aktiviti pengapuran kepada tanah minserl atau tanah gambut akan memberi kesan kepad pertumbuhan organisma tanah. Cacing tanah yang dahulunya sukar tinggal dalam tanah berasid akan suka untuk mendiami kawasan pada tanah beasid. Dalam kes lain dilaporkan sesetengan Mikroorganisma Berfaedah yang berguna sesuai pada pH tinggi dan bakteria patogenik tidak sesuai pada pH tinggi. Apa pun aktiviti pengaporan merupakan asas kepada amalan agrnomi yang penting dalam penghasilan produk pertanian yang berkualiti. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology subuh ini. Wasallam!!!...
AKTIVITI MENGAPUR...AMAT BERGUNA...
TANAH ASIDIK... SEGERA LAKUKANNYA...
BENYAK JENIS KAPOR... PILIH SAHAJA...
TANAH SUBUR... AKAN BANYAK HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 630, Hotel Dorsett,
Precint 3, WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Ramadan 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...