KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, August 2, 2017

FRUIT SET - APA PENTINGNYA

FRUIT SET (Pembentukkan Buah) merupakan satu proses atau fenomena atau peringkat pertumbuhan yang sangat penting didalam tumbuh-tumbuhan yang berbunga dan berbuah. Lazimnya proses pembentukkan buah sama ada mempunyai peratus kejayaan yang tinggi atau rendah akan menentukan jumlah hasil yang akan dapat dituai. Bagaimana pun proses penting ini perlukan amalan agronomi tanaman yang betul bagi penghasilan optima. Semua jenis tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan sama ada ia buah tropika, sub-tropika atau buah temperate mengeluarkan organ pembiakan berbeza bergantung kepada jenis tanaman seperti proses pembungaan, pembentukkan buah dan kematangan buah. Perkara ini berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktur seperti varieti, pengurusan, lokasi, pembajaan, iklim, cuaca dan serangan penyakit atau pun pengurusan perosak. Terdapat pokok buah-buahan yang menghasilkan bunga dengan banyak tetapi pokok itu tidak menghasilkan buah yang banyak kerana kegagalan proses pendebungaan yang berkait dengan 'fruit set' dan seterusnya pembentukkan buah. Pokok durian sebagai contoh lazimnya akan menghasilkan bunga dengan banyak setiap musim, bagaimana pun kita dapati kadang-kadang pokok tersebut menghasilkan buah yang banyak pada musim ini tetapi tidak pada musim akan datang atau musim yang lepas. Mungkin ramai tidak tahu bahawa proses pendebungaan durian (Durio zibethinus) berlaku pada tengahmalam sehingga subuh hari untuk waktu paling aktif. Serangga seperti kupu-kupu, kelawar kecil dan tiupan angin mempengaruhi aktiviti pendebungaan durian. Dalam pada itu tanaman Durian Belanda (Annona muricata) pula mempunyai kaedah pembungaan dan fruit set yang lebih unik. Artikel subuh ini saya menulsi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa faktur yang mempengaruhi proses pembentukkan buah yang rendah (poor fruit set) untuk dijadikan bagan bacaan.


Bunga Kiwi - berbeza bunga.
Merujuk kepada beberapa buku teknikal yang saya baca, terdapat tiga (3) sebab mengapa boleh berlaku pembentukan buah yang rendah. Faktur tersebut adalah (a) Ketiadaan debunga untuk proses pendebungaan - Absence of viable pollens (b) Benih tidak subur - Infertile eggs (c) Ketidakserasian -Incompatibility. Dalam melihat isu ini terdapat beberapa jenis pokok buah-buahan yang memang mempunyai bunga tetapi ia mandul (sterile pollen). Diantara pokok tersebut dinyatakan seperti Pokok Limau Varieti Navel (ada dijual buah ini diHypermarket Malaysia - foto atas sekali). Bagi jenis pokok buah-buahan yang 'Dioceious' iaitu keadaan dimana pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan, masaalah pendebungaan adalah mudah terjejas kerana faktur angin, cuaca, kesediaan stigma menerima debunga dan juga jarak tanaman. Terdapat beberapa pokok buah seperti pokok kiwi (Actinidia speciosa) mempunyai masaalah pembentukan buah. Pokok seperti Walnuts dan Hazelnuts pula lazimnya menghasilkan debunga sebelum ovari bersedia menerimanya. 'Dichgamy' adalah terminologi dimana beberapa varieti tanaman perlu di tanam untuk mengatasi masalah 'overlap' pengeluaran debunga dan kesediaan ovari. Bagi tanaman durian belanda ia mempunyai masa kematangan berbeza antara bunga jantan dengan bunga betina. Proses pendebungaan dan fruit set bagi durian belanda secara semulajadi sangat rendah iaitu sekitar 6% sahaja. Bunga jantan akan matang mulai jam 5.00 petang tetapi bunga betia pua akan reseptif bermula jam 8.00 malam. Oleh itu teknologi menggegar pokok durian durian belanda pada malam hari amat beresan sehingga mampu mencapai 96% kejayaan fruit set. Anda boleh baca rencana berkaitan dengan baca tulisan saya disini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Teknologi ini membolehkan semakin ramai usahan menanam durian belanda yang mendapat permintaan tinggi dan sebagai bahan antikanser yang didakwa amat signifikan kesannya.


Bunga 'Flowering cherry'
Beberapa jenis buah-buahan sub-tropika dan temperate seperti buah limau seperti Washington Navel Orange selain daripada ianya mempunyai debunga mandul juga dikatakan mempunyai organ betina mandul (infertile eggs).  Didalam ovari lazimnya ada 'fertile eggs' untuk membolehkan debunga yang diterima bersatu untuk proses pembiakan seterusnya. Bagaimana pun jika 'infertile eggs' ini berlaku maka proses seterusnya tidak dapat dijalankan seperti pada pokok snggur (currant grape) dan pokok 'Flowering Cherry'. Kajian saintis menunjukkan kadar kejadian perkara ini sehingga 20% selepas pistil terbuka untuk menerima pollen. Lazimnya bunga yang ada masaalah ini adalah bersaiz lebih kecil daripada saiz bunga yang normal. Keujudan bunga kecil ini juga berpunca daripada tangkai bunga yang kecil (flower buds) pada pokok tertentu. Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi usaha untuk meningkatkan kadar kejayaan fruit set tanaman. Dalam lawatan penulis keprojek tanaman tomato fertigasi di Benom Highland di Raub, mereka menggunakan 'air blower' setiap hari pada waktu pagi untuk membolehkan berlakunya proses pendebungaan didalam Struktur Perlndung Hujan (SPH) yang tertutup.  Sila baca artikel berkaitan (Sila klik disini). Teknologi ini membolehkan hasil buah tomato meningkat berganda berbanding jika tidak dilakukan semburan angin terhadap tanaman tersebut .


Ketidakserasian (Icompatibility) merupakan satu fenomena rendahnya kadar kejadian pembentukkan buah. Perkara ini akan juga menyebabkan kegagalan proses utama iaitu pendebungaan bunga (Fertilization process) didalam prses pendebungaan bersilang (Cross pollination). Di Malaysia beberapa pokok buah-buahan seperti pokok Belimbing (Averrhoa carambola) dan pokok Durian (Durio zibethinus) sering menghadpi fruit set masaalah ini. Penulis blog dapati bagi pokok belimbing yang saya telah buat penelitian, bentuk bunga antara varieti B10 dengan B2 amat berbeza dimana kedua-dua varieti ini perlu ditanam bersama untuk ianya menghasilkan kadar kejayaan pendebungaan dimana ia seterusnya pembentukkan buah yang tingggi dan kualiti buah yang baik. Pokok durian dari pelbagai varieti aau klon perlu dicampurkan dalam satu kawasan penanaman yang sama untuk meningkatkan lagi proses pendebungaan bersilang diantara varieti. Saya pernah melawat satu kebun durian di Mantin dimana petani menanam semuanya dari varieti D197 (Raja Kunyit / Musang King) untuk mendapatkan hasil yang baik bagi pasaran ekspot. Setelah pokok cukup umur dan berbunga, tidak banyak buah yang dihasilkan dan petani tersebut (Beliau adalah seorang Towkey Balak yang ada modal) memang tidak mengetahui akan perkara ketidak serasian (incompatibility) dan tidak pernah mendapatkan nasehat. Penulis blog menasihatkan beliau membuat cantuman dewasa dengan beberapa varieti durian D24, D2, D16 dan sebagainya didalam kebun tersebut daan menanam anak pokok baru dari varieti lain. Kini dalam lawatan penulis kekebun tersebut selepas 7 tahun mendapati masaalah pokok durian tersebut telah berjaya diatasi. Bagi tanaman durian belanda masaalah utama tanaman ini adalah 'fruit set' akibat proses pendebungaan yang tidak berlaku. Penulis blog banyak mengulas mengenai perkara ini yang boleh dirujuk dan dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini) (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penulis banyak memberi penerangan kepada petani yang menanam durian belanda mengenai isu ini (Sila anda lihat foto dibawah). Kemungkinan masih ramai petani yang kurang mempunyai maklumat akan kepentingan fruit set didalam penghasilan hasil. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
'FRUIT SET'... SATUPROSES PENTING...
BANYAK SEBAB.... IA JUGA GENTING...
BUNGA BANYAK... BUAH BERKURANG...
PERLU FAHAM.. BOLEH BERBINCANG... 


By,
M Anem,

Senior Agronomist,
Room 1430, Hotel Zenith, 
Kuantan,, Pahang,
Malaysia
(3 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 15 Jun 2017.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...