Support My Blog

Saturday, August 26, 2017

IKAN SARDIN - POPULAR DIA

IKAN SARDIN (Sardine atau Mackerel) merupakan sejenis ikan laut yang berminyak dari beberapa spesies dari famili Clupeidae. Kalau di Malaysia kita lebih kenal dengan ikan sardin dalam tin berbanding dengan ikan sardin segar yang ada dijual dipasar basah. Terdapat banyak jenama dan julat harga ikan sardin dalam tin daripada yang dijual didalam tin kecl sehingga kepada tin besar yang agak mahal mengikut kuantiti dan kualiti. Ikan sardin dalam tin biasanya telah dicampur dengan sos tomato dan dijadikan lauk makan nasi. Ikan sardin dalam tin juga sesuai untuk dimasak sebagai kuah kari, dijadikan roti canai dan juga kuah laksa. Lazimnya ikan sardin dalam tin adalah tahan lama disimpan. Ikansardin ini didalam laut mampu bertahan hingga kedalaman lebih dari 1.000 meter. Semasa melawat dibeberapa lokasi pasar dikawasan pantai yang ada nelayan menangkap ikan sardin lazimnya mereka akan menggunakannya sebagai makanan. Terdapat beberapa spesies Ikan Mackerel yang lebih besar, seperti mackerel sirip biru (bluefin mackerel) dimana ia dapat menaikkan suhu darahnya di atas suhu air dengan aktiviti ototnya. Perkara ini menyebabkan ikan ini mampu hidup didalam perairan lebih sejuk dan dapat bertahan dalam pelbagai keadaan beragam. Ikan Sardin adalah ikan yang memiliki nilai komersial sederhana dalam perdagangan antarabangsa. Daripada beberapa rujukkan didapati ikan sardin mempunyai banyak genus iaitu Genus Dussumeria, Genus Escualosa, Genus Sardina, Genus Sardinella dan juga Genus Sardinops. Bagi Genus Dussumeria terdiri daripada spesis Rainbow sardine (Dussumieria acuta) dan juga Slender rainbow sardine (Dussumieria elopsoides). Sementara itu bagi Genus Escualosa terdiri daripada jenis. Slender white sardine (Escualosa elongata) dan White sardine (Escualosa thoracata). Bagi Genus Sardina terdiri daripada jenis European pilchard atau True sardine (Sardina pilchardus). Bagi Genus Sardinella pula terdiri daripada jenis Ikan Round sardinella atau Gilt sardine atau Spanish sardine (Sardinella aurita), Ikan Sardinella longiceps (Sardinella gibbosa) atau juga dipanggil sebagai Indian sardines. Akhir sekali bagi Genus Sardinops terdiri daripada South American pilchard atau Pacific sardine atau California sardine atau Chilean sardine atau South African sardine (Sardinops sagax) yang banyak didapati. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis satu artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan sardin sekadar berkongsi maklumat.


Ikan ini mampu bertahan dalam laut sehingga kedalaman lebih dari 1,000 meter. Ikan ini amat sesuai untuk ianya digunakan sebagai makanan kegemaran ramai seluruh dunia dimana ia sesuai untuk dihidangkan dengan sos tomato atau sos pedas bercili dimana asaslnya adalah ikan sardin segar (Sila anda lihat foto disebelah). Penulis kenal akan ikan sardin semenjak kecil lagi dimana ia sering menjadi penduduk luar bandar kerana keenakannya dan sesuai dijadikan menjadi lauk makan nasi. Ada beberapa jenis ikan sardin termasuk ikan mackerel yang lebih besar seperti mackerel sirip biru (bluefin mackerel) yang ditinkan sebagai ikan sardin. Ikan sardin lazimnya hidup berkumpulan dalam laut dan ditangkap menggunakan beberapa peralatan menangkap ikan yang sesuai. Ikan sardin dalam tin kini dipasarkan dengan harga satu tin diantara RM 2.50 sehingga RM9.00 bergantung kepada saiz, jenama, jenis ikan, buatan domestik atau import dan sebagainya. Antara beberapa jenama ikan sardin dalam tin yang popular di Malaysia seperti BOTAN, CAP AYAM, KING CUP, MARINA, CINTA dan sebagainya. Pengguna di Malaysia bertuah kerana amat mudah untuk membeli ikan sardin dalam tin di kedai runcit, pasar malam, pasaraya dan sebagainya. Sementara itu ikan sardin segar juga menjadi pilihan ramai pengguna dengan membelinya dipasar basah dan ia antara jenis ikan yang murah dan enak digoreng untuk dijadikan lauk makan tengahari. 


Dalam wikipedia ada dilaporkan dimana ada terdapat banyak jenis atau species. Antara jenis ikan sardin dari genus Dussumeria Rainbow Sardine (Dussumieria acuta) yang banyak digunakan dan ditinkan (Sila lihat foto disebelah). dan juga dari jenis Slender Rainbow Sardine (Dussumieria elopsoides) Ikan Sardin dari genus Escualosa pula adalah terdiri dari jenis Slender White Sardine (Escualosa elongata) dan jenis White Sardine (Escualosa thoracata) yang juga popular untuk ditinkan. Ikan sardin dari jenis ketiga adalah dari genus Sardina terdiri dari European Pilchard (ia adalah 'true sardine') iaitu dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardina pilchardus. Ke 4 adalah ikan sardin dari genus Sardinella terdiri daripada jenis Round Sardinella (gilt sardine, Spanish sardine) dimana ia dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardinella aurita, Sardinella longiceps dan juga Sardinella gibbosa (Indian sardines). Selain itu terdapat genus ikan sardin dari genus Sardinops iaitu jenisSouth American Pilchard (Pacific sardine, California sardine, Chilean sardine, South African sardine) yang dikenali dengan nama saintifikSardinops sagax. Di Malaysia terdapat juga spesis ikan sardin yang ditangkap oleh nelayan tempatan. Ikan sardin dimakan segar atau di tinkan dalam sos untuk simpanan dalam masa yang lama. Sardin adalah makanan yang kaya dengan zat protin dan mineral. Satu tin ikan sardin yang dihidangkan mampu membekal 13% Vitamin B2, 1/4 bahan Niacin, 150% keperluan diet vitamin B12 dan sebagainya. Kandungan mineral seperti Kalsium, Posforan serta mineral lain seperti Selenium (Se) dan zat besi (Fe) amat membantu dalam menjaga kesihatan jantung. Ia juga mengandungi bahan asli dari laut Asid Lemak Omega-3 yang elakkan masaalah Penyakit Alzheimer's. Ia juga rendah kandunagn Raksa (Mercury) sebagaimana jenis ikan lain yang dimakan manusia.


IKAN Sardin adalah jenis ikan yang paling lazim dimakan manusia dimana ia adalah jenis ikan berminyak berukuran relatif kecil. Istilah nama 'Sardin' diambil dari nama dari sebuah pulau di Mediteranian iaitu Pulau Sardinia di mana ikan sardin pernah didapati dalam jumlah besar. FAO dan WHO menetapkan 21 jenis spesies ikan yang dapat disebut sardin untuk memudahkan pemeriksaan dan kuarantin berkaitan dengan produk ikan sardin terutama untuk sarden yang ditinkan. Memang ikan sardin amat kaya vitamin dan mineral. Diseluruh dunia ikan sardin diproses dan dijual dalam tin yang menarik. Dalam memproses ikan sardin dalam tin, ikan segar yang ditangkap nelayan akan di bersihkan dan dibuang bahagian kepala, ekor dan isi perutnya. Ia kemudian dimasak dengan minyak panas atau pun dipanaskan di dalam ting dengan wap panas. Kemudian ikan tersebut dalam tin akan direndam dalam campuran minyak yang mengandungi ramuan khusus seperti sos tomato, garam dan sebagainya. Ikan Sardin dalam tin yang dikatakan berkualitai tidak memiliki kepala dan insang. Ikan sardin yang besar bagaimana pun dipotong-potong mengikut kesesuaian. 


Selain daripada dimakan sebagai lauk dengan nasi, ikan sardin dalam tin juga dijadikan Roti Inti Sardin, Roti Canai Sardin dan juga Inti Karipap Sardin. Banyak resepi lain yang menggunakan ikan sardin untuk hidangan keluarga seperti kari ikan sardin yang sesuai dimakan dengan roti canai atau lempeng kabol. Penulis paling minat makan roti canai sardin kerana ia amat enak dan mengenyangkan. Sekeping roti canai sardin dijual dengan darga RM2.50 - RM5.00 sekeping bergantung kepada saiznya, lokasi jualan dan ketebalannya (Sila lihat foto disebelah). Antara bahan yang digunakan untuk membuat roti canai sardin adalah kulit tepung, ikan sardin, bawang besar dihiris, telur ayam dan cili dipotong-potong. Ramuan ini dicampurkan dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati. Ia akan diletakkan dalan lapisan kulit tepung yang dicanai dan digoreng sehingga masak. Jika ia tebal makan jangkamasa menggoreng agak lama berbanding dengan roti kosong. Nasi lemak yang dimakan dengan lauk ikan sardin juga menjadi pilihan ramai dikalangan rakyat negara ini. Begitulah hebatnya penangan ikan sardin yang merupakan satu pilihan paling polular rakyat negara ini untuk mendapatkan sumber protin yang mudah, murah dan berkualiti. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!..
IKAN SARDIN... DITINKAN BERJENAMA...
DALAM SOS TOMATO... MUDAH DIBUKA...
DIJADIKAN MAKANAN...PELBAGAI CARA...
ARTIKEL DITULIS... ANDA MEMBACANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1329, Hotel Zenith,

Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(22 RabiulAwal 1438H)

Postes from Room 1232,
Hotel Hilton, Kuching, Sarawak at 26.8.17

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...