Support My Blog

Saturday, September 30, 2017

3 VARIETI KELEDEK UNGU BARU

TANAMAN KELEDEK (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Convulvulaceae yang kaya dengan zat Karbohiderat dan Vitamin A. Bagi tujuan mendapatkan hasil tinggi, tanaman ubi keledek memerlukan keadaan panas yang agak panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan dikawasan lapang. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditanam di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi keledek segar yang dihasilkan tidak empuk isinya apabila direbus. Namun ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau tetapi ada air yang cukup. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir yang mengandungi banyak bahan organik dan juga kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan selalu berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana lazimnya ia kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik. Di Malaysia terdapat banyak varieti keledek yang selalu ditanam oleh petani. Penelitian penulis blog mendapati menujukkan kini terdapat 10 jenis varieti keledek yang telah didaftarkan didalam 'National Listing'. Bagaimana pun didapati dilapangan, penulis hanya jumpa dua (2) jenis keledek yang sangat popular ditanam dikalangan petani di Malaysia iaitu Keledek Gendut (MSP 94) dan juga Keledek Cina. Pada beberapa buku rujukkan ada menyatakan ubi keledek boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu UBI JENIS BERAIR dan sejenis lagi ialah UBI JENIS KERING. Jenis Ubi Berair adalah dimana ubi ini akan menjadi lembut apabila di rebus atau digoreng dan lazimnya jenis ini mempunyai kulit yang berwarna merah dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Contoh jenis ubi berair adalah seperti Keledek Cina. Jenis Ubi Kering adalah jenis keledek yang tidak mudah lembut apabila direbus atau digoreng. Jenis ini lazimnya mempunyai kulit yang berwarna putih walau pun hasilnya agak kurang seperti varieti Keledek Gendut. Terdapat 10 jenis keledek yang boloeh kita tahu di Malaysia iaitu Keledek 57 Tainung, Keledek Banting, Keledek Biru Jepun, Keledek Biru Johor, Keledek CH Purple, Keledek CH Red, Keledek Guan, Keledek Hao Pao/ Kuala Bikam, Keledek Indonesia dan Keledek Jalomas. Anda boleh baca mengenai artikel varieti keledek yang saya tulis (Sila klik disini) dan kosting tanaman keledek (Sila klik disini) bagi keterangan lebih jelas. Ramai diantara kita yang saya percaya dan tidak berapa kenal akan varieti-varieti ini. Oleh itu mari kita lihat foto varieti keledek ini agar dapat kenal akan rupanya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keratan akhbar bertajuk 'MARDI perkenal 3 varieti keledek ungu' untuk bahan rujukkan dan bacaan.


Foto paling atas menunjukkan Timbalan Menteri Pertanian 1 iaitu YB Dato Seri TAJUDDIN melihat keledek ungu selepas merasmikan varieti baharu ubi tersebut di Pusat Kecemerlangan MARDI, Bachok, Kelantan. Turut hadir adalah Ketua Pengarah MARDI dan Awang Adek Hussin yang juga Pengerusi MARA pada 25 September 2017. Pihak MARDI hari kini berjaya untuk memperkenalkan tiga varieti baharu ubi keledek ungu dalam usaha untuk menyokong dan merancakkan kembali pengeluaran hasil tanaman itu di Kelatan khususnya dan diseluruh negara amnya. Tiga varieti baharu itu dikenali sebagai Keledek Anggun 1, Anggun 2 dan Anggun 3 dihasilkan menerusi penyelidikan ke atas varieti Keledek Ungu 2, Keledek Ungu 5 dan Keledek Ungu 6 yang dijalankan semenjak beberapa tahun lepas. Pada masa ini dilaporkan harga pasaran bagi varieti ubi keledek ini adalah sekitar RM2.50 sekilogram iaitu untuk digunakan sebagai makanan berkhasiat yang kaya dengan nutrien. Kajian di pusat ini yang mana ianya dilakukan diatas tanah Bris dimana setiap satu hektar tanah mampu mengeluarkan diantara 20 - 30 metrik tan ubi keledek. Jangkamasa tanaman keledek varieti ini dalam tempoh diantaraa empat bulan sahaja. Tanaman keledek merupakan sejenis tanaman menjalar yang memerlukan sistem batas untuk mendapatkan umbisinya yang besar dengan pembajaan dan amalan agronomi yang baik. Tanam yang gembur dengan saliran baik serta mempunyai bahan organan yang banyak akan memberikan hasil yang baik.


Dalam beberapa laporan yang dikeluarkan MARDI mendakwa dimana petani mampu memperolehi nilai jualan kasar sehingga RM60,000 bagi satu musim penanaman dengan modal yang dikeluarkan adalah sebanyak RM20,000 sahaja bermakna ada keuntungan bersih sebanyak RM40,00 sehektar. Kalau dibahagikan dengan 3 - 4 bulan jangkamasa penanaman bermanka petani mampu mendapat purata RM12,500 sebulan. Tanaman keledek antara jenis tanaman kontan dimana ia memerlukan input pertanian yang rendah seperti baja dan racun.Bagaimana pun bagi kawasan tanah bris ia memerlukan lebih baja organan bagi menentukan tahap kesuburan tanah. Diantara keistimewaan varieti baharu ubi keledek itu adalah varieti ini lebih mudah hidup walaupun dalam keadaan tanah yang kurang su­bur, toleran kepada cuaca kemarau dan tahan serangan penyakit serta serangga perosak berban­ding tanaman sayur-sayuran yang lain. Menilai mengenai kelebihan kedek jenis ungu ini didakwa ia mengandungi nilai nutrisi yang tinggi selain bahan antioksida dipanggil Antosianin dimana bahan ini didakwa amat berkesan dalam mencegah dan mengurangkan risiko pe­nyakit berbahaya seperti serangan kanser dan gangguan kardiovaskular. Varieti baharu ubi keledek ungu itu sangat sesuai diperke­nalkan untuk program makanan sekolah, makanan bayi, ahli sukan dan makanan kepada go­­long­an tertentu, sekaligus memberi peluang besar kepada industri untuk meningkatkan hasil pendapatan petani dan pengusaha menerusi pelbagai produk hiliran. Keledek ini sesuai dimakan dengan pelbagai menu masakan. Mereka yang ingin mendapatkan benih keledek Anggun 1, Anggun 2 dan Anggun 3 boleh membuat inkuiri dari MARDI Kelandan di Bachok dengan melayari lamanweb MARDI. Semuga tulisan teknikal dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada semua. Wasallam!!!...
KELEDEK UNGU... BANYAK GUNA...
TIGA VARIETI... DIISTIHAR SEMUA...
ANGGUN 1, 2 DAN 3... VARIETINYA...
JUMPA MARDI... CARI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan A, Pusat MAEPS, 
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(7 Muharam 1439H)

Friday, September 29, 2017

JANTUNG PISANG - BERKHASIAT

JANTUNG PISANG atau 'Banana Flowers' adalah bunga yang dihasilkan oleh Pokok Pisang (Musa spp.) iaitu sejenis tumbuhan dari kelurga Musaceae yang mana pokok pisang ini berfungsi untuk menghasilkan buah pisang. Kini jantung pisang sesuai dimakan sebagai ulam atau sayuran bagi spesis pisang tertentu. Terdapat banyak jenis atau 24 varieti pisang yang didaftarkan di negara kita daripada Pisang Awak (MP1) sehingga Pisang Cavendish (MP14) seperti mana ada dalam penulisan saya dalam artikel sebelim ini (Sila Klik Disini).  Terdapat banyak lagi pisang liar, pisang hutan dan pisang untuk dijadikan bahan pokok hiasan (Ornamental tree). Antara beberapa negara di kawasan Asia Tenggara, Filipina merupakan paling banyak menanam pisang untuk pasaran domestik dan ekspot diikuti dengan Indonesia, Thailand dan Malaysia. Diantara varieti pisang yang popular di tanam di negara kita untuk pasaran ekspot seperti Pisang Berangan ( Matang -12 bulan), Pisang Mas (Matang - 8 bulan) , Pisang Rastali (Matang - 12 bulan) dan Pisang Cavendish (Matang - 13 bulan). Beberapa varieti khusus untuk psaran tempatan adalah seperti Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Tanduk dan Pisang Raja. Saya fikir ramai diantara kenal akan marfologi pokok pisang dan ramai juga yang kenal akan beberapa varieti pisdang yang popular di Malaysia. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini saya dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel, premis dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Artikel ini saya berbincang dalam "Anim Agro Technology" tentang teknologi mengenai jantung pisang berdasarkan pemerhatian, kajian ringkas, pembacaan buku teknikal dan pengalaman peribadi.

Jantung Pisang dihasilkan semasa proses pokok pisang berbunga dimana ia akan menghasilkan tandan pisang sehingga lengkap (Sila Lihat Foto sebelah). Sepokok pisang lazimnya hanya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja walau pun ada kalanya yang menghasilkan lebih dari satu sebab berlaku mutasi. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses pendebungaan. Beberapa haiwan pendebunga atau menyedut nektar seperti Kelawar Kecil, Kupu-kupu, Rama-rama, Burung kecil (Kelicap), Semut, Lebah Madu dan sebagainya. Bunga Jantung Pisang Kapok merupakan antara bunga pisang yang paling manis dan paling banyak dikunjungi serangga. Menurut Dr Catur Hermanto, iaitu pakar pisang dari Pusat Penyelidikan Buah-buahan Tropika di Bandung (PPBT), Indonesia yang saya berbincang di Melaka, katanya proses penyebaran penyakit 'blood disease' pisang jenis paling signifikan ini akibat jantung pisang yang sering dipetik dan dikunjungi serangga.

Struktur jantung pisang mempunyai banyak lapisan kulit daripada yang paling gelap coklat-ungu kemerahan dibahagian luar kepada warna putih krim susu iaitu dibahagian dalam (Sila lihat foto sebelah). Terdapat susunan bunga berbentuk jejari diantara kulit tersebut dan ditengahnya empulur yang lembut. Jantung pisang lazimnya akan mengeluarkan sejenis cecair berwarna jernih jika dilukakan dan akan bertukar menjadi pudar apabila terdedah kepada udara. Cairan ini akan menyebabkan baju yang terkena akan menjadi buruk dan sukar dicuci bersih. Orang tua memang amat marah kalau lihat baju anak-anaknya terkena cairan dari pokok pisang. Keratan rentas akan menunjukkan jantung pisang tersebut mempunyai 3-6 lapisan bergantung kepada saiz dan spesis. Ketebalan setiap lapisan ini sekitar 4 - 8 mm bergantung kepada spesis pisang dan kesuburan pokok. Lapisan yang paling dalam lazimnya paling enak direbus untuk dimakan kerana ianya lembut dan kurang kelat rasanya pada spesis tertentu. 

Jantung Pisang popular amat dijadikan makanan di kawasan Asia Tenggara sebagai menu istimewa dengan pelbagai jenis resepi makanan. Antara resepi jantung pisang adalah seperti Jantung Pisang Rebus, Jantung Pisang Kukus, Kerabu Jantung Pisang, Salad Jantung Pisang, Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api, Jantung Pisang Masak Sambal dan sebagainya. Tidak banyak kajian saintifik mengenai kandungan zat jantung pisang tetapi ianya didapati banyak mengandungi Vitamin C, Protin (1.2%), Lemak (0.3%) dan Karbohiderat (7%). Kandungan serat dan unsur Posforan, Fe dan Magnesium juga banyak dalam jantung pisang. Sebenarnya makan ulam jantung pisang amat menyihatkan kerana saya dapati kebanyakan jantung pisang dikawasan kampong atau disekeliling rumah tidak pernah diracun atau dibaja menjadikan ianya sebagai 'Jantung Pisang Organik'. Penduduk luarbandar atau dikampong amat mudah untuk mendapatkan jantung pisang yang ada ditanam disekeliling kampong. Bagaimana pun bagi penduduk bandar mereka perlu membeli jantung pisang yang ada dijual dipasar tani, pasaraya, pasar basah dan juga kedai runcit. Jantung pisang ini dijual diantara RM1.00 - RM3.00 sebiji bergantung kepada premis jualan, saiz jantung dan juga jenis jantung pisang tersebut.

Antara menu jantung pisang yang paling poular dan penulis blog suka adalah KERABU JANTUNG PISANG yang mudah disediakan dan enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Kerabu jantung pisang ini dimakan bersama nasi putih yang panas dan saya lebih minat kerabu yang lebih pedas. Berikut adalah resepi kerabu jantung pisang yang boleh anda buat sendiri dari resepi yang mudah. Bahan-bahan yang diperlukan untuk makan seramai 4-5 orang adalah 1 biji jantung pisang, 1 ekor ikan (dikukus), 6 ulas bawang merah (ditumbuk), 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk), 5 biji cili merah (dihiris), 1 senduk santan, 1/2 biji limau nipis dan garam serta gula. Cara-cara membuat kerabu jantung pusang dengan membuang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian dibelah dua dan hiris nipis-nipis jantung pisang. Rebus sehingga empuk atau kukus dengan stim. Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun. Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah sehingga sebati. Kemudian digaulkan bersama-sama cili yang telah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya. Panaskan santan dalam periuk dengan gunakan api yang perlahan. Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalam santan dan kacau sehingga sebati. Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis kedalam santan tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan boleh ditambah serbuk perasa. Menu ini sudah siap untuk dihidangkan bersama dengan nasi putih panas. Makanan yang sedap dimakan ketika lapar dan merupakan sajian yang berkhasiat daripada jantung pisang. 

Jantung Pisang dipanggil sebagai Banana no tsubomi (Jepun), Dok Kluai (Thailand), Shang Chao phua (China), Jantung Pisang (Indonesia), Kehel mal (Sri Lanka), Kere kafool (India) dan Banana flower; Banana Blossom ; Banana Heart (English). Jantung pisang tahan sehingga 3-4 hari dalam keadaan segar dan jika disimpan dalam peti sejuk mampu bertahan sehingga 10 hari. Kini di Thailand dan di Indonesia jantung pisang telah pun di tinkan dan diedarkan kepada pengguna diseluruh dunia (Sila lihat foto disebelah). Di negara kita mungkin belum ada usahawan yang mengetinkan jantung pisang seperti ini untuk dikomersilkn. Industri jantung pisang dalam tin penulis blog terfikir boleh dilaksannakan di negara kita oleh usahawan sebagai satu jenis perniagaan baru yang boleh di cuba. Beberapa pemilik ladang pisang boleh terokai bidang ini kerana teknologi memproses adalah mudah sahaja. Tetapi untuk pasaran domestik mungkin belum besar kerana lazimnya penduduk tempatan akan memilih jantung pisang segar yang murah dan mudah diperolehi. Semuga tulisan dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!...
BENTUK MENARIK...JANTUNG PISANG...
DIBUAT KERABU...DIMAKAN BERULANG...
HARGA MURAH...KHASIAT TAK KURANG...
IANYA ISTIMEWA...GENERASI MENDATANG..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3Muharam 1439H).

Thursday, September 28, 2017

NANAS RED SPANISH


NANAS RED SPANISH (Ananas bracteatus) merupakan sejenis nanas yang berasal atau natif daripada Amerika Selatan iaitu dari Brazil, Bolivia, Paraguay, Equador atau Argentina. Spesis nanas merah ini unik kerana ia mempunyai buah yang berwarna merah dimana lazimnya nanas 'Red Pineapple' dimana ia selalu dijadikan nanas hiasan atau Ornamental pineapple. Nanas ini mempunyai warna buah yang berwarna kemerahan dengan warna daun berbagai warna sesuai untuk dilihat sebagai nanas yang cantik. Tumbuhan daripada keluarga Bromaliceae ini juga didapati mempunyai beberapa nana synonim lain seperti Ananassa bracteata Lindl., Bromelia silvestris Vell., Ananas sagenaria (Arruda) Schult. Schult.f., Ananassa sagenaria D.Dietr.,
Ananas silvestris (Vell.) F.J.Müll., Pseudananas sagenarius (Arruda) Camargo dan juga nama Ananas fritzmuelleri Camargo. Daunnya memunyai duri yang keras dan tajam dimana ada yang menggunakan pokok nanas ini sebagai 'Tanaman Pagar'' yang menyebabkan pencuri luka bila kena durinya. Dikawasan yang beriklim sejuk sedikit nanas jenis ini sesuai ditanam sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) dan dijadikan tanaman hiasan dalam rumah. Ia mampu tumbuh pada ketinggian diantara 450 - 1,050 kaki dari paras laut. Nanas ini mampu tumbuh dimana daunnya berukuran sekitar 100 cm panjang berwarna hijau gelap dan akan menjadi kemerahan atau jingga (pink) apabila terdedah dibawah sinaran cahaya matahari. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan sejenis nanas merah yang kurang ditanam di negara kita untuk tujuan nns hiasan.

Nanas Merah ini lazim ditanam atau pun dijadikan tanaman komersil di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Sifat-sifat asal merupakan ciri diantara nanas jenis 'Cayenne' dan nanas jenis 'Queen'. Ia juga mempunyai ciri daunnya yang panjang dan berduri tajam dan keras serta ada yang berjalur kuning hijau (Sila anda lihat foto disebelah). Daun nanas jenis ini mengandungi serat yang sangat kuat dengan regangan tinggi. Apa yang menarik adalah kepelbagaian warna pada daun, buah dan juga jambulnya yang banyak varian. Jika ia berbuah lazimnya akan menghasilkan buah yang sederhana saiznya dengan berat buahnya 0.9 -1.8 kg sebiji. Lazimnya ia mempunyai mata buah yang jelas berwarna merah dan jika diperiksa isinya selalunya berwarna kuning pucat. Dalam keadaan biasa ia digunakan sebagai nanas hiasan tetapi dilaporkan di Filipina dimana nanas merah ini dilaporkan ditanam untuk tujuan tradisional diambil serat daunnya atau bebang nanas bagi digunakan untuk membuat kain benang nenas bagi dijadikan pakaian seperti Baju Barong yang berkualiti. Kain yang diperbuat daripada benang nanas dari spesis nanas ini mempunyai nilai yanag baik dipasaran. Buahnya ada juga yang dipetik untuk buah meja dan dimakan.

Nanas jenis ini juga mudah tumbuh diatas tanah atau pun didalam pasu besar (Sila lihat foto disebelah). Jika nanas ini ditanam dalam pasu maka ia mudah dijaga dan dialihkan mengikut kehendak pemiliknya. Nanas ini juga sangat mudah ditanam dan dapat tumbuh di kawasan tanah amah rendah mahu pun dikawasan tanah agak tinggi. Bagaimana pun lazimnya pertumbuhan yang optima berlaku pada ketinggian antara 100 - 700 m di atas permukaan laut dengan curahan hujan yang banyak. Bila ditanam di kawasan tanah yang kurang air atau kering sebaiknya tanahnya mesti memiliki sistem pengairan yang baik dengan kadar kedalaman air tanahnya tidak lebih dari 150 cm. Suhu di persekitaran sebaiknya berada sekitar 30° C untuk pertumbuhan terbaik. Tanah sebaiknya dari jenis ringan sehingga jenis tanah sedang dengan tekstur setengah berat atau liat, porous dan mempunyai kandungan humus yang banyak. Tahap pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini sekitar pH4.5 - pH5.5. Kesuburan tanah tidak menjadi halangan kepada nanas jenis ini asalkan sering diberikan baja mencukupi dengan penjagaan yang baik.

Pembiakan nanas seperti jenis nanas yang lain selalunya melalui sulur tanah yang dikeluarkan secara semulajadi (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun benih tanaman ini juga boleh menggunakan sulur udara (slips) atau aripada Jambul Nanas. Kaedah lain pembiakan melalui menggunakan batang dan mahkota bunga yang boleh dipotong dan dibelah untuk dijadikan benih (Quartering). Antara Sulur Anak (raton), Tunas Batang (sucker) dan Jambul (crown) terdapat perbezaan sifat fisiologinya dalam umur untuk nanas merah ini berbunga dan penghasilannya. Daripada kajian didakwa dimana semakin bahan tanaman yang digunakan ini daripada bahagian atas tanaman maka lazimnya mempunyai jangkahayat lebih lama dan penghasilan buahnya rendah. Bagaimana pun didapati jangkahayat tanaman berbunga tidak menjadi persoalan sebab pembungaan tanaman nanas dapat diatur dengan memberikan bahan Hormon. Antara jenis hormon yang sesuai digunakan adalah Karbid dan ethrel 40 PGR. Jika ada bahagian sulur atau jambul yang baru diambil atau dipotong (dipisahkan) dari pokok induk sebaiknya sesuai ditanam terus dan tidak perlu disemai dahulu. Bagaimana pun penulis blog syorkan agar benih tersebut dibiarkan dulu selama beberapa hari sebelum ditanam. Cara ini bertujuan untuk membolehkan lukanya tertutup kalus lebih dulu kerana cara ini menjadikan benih cepat berakar. Kaedah Penanaman adalah dengan sistem dua-dua baris. Setiap baris tanaman adalah pada jarak 60 cm x 60 cm dan jarak antarabaris 150 cm. Bagaimana pun nanas juga sesuai ditanam pada jarak antara 30-40 cm. Semakin rapat jarak tanamnya maka buah nanas yang dihasilkan semakin kecil. Untuk keperluan dalam industri nanas kaleng sebaiknya diperlukan buah berukuran kecil (jarak tanam 30 cm x 40 cm). Pemberian baja organik membantu kesuburan tanaman nanas dan pemberian baja kimia iaitu 300 kg urea, 600 kg TSP dan 300 kg KCl per hektar per tahun adalah disyorkan.

Penjagaan tanaman nanas merah ini menyerupai dengan nanas varieti lain.
Baja kimia ini diberikan dua kali iaitu pada umur empat minggu dan lapan minggu setelah ditanam. Pemberian baja Urea yang berlebihan dapat menbantu terjadinya Jambul Berganda (multiple crown) dalam satu buah sehingga menyebabkan buah nanas akan menjadi kecil dan terbentuk buah ganda (satu tangkai ada banyak buah yang berdekatan). Pembersihan rumput terutama jenis Lalang (Imperata cylindrica L.) adalah sangat penting dihapuskan. Jika kebun nanas ini banyak rumpai maka ia akan menurunkan hasil buah antara 20-42%. Sistem Saliran yang baik sangat disyorkan untuk mencegah serangan penyakit busuk akar dan reput perdu hati. Dalam mengatur jadual penuaian atau mmetik hasil sebaiknya proses aruhan pembungaan tanaman nanas dapat diatur. Bila tanaman disembur dengan ethrel 40 PGR pada kadar dos 70-200 ppm (1 ppm = 1 mg /liter air) iaitu pada titik tumbuhnya lazimnya sebulan kemudian tanaman nanas ini akan berbunga. Sebagai gantinya bahan hormon lain yang sesuai digunakan adalah karbid dengan kadar 200-300 mg yang dimasukkan ke bahagian tengah pokok nanas. 


Dalam amalan agronomi tanaman nanas ini lazimnya kawalan serangga dan penyakit dilakukan. Diantara jenis perosak tanaman nanas adalah seperti Kutu merah, Kutu Sisik atau Scale Insect (Diaspis bromeliae Kerner), Kutu Tepung atau Kutu Putih (Dysmicoccus breuipes),yang perlu dikawal (Sila lihat foto disebelah). Perosak lain adalah seperti Lipan Seribu (Scutigerella immaculata Newp) dan jenis cacing Nematoda Pratylenchus yang menyebabkan terjadinya bintil-bintil pada akar nanas. Tanaman yang terserang kutu daun akan jadi kerekot dan pucat. Sementara penyakit nanas yang masih merbahaya adalah cendawan Phytophthora cinnamomi Rand yang menyebabkan busuk hati (pada titik tumbuh) dan busuk buah bakteria (Erwinia chrysanthemi). Penanaman nanas yang saliranya tidak baik atau tergenang air juga akan menyebabkan penyakit busuk akar oleh sejenis cendawan iaiitu Phytophthora parasitica mengancam tanaman. Selain itu ada juga penyakit virus yang menyebabkan daun nanas menjadi kecil dan ada bergaris kuning yang disebut Emilia sonchifolia. Virus ini disebarkan oleh Kutu Thrips tabaci Lind. Penanaman nanas komersial yang berskala besar sebaiknya kawalan perosak dan penyakit perlu dicegah sebelum menyerang tanaman.  Semuga rtikel ini memberi info berguna kepad semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...


NANAS MERAH...HIASAN GUNANYA...
BERASAL AMERIKA SELATAN...DIANYA...
MUDAH DIBIAKAN....SULUR BENIHNYA...
BOLEH DIUSAHAKAN... DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Muzeum Nanas, 
Pontian, Johor,
Malaysia.
(3 Muharram 1439H)

Wednesday, September 27, 2017

BUAH LETUP-LETUP - APA HEBATNYA

BUAH LETUP-LETUP (Passiflora foetida) adalah sejenis tumbuhan nadir dari keluarga PASSIFLORACEAE yang tumbuh di negara kita Malaysia secara liar dikawasan kebun dan belukar. Tumbuhan ini diberi nama ‘Letup-letup’ mungkin kerana buahnya yang berbunyai ‘pop’ apabila di himpit dengan kedua belah tapak tangan (atau di tepuk) atau juga mungkin apabila buah cukup matang buahnya meletup untuk mengeluarkan bijinya. Nama lain bagi tumbuhan ini dalam bahasa Inggeris ialah Wild Water Lemon, Stinking Passion Flower, Wild passion fruit, Love-in-a-mist (English), Buah Tikus (Malaysia), Timun Padang (Indonesia) dan Kha Tok Rok (Thailand). Penulis blog kenal buah letup-letup kerana banyak didapati dalam kebun getah yang baru ‘replanting’ dimana ianya tumbuh liar dan memang suka makan buahnya yang telah masak zaman kanak-kanak dahulu (iaitu sekitar hujung 1960’an dan awal 1970’an). Masa itu generasi orang macam saya iaitu 'baby boomers' adalah yang lasak jika hendak dibandingkan dengan generasi 2Y sekarang ini. Penulis merujuk kepada laporan statistik tanaman mengenai buah letup-letup ini dan tidak ada meklumat mengenai tumbuhan ini ditanam secara komersil atau monokrop dan tidak ada laporan rasmi mengenai keluasan yang ada di Malaysia. Penelitian lanjut mengenai tumbuhan yang hidup secara liar ini lebih dianggap sebagai tumbuhan rumpai atau pun 'noxious plant' atau pun kategori 'unwanted plants' dalam kawasan kebun. Ia mempunyai ciri-ciri rumpai yang perlu dimusnahkan dikawasan kebun. Foto diatas merupakan buah letup-letup warna kekuningan yang hampir masak sepenohnya. Bergantung kepada jenisnya msks hsdil terong bHingga kini belum ada orang yang menjual buah letup-letup dimana-mana outlet pemasaran diseluruh negara. Artikel tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan ‘Letup-letup’ untuk bacaan semua yang berminat berdasarkan pemerhatian, bacaan dari buku dan temubual peribadi kepada penduduk kampong.


Letup-letup adalah tumbuhan menjalar yang unik dan dianggap sebagai RUMPAI di negara kita. Tumbuhan ini adalah natif di Asia Tenggara, Amerika Tengah, Afrika Tengah dan Kawasan Asia Pasifik yang beriklim tropika. Batangnya berbulu serta berbentuk selinder dengan panjang antara 1.5 – 6.0 meter. Batangnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada coklat gelap serta keras apabila dewasa. Terdapat 'sulur paut' bergulong (tendrils) yang keluar dari batabg dan akan mengikat tumbuhan ini dengan pokok lain atau pagar atau dahan. Sulur paut ini sangat kuat untuk mempastikan tumbuhan ini sentiasa berada dibahagian atas untuk mendapatkan cahaya matahari. Daun letup-letup berbentuk hati dengan 3 lekuk serta berwarna hijau muda, tebal dan agak licin dipermukaan atas dan kasar di permukaan bawah daun. Saiz daun adalah 3-5 cm panjang dan 2-3 cm lebar bergantung kepada sepsis dan kesuburan pokok. Susunan daun bersilang (alternate) dan mempunyai tangkai daun panjang serta berbau busuk apabila dilumatkan. Orang Jawa Muar kata baunya adalah ‘LANGU’.


Bunga letup-letup adalah biseksual dengan bentuk ‘Lilac’ dengan kelopak berwarna putih dan dibahagian tengahnya berwarna ungu atau jingga. Terdapat banyak jejari stamen berwarna putih-kuning ditengah-tengah bunga dan tangkai bunga adalah panjang disokong oleh sulur paut. Bunga dikeluarkan sepanjang tahun terutama pada musim panas dan agak berkurangan pada musim hujan. Bunga akan terbuka dari awal pagi (terbit matahari) sehingga tengahari dimana ianya tertutup semula. Uniknya kudup bunga seolah-olah ditutupi dengan selaput berbulu atau berjaring sebelum terbuka. Buah letup-letup berbentuk bulat dimana ianya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar warna kuning (ada sesetangah spesis oren atau kemerahan) apabila masak dengan saiz 2-3 cm garispusat. Lazimnya terdapat 1-3 biji buah pada satu tangkai buah. Kulitnya nipis dan kedap udara dimana didalamnya mengandungi biji letup-letup berwarna hitam diselaputi lender yang manis rasanya. Isinya bersama biji akan dimasukkan mulut dan ditelan sama ada di kunyah atau tidak dikunyah selepas dipetik.


Kegunaan tumbuhan letup-letup di Malaysia belum lagi dimanafaatkan secara saintifik. Kajian oleh saintis dibeberapa negara seperti di Indonesia, Filipina dan Hawai mendapati tumbuhan ini yang mengandungi alkaloids seperti  ERMANIN yang mana bahan ini berfungsi dalam menghalang pembiakan larva kupu-kupu perosak tanaman. Selain daripada buah masak yang boleh di makan (edible) kegunaan lain ialah untuk dijadikan rumpai penutup bumi dan pokok hiasan pagar. Tumbuhan ini lebih dianggap rumpai daripada untuk kegunaan penanaman makanan bagi penghasilan buah. Di beberapa Negara seperti di Papua New Guinea, Jawa dan Surinam bahagian pucuk daun muda digunakan sebagai sayuran. Terdapat beberapa jenis serangga yang suka akan pokok ini seperti rama-rama dan semut yang makan buah yang masak.


Pembiakan tumbuhan ini melalui biji benih yang disebarkan melalui haiwan, tercampak sendiri dan oleh manusia. Biji yang berwarna hitam dan matang akan kering dan apabila buah meletup akan tercampak keluar dan akan tumbuh apabila keadaan sekeliling sesuai. Terdapat 12 genera dan hampir ada 200 spesis tumbuhan ini didunia dari keluarga Passifloraceae yang mana kebanyakanya tidak sesuai untuk dimakan atau ditanam. Jenis Passiflora rigularis merupakan spesis yang dilaporkan sesuai ditanam di Malaysia untuk tujuan pokok hiasan yang menarik. Kajian lebuh lanjut mengenai khasiat dan kegunaan tumbuhan letup-letup perlu dijalankan pada masa akan datang untuk tujuan kebaikan seperti kajian untuk pembiakbakaan, penyimpanan janaplasma, makanan kesihatan, ornamental bernilai tinggi dan kosmetik. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. InsyaAllah!..
BUAHNYA BERSARUNG…IA LETUP-LETUP….
TUMBUH LIAR….BUKAN TEMPAT REDUP…
BIJINYA HITAM…ISINYA MANIS DISEDUT….
KHASIAT BAIK….UNTUK TERUS HIDUP….


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 749 , Hotel Marriott,
Putrajaya, WP,
Malaysia
(1.00 noon 7 Zulkaedah 1432H)

Tuesday, September 26, 2017

SABIT - PELBAGAI GUNA

SABIT atau PENYABIT  merupakan sejenis alat seperti pisau yang bengkok diperbuat daripada besi yang digunakan bagi memotong rumput atau dahan kayu. Mata pisau sabit yang membengkok mempunyai pemegang yang biasanya dibuat daripada batang kayu atau pun logam yang kuat. Apa yang disambung sebagai pemegang sabit dari batang kayu pemegang ini bergantung kepada cara menggunakan sabit sama untuk memotong rumput dengan mencangkung atau memotong rumput dengan berdiri. Penelitian penulis blog dahulu pada awal 1960-1970'an penggunaan alat sabit ini dapat dilihat oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang potong rumput ditepi jalan dan tukang kebun di sekolah yang potong rumput dipadang bola sekolah. Mereka lazimnya menggunakan sabit rumput yang mempunyai pemegang yang panjang. Mereka akan menghayun sabit 360 darjah (full swing) seperti bermain golf memotong rumput. Bagaimana pun kini generasi 2Y tidak tahu akan penggunan alat sabit sebaliknya aktiviti memotong rumput sudah digantikan dengan Mesin atau Trektor potong rumput yang moden dan cepat. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis satu alatan tradisional lama iaitu SABIT untuk kawal rumpai dikebun atau pun membuang rumpai disekeliling kawasan rumah untuk pengetahuan pembaca semua.


Dalam industri penanaman padi peranan sabit dahulu memang sangat kritikal untuk kerja-kerja memotong batang padi semasa menuai. Tanaman Padi (Oryza sativa) ditanam semenjak dahulu dimana ia penting untuk tujuan mempastikan bekalan beras negara mencukupi. Walau pun kadar SSL beras masih kekal sekitar 70% tetapi kerajaan meneruskan tanaman strategik ini untuk kedaulatan makanan negara dengan memberikan banyak subsidi dan insentif. Keluasan kawasan tanaman padi seluas 600,000 hektar setahun kini banyak menggunakan jentuai (Combine harvester) untuk menuai padi menggantikan sabit. Sabit Padi diperbuat dari mata misau bengkok dengan ada mata seperti mata gergaji dan tangkai daripada kayu. Batang padi masak digengam dan ia kemudian dipotong dibawahnya serta dikumpulkan dalam satu susunan (Sila lihat foto disebelah). Kemudian rumpun batang padi yang diikat dan dibawa kepada alat khas untuk dibanting diatas 'Pembanting Padi' yang akan meleraikan biji padi dengan tangkai padi. Kerja memotong padi menggunakan sabit ini kini telah pun jarang digunakan kerana bagi kawasan utama jelapang padi. Sabit Padi masih digunakan untuk kawasan sawah yang bersaiz kecil, kawasan pendalaman dan juga menuai padi bukit atau padi huma yang ditanam dipendalaman Perak, Pahang dan di Sarawak serta di Sabah.


Penternak Lembu dan Kambing adalah kumpulan yang menggunakan sabit rumput untuk memotong rumput bagi tujuan mendapatkan makanan ternakan dalam kandang. Rumput dari jenis Rumput Napier, Rumput Kerbau, Rumput Selaput Tunggul dan berbagai jenis rumput lagi perlu untuk dipotong dengan sabit, diikat dan dibawa ke lokasi ternakan ruminan iaitu kandang ternakan. Rumput segar ini didapati dapat membekalkan nutrien kepada ruminan disamping makanan tambahan lain seperti pelet makanan haiwan. Sabit yang digunakan untuk memotong rumput bagi ternakan ruminan terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz. Ada yang panjang dan ada yang bersaiz pendek dengan tangkai yang panjang. Penanaman rumput napier secara komersil kini mendpat galakkan daripada kerajaan untuk meningkatkan lagi pengeluaran dagig dan tenusu. Bagaimana pun kini cara menuai rumput napier telah menggunakan jentera khas yang disambung pada trekto dan terus dibawa kekandang lembu. Terdapat juga rumput napier yang telah dipotong diproses untuk menjadi hay (rumput kering) dan juga dijadikan Silaj.


Teknologi memetik buah kelapa sawit di Malaysia dan membuang pelepah daun (pruning) sehingga kini masih lagi mereka menggunakan sabit. Walau pun ada beberapa inovasi untuk memotong tandan buah kelapa sawit bagi pokok yang tinggi melebihi pemotong buah tetapi penggunaan galah yang ada sabit dihujungnya masih menjadi kaedah paling cekap, murah dan efektif. Pokok kelapa sawit yang masih muda dimana buahnya masih rendah dituian dengan menggunakan 'penyodok tajam' untuk memotong pelepah dan tandan buah. Bagaimana pun pokok kelapa sawit dewas mesti menggunkan galah bersabit (Sila lihat foto disebelah). Sabit Kelapa Sawit agak lebar matanya dan tebal serta sangat tajam. Sabit ini diikat kukuh pada galah yang panjang (sehingga lebih 50 kaki) sama ada menggunakan buluh atau paling sesuai galah diperbuat dari logam Aluminium Ringan. Aluminium ini boleh di sesuaikan pemasangannya yang terdiri dari sistem yang boleh dibuka-pasang agar mudah dibawa keladang sawit. Kemahiran pekerja pemotong buah menggunakan sabit sangat penting untuk mempastikan tandan buah dipootong dengan cepat dan selamat tanpa minimpa pemotong buah. Sabit Kelapa Sawit sangat 'signifikan' didalam industri tanaman kelapa sawit sehingga kini dan masih sama teknologinya.


Sabit juga digunakan didalam aktiviti memetik buah-buahan tempatan dan juga buah kelapa (terutamanya kelapa muda). Kelapa Pandan (CN6) merupakan jenis kelapa yang amat sesuai untuk dituai meggunakan sabit dan diturunkan dengan tali agar biji kelapa tidak pecah. Air Kelapa Pandan yang mempunyai bau pandan amat enak diminum dimana kajian penulis mendapati sebiji kalapa pandan dikebun dijual dengan harga RM1.80 sebiji. Buah seperti rambutan, jering, petai, pulasan, mempelam, pulasan dan sebagainya kadang-kadang di petik menggunakan sabit. Ada alat pemotong buah yang selalu digunakan untuk memetik buah rambutan iaitu 'jenis gunting pemangkas' yang ada tali bergalah panjang. Penggunaan sabit di Malaysia memang masih perlu dalam bidang pertanian. Sabit dibuat oleh tukang-tukang besi tempatan yang kebanyakannya untuk pasaran tempatan sahaja. Harga sebilah sabit bergantung kepada saiz, jenis dan kesukaran membuatnya. Besi dari rantai mesin gergaji atau 'Spring Lori' merupakan jenis besi yang paling baik untuk dibuat sabit kerana ketahanannya, ketajamannya dan kelenturannya. Semuga artikel ini memberikan sedikit ilmu kepada pembaca dalam nim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA SABIT...SANGAT BERGUNA...
INDUSTRI SAWIT...PENTING ALATNYA...
BUATAN TEMPATAN...BUATAN CHINA...
HARGANYA MURAH...PAKAINYA LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1920, Executive Floor,
Hotel Renaisance,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(4 Muharam 1439H)

Monday, September 25, 2017

BUNGA BELIMBING - KESERASIAN

BELIMBING (Averrhoa carambola Linn) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang menpunyai banyak varieti. Tanaman belimbing di Malaysia adalah satu industri yang terkenal dikalangan negara Eropah dan China serta Hong Kong yang mengimpot belimbing segar semenjak lama dahulu. Pengeluaran buah belimbing ditingkatkan lagi pada masa akan datang dibawah program penanaman belimbing secara komersil dibawah program pengkomersilan di TKPM dan juga pihak swasta. Antara beberapa puloh varieti belimbing yang telah didaftarkan di Malaysia, terdapat beberapa jenis yang perlu ditanam secara bercampur bagi meningkatkan pengeluaran hasilnya. Tanaman belimbing di Malaysia merupakan satu aktiviti perkebunan yang menghasilkan buah belimbing segar untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Pada tahun 2016 kawasan tanaman fizikal belimbing di Malaysia adalah seluas 872.2 hektar tetapi hanya seluas 542.3 hektar atau sekitar 63% sahaja yang dapat dituai. Rekod dari Jabatan Pertanian menunjukkan sebanyak 8,474.3 metrik tan buah belimbing dihasilkan dengan bila pengeluaran sebanyak RM20.917 juta (Sumber: Laporan Statistik Tanaman Buah-buahan 2016, Jabatan Pertanian Malaysia).  Artikel sempena cuti Thun Baru Hijrah 1439 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Teknologi Belimbing berkaitan Kompatibiliti (Campatibility) beberapa jenis varieti belimbing untuk pengetahuan anda semua berdasarkan kepada teks Kursus Starfruit for ASEAN member country yang saya berikankepada peserta kursus dan pengalamann serta tinjauan penulis dibeberapa ladang belimbing.


Penelitian penulis blog mengenai varieti atau Klon Belimbing daripada Jabatan Pertanian mendapati masa ini ada sebanyak 18 varieti belimbing yang telah didaftarkan semenjak tahun 1866 seperti artikel saya bertajuk Klon Belimbing di Malaysia (Sila Klik disini). Varieti ini telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri pokok, buah, bunga dan sebagainya yang berbeza-beza. Antara varieti yang paling popular di komersilkan di Malaysia untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot adalah Varieti B10, B2 dan B17. Varieti lain sebanyak 15 lagi ditanam untuk dijadikan pengeluaran secara kecil-kecilan atau untuk tujuan biak baka. Lazimnya pokok belimbing akan mengeluarkan bunga aabila pokok telah matang dimana selalunya didalam satu jambak bunga terdapat banyak jumlahnya. Jika diteliti marfologi bunga belimbing ada banyak unit melekat setiap jambak. Saiznya kecil iaitu berukuran hanya 8 mm -10 mm sahaja yang berwarna putih dihujung kelopak dan ungu kemerahan dibahagian tengah (Lihat foto diatas sekali). Bergantung kepada amalan agronomi dan kesuburan tanah lazimnya bunga belimbing keluar sekitar bulan Febuari - Mac dengan banyak (peak season) setiap tahun. Walau pun begitu jika pokok belimbing ini dijaga dengan baik ia mampu menghasilkan bunga sepanjan tahun juga. 


Penulis dapati daripada pemerhatian dikebun dimana terdapat dua jenis bentuk bunga belimbing secara marfologinya iaitu Bunga Stigma Pendek (Short style) dan Bunga Stigma Panjang (Long style). Kedudukan organ stigma bunga ini mempengaruhi proses pendebungaan yang dipanggil sebagai 'Tak-sama Serasi' diantara klon dalam proses pendebungaan (Sila lihat rajah disebalah). Lazimnya bunga belimbing akan melalui proses pendebungaan berlaku secara semulajadi atau oleh agen pendebungaan seperti lebah, semut, lalat, kelulut atau serangga lain . Penelitian penulis blog mendapati dimana diantara jenis Belimbing dengan Stigma Bunga Pendek adalah Varieti B3, B4, B8, B9, B30 dan B17 sementara jenis Stigma Bunga Panjang adalah varieti B1, B2, B5, B6, B7, B11, B12, B14, B15 dan B16. Laporan kadar kejayaan juga menunjukkan dimana pendebungaan bagi bunga pendek adalah tahap sederhana dan boleh ditingkatkan lagi tahp keupayaannya lagi dengan mendekatan kehadiran debunga lain dari varieti bunga belimbing panjang dengan kaedah atau cara mencamporkn pelbagai varieti belimbing didalam kawasan kebun yang sama. Ini selalunya akan dapat lagi meningkatkan kualiti buah belimbing dari segi bentuk, aroma, kemanisan, rupabentuk , kadar kejayaan buah melekat dan sebagainya.


Penanaman pokok belimbing perlu ditanam dengan jarak 6m x 6m untuk memberikan kepadatan sebanyak 276 pokok sehektar. Cara menanam pula boleh dibuat dalam susunan Segi Empat Sama, Segi Empat Tepat atau Susunan Tigasegi Sama. Teknologi menanam pokok belimbing perlu dirancang bagi menentukan proses pendebungaan yang akan menentukan hasil dan kualliti buah belimbing kelak. Caranya adalah dengan menanam pokok belimbing dari pokok varieti lain (B2) yang berasingan atau pun mencantum sebahagian dahan setiap pokok dengan jenis varieti lain yang dikehendakki. Teknologi ini didapati berjaya diamalkan oleh penanam belimbing komersil di Malaysia  semenjak lama dahulu. Bagaimana pun apa yang penting adalah pekebun mengenali akan varieti ini dahulu dengan merujuk kepada Jabatan Pertanian atau Pekebun Belimbing komersil sedia ada. Antara belimbing yang dikomersilkan buahnya iaitu varieti B10 dan B17 ditanam dengan varieti B2. Sila rujuk rajah dibawah untuk melihat suaunatur penanaman pokok belimbing yang disyorkan.


Penanaman Belimbing selalunya ditanam secara tanaman TUNGGAL (Monocrop) untuk memudahkan aktiviti kerja pengurusan didalam ladang. Sebaiknya elakan daripada menanam secara dusun bercampur kerana kurang ekonomik kecuali untuk hobi keliling rumah sahaja. Pengalaman oleh penulis blog mendapati adalah disyorkan menanam klon belimbing komersil (B10 atau B17) bersama dengan Klon Pendebunga (B2) pada kadar 5:1 (5 pokok klon komersil bersama 1 klon pokok klon belimbing pendebunga). Cara menyusun benyak kaedah sama ada diselang seli dimana setiap beberapa baris atau diletakan ditengah setiap varieti komersil (Lihat rajah ditas). Bagaimana pun teknologi terbaik adalah dengan mencantum setiap pokok klon komersil pada dahannya satu klon belimbing pendebunga. Petani amat digalakkan untuk menternak agen pendebunga seperti lebah, kelulut, lalat untuk dipelihara dikawasan kebun bagi tujuan untuk meningkatkan proses pendebungaan. Laporan dari beberapa pekebun menyatakan kadar pendebungaan kesan dari penternakan kelulut dikebun belimbing telah pun berjaya meningkatkan hasil dan putik buah belimbing sehingga 60%.


Bagi mengatasi masaalah serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae)  yang merupakan musuh utama dalam industri penanaman belimbing kini telah dibuat kajian penanaman belimbing dalam struktur kalis serangga seperti yang saya lawat di TKPM Lanchang, Pahang (Sila lihat foto sebelah). Struktur ini didapati mampu mengelakan kerosakan akibat lalat buah dan tidak perlu kerja membalut buah. Hasilnya buah belimbing adalah lebih cantik kulitnya dan mendapat jaminan untuk pasaran ekspot lebih baik. Pastikan untuk masukkan koloni Lebah keran atau Kelulut dalam struktur ini untuk membantu dalam proses pendebungaan. Walau kos pembinaan struktur ini mahal tetapi ianya berkesan untuk jangkamasa panjang dan boleh di kaji lagi teknologi lain yang lebih murah. Bagaimana pun kaedah terbaik mengawal serangan lalat buah adalah dengan cara membalutnya menggunakan kertas. Aktiviti membalut buah belimbing ada saya tulis dalam artikel berkaitan sebelum ini (Sila klik Disini). Semuga artikel ini memberikan ilmu yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam...

POKOK BELIMBING...BANYAK BUNGA...
VARIETI B10, B17...KOMERSIL JENISNYA....
VARIETI B2 PULA...VARIETI PENDEBUNGA...
BUAH DIBALUT... TINGGILAH KUALITINYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Ladang Belimbing Komersil,
TKPM Batang Si, Semenyeh,
Selangor, 
Malaysia
(2 Muharam 1439H)

Sunday, September 24, 2017

USAHAWAN BENANG NANAS

BENANG NANAS adalah benang yang dihasilkan daripada daun nanas (Ananas comosus) iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah nanas. Pokok nanas memiliki pucuk yang sangat pendek dan mempunyai sekitar 25-30 helaian daun setiap pokok dengan memiliki ukuran panjang di antara 0.9 - 1.5m. Tanaman nanas adalah tumbuhan natif dari Timur Amerika Selatan. Kawasan penanaman nanas terbesar adalah di negara beriklim tropika seperti Brazil, Costa Rica, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Biasanya daun nanas dituai selepas hasil buahnya di kutip sekitar 16- 24 bulan selepas penanaman. Apabila diproses maka serat daun nanas (PALF) akan terhasil daripada pemprosesan pada daun nanas. Serat daun nanas (PALF) terbentuk dari bahan multi-selular dan lignoselulosa yang diekstrak dari daun tumbuhan tersebut. Daripada kajian mendapati dimana komposisi kimia yang utama tedapat pada serat daun nanas (PALF) adalah selulosa (70-82%), lignan (5-12%0 dan abu (1.1%). Benang nanas ini mempunyai banyak guna terutama didalam usaha pembuatan tekstil sebagai bahan asas. Dibeberapa negara yang luas menanam nanas mereka ada memproses benang daun nanas sebagai satu industri yang berkait dengan industri penanaman nanas. Daripada kajian menunjukkan dimana ketahanan benang daun nanas adalah lebih tahan lama dan sedikit kasar berbanding benang lain di pasaran. Kini beberapa usahawan muda di bimbing oleh pihak LPNM bagi pembangunan benang nanas sebagai satu daripada produk bernilai selain daripada nuah nanas segar, benih nanas, produk proses nanas dan sebagainya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan akhbar dan testimoni terhadap seorang usahawan benang nanas untuk dikongsi bersama info tersebut.

Dalam satu laporan akhbar tempatan berjudul "Kerok 200 helai daun nanas sehari" yang ditulis oleh wartawan En Taufik Salimin usaha memproses daun nanas didapati berdayamaju. Pada penulis juga mendapati dimana siapa menyangka tanaman buah nanas yang mempunyai rasa masam, manis dan lidas sebenarnya mempunyai kelebihan sendiri dalam industri kraf tangan tempatan. Buahnya bukan sahaja sesuai untuk dikomersialkan dalam industri pemakanan, bahkan daunnya yang berduri sertaa berwarna hijau kemerahan mempunyai keistimewaan. Jika kayu pokok yang diproses boleh menjadi sekeping kertas bahkan juga dengan daun nanas. Seratnya boleh dibuat kertas atau benang berkualiti tinggi. Apa yang lebih istimewa pada penulis blog adalah dimana serat nanas adalah sesuai untuk diguna pakai dalam pembuatan seni tenunan songket mahupun produk kraf tangan lain. Dalam pada itu menurut Pengusaha kraf tangan tempatan iaitu Zaleha Mohd. Tahir dimana pada mulanya dia menghasilkan benang menerusi daun nanas selepas mengikuti kursus kraf tangan di Kompleks kraf Johor Bahru, Johor kira-kira lapan tahun lalu. Selepas melihat seni pembuatan itu cukup menarik dan mampu dikomersialkan dengan lebih meluas, dia mula memberanikan diri mencari daun-daun nanas di Alor Bukit, Pontian, Johor. Bagaimana pun pengetahuannya terbatas kerana tidak tahu memproses daun-daun itu sehinggalah dia mengikuti kursus menggerok benang daripada daun nanas di Larkin. Proses menggeroknya menggunakan alat penggerok dan dapat mengeluarkan benang dalam jumlah yang agak banyak namun adakalanya benang itu sudah rosak (Sila lihat foto disebelah)Proses ini memerlukan penelitian supaya kualiti benang itu terjaga sekali gus dapat mengeluarkan jumlah yang banyak katanya sambil menunjukkan benang yang terhasil daripada daun nanas.

Wanita berusia 63 tahun itu memberitahu iaitu penghasilan benang nanas itu adalah berdasarkan kaedah manual dan ia menjadi halangan utama bagi dia mengeluarkannya dalam skala yang cukup besar. Dijelaskan dimana kaedah manual sangat lambat dan mengambil masa tempoh sehari suntuk tetapi hanya sekitar 100 ke 200 helai daun saja yang boleh dikerok. Jika tidak cukup pekerja kesannya semakin lambatlah proses pengeluarannya. Bagi tujuan untuk menghasilkan 100 gram benang beliau memerlukan 10 kilogram daun nanas dan hanya daun tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan menghasilkan benang tersebut. Lazimnya jangka hayat daun itu juga sangat singkat iaitu tiga hari sahaja kerana daun akan melecur dan tidak boleh digunakan lagi, Bahan utama dalam memproses untuk dapatkan benang nanas adalah daun nanas. Dakwanya beliau akan merebus daun-daun nanas selama dua jam atau sehingga layu bagi dikisar untuk pembuatan kertas (Sila lihat foto disebelah). Selalunya kesukaran untuk mendapatkan bahan utama juga menyukarkan proses penghasilan benang nanas berikutan tanaman itu yang tidak meluas dan hanya terdapat di sesetengah tempat di Pontian. Memang kini tidak ramai individu yang mahu melibatkan diri kerana kerjanya yang agak leceh dan rumit ditambah dengan pendapatan yang tidak seberapa. Sebenarnya ada sahaja tenaga mahir untuk membantu tetapi disebabkan upah yang kecil dan cara kerja meletihkan ramai yang tidak berminat. Beliau kini hanya menguruskan perusahaan ini secara kecil-kecilan bersama anaknya  Asna Nabihah Aziz berumur dan seorang pembantu iaitu Puan Rohaya.

Sebenarnya benang serat nanas adalah mempunyai pelbagai kegunaan dalam menghasilkan tekstil berkualiti tinggi termasuk pembuatan baju malah sesuai dijadikan tenunan atau sulaman songket menggantikan benang emas. Kualiti benang serat nanas ini sangat tinggi dan ia mampu memberikan hasil yang menguntungkan jika dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Proses membuat benang nanas melalui beberapa peringkat dimana ia perlu dilakukan dengan kesabaran dan teliti (Sila anda melihat foto disebelah). Ia menunjukkan dimana Pn Zaleha sedang dalam menuang daun nanas yang telah dikisar ke dalam bekas. Sebanarnya walaupun pengeluarannya secara manual tetapi ia secara tidak langsung menjadi tarikan khas kepada para pelancong kerana mereka dapat melihat kaedah penghasilan benang itu. Terdapat empat proses utama dalam usaha untuk menghasilkan benang tersebut. Pertama adalah untuk meleraikan kelopak daun nanas sebelum ia dikikis dengan peralatan khas seumpama pahat halus. Daun tersebut akan dilarik sehingga urat daun dapat diceraikan daripada daun asal dan urat nanas itulah merupakan produk yang kemudian dihasilkan (Sila lihat foto paling atas)Benang itu kemudian akan dikeringkan dan sebahagiannya akan diwarnakan menggunakan pewarna tiruan. Kini selain benang lazimnya daun dari serat nanas menghasilkan kertas yang lebih berkualiti dan tahan lama. Jika penghasilan benang mengikut jenis daun namun untuk kertas maka semua jenis daun nanas sesuai digunakan tetapi kualitinya berbeza.

Merujuk kepada pembantunya Cik Asna yang merupakan anak bongsu kepada Zaleha memberitahu aktiviti pembuatan kertas daripada daun nanas terhasil selepas dia mengikuti bengkel yang diadakan di ladang Alor Bukit, Pontian. Ladang nanas tersebut yang menempatkan sebuah makmal membolehkannya mempelajari teknik dalam pembuatan kertas dan menjalankan penyelidikan bersama penyelidik bertauliah. Di ladang ini dia mempelajari selok-belok pembuatan kertas dan diberi penerangan tentang cara-cara membuatnya. Penyelidik juga mengajak peserta dalam membuat kajian mengenai setiap jenis daun dan semua jenis kelebihannya supaya dapat memberi inovasi daripada daun nanas. Proses penghasilannya pula tidaklah terlalu sukar seperti mengeluarkan benang nanas kerana cara yang digunakan dengan merebus daun-daun itu terlebih dahulu. Lazimnya selepas direbus maka daun itu akan dikisar dan serat-serat daun ini akan diletakkan dalam satu bekas berbentuk empat segi. Daun-daun ini perlu direbus sekitar dua jam sehingga warnanya berubah kehitaman. Kemudian selepas direbus maka serat-serat yang terhasil itu perlu dijemur selepas subuh kira-kira empat hingga ke lima jam bagi menjaga kualitinya. Waktu jemurnya selepas subuh sehingga pukul 10 atau 11 pagi bagi memastikan hasil kertas itu baik selain mengelak daripada mudah terkoyak. Ada juga sejenis mesin yang boleh digunakan untuk proses ini bagi memudahkan memproses (Sila lihat foto disebelah).

Antara produk yang boleh dihasilkan daripada benang nanas adalah pakaian, kraf dan kertas nanas. Kualiti benang nanas amat bergantung kepada kaedah semasa ia diproses dimana ia selalunya bergantung juga kepada cuaca dan serat-serat tersebut tidak boleh dijemur pada waktu tengah hari kerana kertas itu akan kembung. Lazimnya apabila sudah kering maka ia akan membentuk sehelai kertas yang agak kasar dan berwarna coklat. Kertas ini tidak akan terkoyak dan paling penting juga ia bukanlah bahan yang mudah terbakar. Kemuidan bermula daripada sehelai kertas maka kreativiti usahawan muda ini dalam usaha memvariasikan koleksi kraf tangannya ditonjolkan menerusi penciptaan beg dan gubahan bunga. Memang tidak dinafikan dimana hasil yang diperoleh cukup cantik dan penuh kreativiti. Kedua-duanya juga menambahkan tona warna supaya gubahan itu nampak cantik dan menarik perhatian pelanggan (Sila lihat foto disebelah dan dibawah). Selali disebabkan kertas ini tidak terlalu keras maka dia akan cuba mencari ilham lain yang boleh dipelbagaikan dan akhirnya merasakan kertas ini boleh dijadikan beg atau gubahan bunga. Bagi pembantunya menyatakan perusahaan tersebut merasakan penghasilan kertas dan benang daripada daun nanas agak merumitkan namun menyifatkan produk itu cukup unik. Dia sendiri tidak menyangka bahawa daun nanas itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh menjana pendapatan sampingan. Baginya produk ini mula mendapat perhatian dan dia amat yakin ia boleh berkembang baik pada masa akan datang. Kini biarpun ia nampak biasa tetapi kualiti yang terhasil cukup baik malah dia sendiri tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan. Produk itu mempunyai permintaan yang baik daripada penggemar seni kraf tangan. Sebenarnya daripada sehelai kertas mereka bersama-sama mencari kelainan untuk mengubah struktur kertas itu kepada gubahan lain yang ada nilai ekonomi dan kesenian. Usaha wsahawan benang nanas di Johor ini terus diberikan galakkan daripada pelbagai pihak untuk memajukan lagi industri ini dimasa akan datang. Wasallam!!!...
BENANG NANAS... DARI DAUN NANAS....
DAUN DIKEROK...BENANG DILUNAS...
DIPROSES TERUS... SONGKET ASAS...
KRAFTANGAN LAIN.... DIJUAL LARIS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Tampoi, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Muharram 1439H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...