Support My Blog

Wednesday, March 14, 2018

LEBAH TAPIR - KENALI DIA

LEBAH TAPIR (Megachile disjuncta) merupakan sejenis lebah yang mudah dikenali kerana ia mempunyai warna hitam dengan belang putih pada badannya sama seperti haiwan Tapir atau TENUK (Tapirus indicus). Haiwan Tapir Malaya ini merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur yang bermaksud habitat semula jadi spesies.  Tenuk Malaysia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar (latitude selatan pada titik 18° U) dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia. Selain itu tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kembojadan Vietnam walaupun tiada pengesahan dibuat dan mungkin juga terdapat di Laos. Ia amat berlainan pula dengan Lebah Tapir (Megachile disjuncta) atau lebih dikenali sebagai lebah perut putih, lebah resin atau lebah pemotong daun merupakan serangga yang sering mengunjungi koloni kelulut untuk mencuri propolis bagi membina sarangnya (Sila lihat foto diatas). Ia adalah serangga dari famili MegachilidaeDalam bahasa Inggeris serangga ini dikenali dengan nama 'Manson Bees' atau 'Leaf Cutter Bees' kerana sifat lebah itu sendiri yang pada kebiasaannya akan memotong daun serta bahan tanaman kering lain dan tanah untuk lebah tapir ini membuat sarang. Penulis ada beberapa kali terjumpa lebah tapir ini dibeberapa lokasi ternakan Lebah madu (Apis mellifera) dan juga di kawasan ternakan Kelulut (Trigona itama) seeperti di Pahang dan Perak tidak lama dahulu. Bagaimana pun jika ada lebah dilokasi ternakan ia memang agak kurang disedari oleh kebanyakkan penternak lebah madu dan kelulut kerana kadar kerosakkan serangan lebah tapir ini jarang dilaporkan berlaku dimana ia menyebabkan kerosakkan seperti jika ada serangan oleh Lalat Soldadu Hitam atau Black Soldier Fly  (Hermatia ilucens) sekitar tahun pertengahan tahun 2016 dan tahun 2017 yang berlaku dibanyak negeri termasuk di Kedah, Pahang dan Perak. Anda boleh baca artikel berkaitan dengan pautan disini (Sila klik disini). Serangan oleh Lebah Tapir juga tidak seteruk seperti serangan oleh Kumbang Debunga (Haptoncus luteolus) yang anda boleh baca disini (Sila klik disini). Artikel petang Selasa ini sambil berehat di Hotel Tanyaa, Cyberjaya saya menulis dalam "Anim Agro Technology" untuk mengenali Lebah Tapir yang juga dikelaskan sebagai sejenis serangga mengancam industri perlebahan seperti ternakan lebah madu dan kelulut uuntuk bahan bacaan dan rujukkan anda.


Lebah Tapir merupakan serangga yang mampu terbang dan mempunyai kaki serta organ lain untuk bergerak. Lazimnya semua spesis dalam famili ini mengambil nektar sebagai sumber makanan dan lebihannya akan disimpan. Dalam sektor tanaman memang dikenalpasti dimana lebah tapir ini adalah merupakan salah satu serangga yang banyak membantu dalam pendebungaan tanaman (Pollination process). Bagaimana pun apa yang perlu dibincangkan dalam artikel kali ini adalah kerana lebah tapir ini pada kebiasaanya akan memasukki ke dalam kotak lebah madu atau pun log kayu kelulut menerusi corong dipintu masuk. Sarang Kelulut dari beberapa spesis mempunyai bentuk dan corong berbeza-beza. Bagi keadaan corong koloni jika corong tersebut agak panjang biasanya apa yang penulis blog teliti dimana lebah tapir atau perosak ini terlebih dahulu memotong corong tersebut. Biasanya perosak ini akan memasukki kedalam kotak untuk 'merompak propolis'. Lazimnya akibat dari perkara ini maka ia akan menyebabkan berlakunya tumpahan madu (Sila anda lihat foto disebelah). Kesannya apabila berlaku serangan ini akan menyebabkan kerosakkan kepada struktur dalam log dan akhirnya koloni kelulut akan lari meninggalkan haif. Serangan oleh lebah tapir ini biasa berlaku bagi koloni yang tidak agresif dimana mudah bagi lebah tapir menyerangnya. Setengah koloni kelulut yang agresif dan koloni besar dan 'garang' berupaya melawan balik serangan perosak ini. Penulis blog pernah melihat serangbalas dari kelulut pada lebah tapir di projek ternakan kelulut Kg Tanah Putih, Pekan, Pahang pada tahun 2017.


Sama seperti serangga lain lazimnya lebah tapir akan bertelur untuk proses pembiakkan. Daripada pemerhatian yang penulis blog teliti mendapati dimana adakalanya lebah tapir betina akan dapat membina sarang dan bertelur berhampiran dengan koloni kelulut (Sila anda lihat foto disebelah). Telur ini akan terus menetas dan menjadi larva yang juga ini akan merosakkan dan mengganggu koloni kelulut pada peringkat aktiviti seterusnya.  Pemerhatian oleh penuis juga mendapati setakat hari ini penulis blog yang juga sering juga dulu akan memberi ceramah untuk penternakan kelulut masih belum menerima maklumat mengenai serangan larva lebah tapir terhadap koloni kelulut dengan serius. Lebah tapir betina juga tidak mempunyai "pollen basket" seperti yang terdapat pada kaki belakang lebah madu dan kelulut betina untuk mengangkut debunga bagaimana pun mereka mempunyai bulu-bulu yang panjang dibahagian bawah abdomen yang dikenali sebagai "pollen scopa" untuk membawa debunga dari bunga-bunga yang mereka hinggap. Lazimnya lebah tapir terbang sangat laju berbanding kelulut. Perkara ini membolehkan jika kelulut ingin menyerang semasa lebah tapir terbang memang tidak berlaku.


Lebah Tapir selalunya akan mengambil atau bahasa lain sebagai 'mencuri' atau 'merompak' propolis dari koloni kelulut yang kurang agresif. Kaedah labah ini mencuri dengan menggunakan mandibel mereka untuk mengerat atau mengikis propolis yang ada melekat disarang kelulut dengan rajin. Kemudian lebah tapir akan mengumpul dan membawa pulang prppolis ini ke sarang lebahnya sendiri bagi membina sarangnya. Cara ini mempercepatkan lebah tapir membuat sarangnya dari propolis yang dicuri dari sarang kelulut. Bagaimana pun serangan lebah tapir lebih berbentuk 'individual attack' tidak sama seperti serangan oleh Kelulut Lalat yang datang secara gerombolan terhadap koloni kelulut yang tidak agressif.  Bagaimana punn pada penulis blog kehadiran serangga ini perlu dipantau bagi mengelak daripada suasana atau keadaan ketidakselesaan pada kelulut. Penternak perlu kenal akan lebah tapir dengan membuat rujukan diblog seperti blog in atau bertanya kepada rakan-rakan lain yang menternak kelulut. Apa yang perlu difahami adalah dimana kadar serangan akan lebih serius dikawasan ternakan kelulut yang kurang atau ketiadaan sumber resin terdapat dipersekitaran. Kepada mereka yang belum mengenali lebah tapir boleh baca bahan rujukkan dan membuat kawalan sesuai. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Terimakasih kepada geng PTIF Perak yang ada membuat posting lebah tapir dalam facebook. Wasallam!!..
LEBAH TAPIR... SEJENIS SERANGGA...
MACAM TENUK...WARNA BADANNYA...
MENCURI PROPOLIS...UNTUK SARANGNYA...
PERLU DIKENALI ... BARU MENGAWALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 316, Hotel Tan'yaa,
Cyberjaya, WP,
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1439H).
Bersamaan 13 Mac 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...