Support My Blog

Friday, October 7, 2011

KHASIAT GAJUS

GAJUS (Anacardium occidental Linn) merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan dari keluarga ANACARDIACEAE yang unik kerana mempunyai biji ‘diluar buah’ dan isi didalam yang tumbuh di negara kita. Pokok Gajus dipercayai berasal dari Brazil dan kini ditanam di kawasan tropika diseluruh dunia. Pada masa ini pengeluar utama gajus adalah Negara Brazil, India, Mozambique dan Tanzania. Nama lain bagi gajus adalah seperti Cashew Nuts (English), Caju, Cajuina dan sebagainya. Keluasan tanaman gajus di Malaysia dilaporkan sebanyak 1,120 hektar CHE pada tahun 2010 terutama dikawasan pesisir pantai dan tanaman selingan dengan buah-buahan. Tumbuhan gajus merupakan pokok yang berguna sevagai ‘medicated tree’ daripada daun, buah dan bijinya. Artikel kali ini saya menulis tentang khasiat gajus untuk pengetahuan pembaca semua.


Pokok Gajus merupakan pokok saka atau pokok malar hijau yang mampu tumbuh setinggi 12 meter dengan mempunyai banyak cabang. Daun pokok gajus merupakan berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan selangseli berukuran 20 cm panjang dan 15 cm lebar yang ringkas. Daun gajus muda berwarna merah atau merah perang yang sangat disukai orang Malaysia sebagai ulam daun gajus. Rasanya yang kelat masam menjadikan ia sebagai salah satu ulam popular di negara kita. Pokok gajus mempunyai sistem percabangan rendah dan melempai ketanah. Akarnya panjang jauh kedalam tanah sehingga 6 meter walaupun ditanam dikawasan tanah bris.


Selain bahagian daun yang dijadikan ulaman popular yang dimakan dengan sambal belacan dan nasi, pucuk daun mudanya yang dipotong-potong boleh digunakan sebagai campuran dalam laksa. Pemilihan pucuk yang muda mudah ketika musim hujan tetapi agak berkurangan dalam musim kemarau. Ulam pucuk gajus ada dijual dipasar malam dengan harga RM 1.00 satu ikat dengan 15-20 helai daun disusun dalam ikatan. Pucuk ini tahan disimpan sehingga dalam peeti sejuk dan masih boleh dimakan. Khasiat pucuk gajus dipercayai mengelakan penyekit kanser, membantu proses penghadaman serta baik untuk mereka yang ada masaalah tekanan darah tinggi. Pastikan untuk mendapatkan pucuk gajus yang bertaraf ‘ORGANIK’ apabila tiada semburan racun kimia dikawasan tanaman tersebut. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram biji mengandungi 21% protin, 40% minyak ekstrak. Kuantiti minyak yang dihasilkan adalah Asid Oleik (60-75%) dan Asid Lineolik (20-28%).  Kajian juga mendapati jus buah gajus kaya dengan Vitamin C (Asid Askorbik), Vitamin B3 (Riboflavin) dan juga Kalsium. Kulit kacang gajus kaya dengan minyak Asid Anakardik (90%) dan juga Kardol (10%) yang bernilai terhadap kesihatan manusia.


Bahagian pokok gajus yang digunakan sebagai makanan adalah Buah, Biji dan Pucuk atau Daun Muda. Bagahian batang dan kayu digunakan sebagai kayu keras untuk bahan bakar dan diproses untu dijadikan perabut atau kayu hiasan. Komponen BIJI GAJUS (Nat buji) buah gajus digunakan dalam masakan nasi beriani, acar , coklat serta makan ringan. Biji gajus dijual dengan harga RM 25.00-RM 50.00 sekilogram mengikut gred dan kualiti. Minyak dari biji gajus digunakan sebagai bahan bernilai tinggi sebagai bahan melembut dan melicin kulat kita apabila disapu. Minyak ini juga digunakan sebagai bahan pengawet kayu dan juga jala ikan. Buah gajus boleh dimakan segar walau pun rasanya agak Manis dan Kelat atau boleh dibuat rojak, jus untuk diminum atau ditapaikan. Buah yang direbus airnya boleh diminum sebagai rawatan disenteri, rawatan bengkak kerongkong yang bengkak dan bernanah, cirit birit dan melawaskan buang air kecil.


Kulit pokok gajus berguna untuk menghasilkan gam dengan melukakannya. Gam ini berguna untuk industri pembuatan kayu panel papan lapis serta ada yang gunakan untuk menjilid buku. Gam gajus juga digunakan dalam sektor pertanian sebagai bahan pelekat dan racun serangga.  Kulit yang dicampur dengan kopi boleh dijadikan rawatan asma atau lelah. Cecair kulit gajus boleh digunakan rawatan Ketuat, Kutil dan Kaki Retak.  Bunga gajus boleh direbus dan dibuat sirap yang mengurangkan atau menyembuhkan Batuk. Ada dakwaan yang menyatakan daun tua pokok gajus yang direbus dan diminum airnya dapat merawat cirit birit, sakit perut dan juga anti-diabetes. Khasiat pokok gajus mungkin lebih banyak lagi daripada yang dinyatakan diatas. Mana tahu satu hari nanti ada usahawan yang menghasilkan semua khasiat gajus dalam bentuk 'Ready to Use' aeperti dalam bentuk pil, jus, ekstrak, tablets, kapsul dan sebagainya.


KHASIAT GAJUS...PERLU DIKAJI....
BANYAK GUNANYA...TIDAK TERPERI...
POKOK ORGANIK...MEMANG DICARI...
BACA ARTIKEL...NAK TANAM SENDIRI... 


Related Articles:
1. Gajus (Klik disini)
2. Pokok Kekabu (Klik disini)
3. Delima (Klik disini)
4. Selaseh (Klik disini)
5. Sukun (Klik disini)


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia
(9 Zulkaedah 1432H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...